2 April 2022

Memori Minggu Terakhir Di SMK Cheras

Saya punch out hari ini 1 April 2022 sebagai guru bimbingan dan kaunseling dari SMK Cheras. Punch in pertama pada 10 Julai 2000 bermakna hampir 22 tahun saya di sini. 

Emosi?
Sudah tentu bercampur campur seawal mendapat mesej dari Nabira lagi pada 15 Mac 2022. Nabira ialah guru kaunseling dari SMK Cochrane yg juga berada di sekolah itu hampir 22 tahun. Nabira mendapat tahu bahawa dia ditukarkan ke SMK Cheras dan bertanya siapa dari SMK Cheras akan bertukar. Terkejutlah kami bertiga sbb takda surat pun diterima. Surat dari Kak Huda dari SMK Seri Bintang Selatan akan digerakkan ke SMK Cochrane telah pun diperolehi oleh SMK Cochrane. Memandangkan Kak Huda juga hampir 18 tahun di situ maka pertukaran kami adalah tiga penjuru. Polisi JPN menggerakkan guru guru yg sudah lama berkhidmat di sesebuah sekolah. 

Sejujurnya tahun lepas apabila 10 org guru yg berkhidmat lebih 20 thn yg digerakkan dari sekolah saya, dah terdetik tiba juga masa saya nanti...so dah redha dgn segala kemungkinan. Tu yg terdiam gak bila surat dapat. 

Surat pula dapat waktu sy tgh kuarantin jadi saya pm terus pegawai HEM JPWP adakah saya yg akan ke Seri bintang Selatan, jawapan yg diberikan adalah ya terus rasa sayu. 

Habis tempoh kuarantin, saya mengambil surat dari pengetua dan terus melapor diri ke SBS walaupun sepatutnya tarikh lapor diri ialah 21 Mac 2022. Huhuhu mood nak cepat lapor diri kami bertiga berpakat sbb nak kawtim dgn pengetua masuk bulan Ramadhan nanti dengan mohon penangguhan dua minggu hingga murid SPM selesai exam pada 29 Mac 2022. 

Hari dapat surat...pengetua kata serba salah nak ucap apa tahniah ke..sedangkan pengetua kata dukacita sy kena gerak ke SBS. 
Dapat je surat, masih gelak gelak lagi saya masa tu. Rozinani dah start sedih.. sebenarnya dua minggu sblm tu dia ada bgtau yg dia menangis dlm mimpi kerana saya bertukar sekolah. Saya pula sengih sengih sahaja waktu tu huhu.

Bermulalah episod 21 Mac asyik mengemas dan mengemas maklumlah 22 thn di sekolah ni, macam macam khazanah nak simpan. 

24 Mac paper terakhir SPM dan last projek Perut Diisi Emosi Terjaga untuk murid SPM
Tgh hari mesyuarat UBK untuk kali 1/2022 . Saya memberikan sokongan kepada Rozi yang akan menggantikan saya sbg ketua guru kaunseiing. Saya duduk di barisan belakang dan cover apa yang patut sewaktu Rozi membentang. 
Dan di sebelah petang ke Konvensyen PERKAMA di Hotel Golf Resort Bangi event last yg mendaftar masuk sbg GBK SMK Cheras. 


Ha 25 Mac angkutlah barang barang ke SMK Seri Bintang Selatan. Haa mujur pengetua saya SMK Cheras En Jamil ni sporting benarkan dua pengiring apalagi kroni sy kat sekolah iaitu Cikgu Rozi dan Cikgu Afiqah ikut sekali. Ni bilik kaunseling SMK Seri Bintang Selatan dan di sebelah kiri saya sy tudung hijau tu ialah Kak Norhuda. Saya gantikan dia di sekolah ini kerana dia pula digerakkan di SMK Cochrane
Date 28hb ni dia bilik kaunseling saya selama 22 tahun. 

Date 30hb gotong royong mengemas . Bermulalah mengemas lagi dan lagi..sebelum tanggal nama nama kat board bergambar dulu huhu sblm ni tak terasa pun nak bergambar di board

Dah lapor diri tu mulalah Kelab Guru cari tarikh untuk majlis Perpisahan kami. Ada 3 org guru yg reshuffle. 

