23 January 2022

Draf Rangka Konsep Cadangan Kajian Tindakan


Mendapat jemputan untuk ceramah kajian tindakan bagi guru guru SMK Tan Sri Mohamed Rahmat, Johor. 

Awal tahun , takda clash dgn program lain hanya tersama dgn date kenduri kahwin anak Puan Sapura mantan PK HEM saya dulu, sudah tentu saya memilih slot pkl 8 hingga 10 pagi untuk online. Jika slot ini memang fix pkl 10 ke atas memang saya akan menolaknya. Maka rezeki untuk direalisasikan slot ini kerana sama sama bersetuju untuk slot pagi ini. 

Memandangkan pengetua sekolah ini ingin inisiatif guru guru untuk menulis kajian tindakan, maka saya perlu kenalkan rangka konsep untuk kajian tindakan bg memudahkan guru guru start dgn rangka konsep yg akan menyuluh aktiviti akan datang guru guru. Bila terang nampak jalan, diharapkan kesabaran dan konsisten untuk menjalankan projek hingga tamat. 

Bagi yang tidak pernah terdedah dengan rangka konsep cadangan kajian tindakan , saya share link youtube ni. Penyertaan dari 8 buah sekolah menengah di Johor๐Ÿ˜€. Sila klik link ini.


Mee kari yummy ๐Ÿ˜Š

 

Telegram Channel