So date 31 Mac 2022 dipilih..

Terima kasih  bagi cincin kerawang yang cantik. Haha tuuu di jari ku itu..kena tunjuk
dari gabungan panitia Pend Islam, panitia sains, panitia matematik, panitia sejarah dan panitia PJK . 

Terima kasih Kelab Guru . Ni kena letak kat meja bilik guru bilik kaunseling yang baru
Ucapan perpisahan ni macam rasa nak berpencen
Geng AJK pentadbiran . Tq pengetua, penolong penolong kanan dan guru kanan beri jam tangan Bonia yg cantik sangat.
Terima kasih susah senang bersama dalam mencari solusi utk sekolah. 
Terima kasih guru guru  AJK Koperasi bagi cash huhu saya lah guru yg suka ulang alik koperasi siap UBK ada buku tiga lima kat koop huhu 
Terima kasih UBK Rozinani dan Azlina bagi dua tudung Bokitta. Ni kalo kat blog byk muka dia haha partner UBK paling lama 17 tahun
Terima kasih guru guru Unit Teknik Dan Vokasional bagi sejadah ada nama. Ni gkmp Cikgu Khairul suka tgk perkembangan dia dari masuk Cheras dan jadi Setiausaha PIBG hingga jadi gkmp sekarang
Terima kasih Cik Lee my penolong kanan tadbir dan kurikulum dan suka belanja makan 
Terima kasih AJK PIBG sekolah bagi hamper kuih raya yang sangat sedap
Terima kasih guru-guru Pusat Sumber. Ni setiausaha Pusat Sumber geng bila bincang tentang guru penasihat pemimpin sekolah, calon calon NILAM sek

Terima kasih Afzani dan Ikhwan pasangan suami isteri . Afzani ni ketua panitia moral yg mcm mcm projek dengan dia ni

Terima kasih Afiqah adik kesayangan ni
suka amik gambar gambar kat sekolah

Terima kasih Nafsah orang kuat HEM yg mudah diajak berbincang
Terima kasih Hamizah penyelaras ting 1 lemah lembut je orangnya

Terima kasih Murni org kuat HEM dan mantee saya ni

Terima kasih Nadia mantee juga ni
Bye Haiza..lepas ni dah takda Haiza Kaunselor. Nama kami saya Nor Haiza Jaine dan Nurhaiza Che Mat  sbb tu saya dipanggil dgn jawatan Haiza Kaunselor untuk membezakan kami
Terima kasih geng PRS Ting 5
Terima kasih Ain ketua pengawas puteri yg komited. Hari terakhir paper SPM 
Terima kasih Aida .bertambah koleksi kain akak..huhu

Terima kasih Afiqah sponsor kek bye.bye untuk kami
Malam malam kita unboxing hadiah. Saya post kat group adik beradik dan diaorg kata wah hantaran  pengantin hahaha. 
Terima kasih tuan pengetua . Cantik betul pen kaler pink ni dgn ukiran nama Cikgu Nurhaiza. 
Terima kasih Nadia my mantee

Esoknya hari last day saya, makan makan dengan kroni saya Afiqah dan Rozinani di sini. Thyme Out dekat bank negara
Ni Chefnya . Makanan buffet di sini sedap sedap setiap lauknya. Tenang dan tak crowded.  

Balik dari makan makan di restoren saya bergambar di meja saya . Ni gambar kat meja saya...dah kosong sekosongnya alamari saya dan meja saya  huhu ha sempat lagi posing kat koridor Minda Sihat dan Perkhidmatan UBK di hari terakhir persekolahan. 


Koridor kejayaan UBK sepanjang 2019, 2020 dam 2021. 

Punch out hari ni ditemani rakan setugas yg paling lama dengan saya hampir 17 tahun
ni kerani kewangan saya yg selalu sy mintak duit 🤭.

bersama Kak Ja pembantu makmal merangkap tukang jahit baju saya. 😀

Hari ni 2 April majlis perpisahan saya anjuran JK Pengurusan iaitu pengetua, penolong penolong kanan dan guru kanan serta dijemput juga YDP PIBG untuk majlis ni di Hotel Royale Chulan KL. Terima kasih atas kasih sayang ini.

Salam Ramadhan 



 

Telegram Channel