KERTAS KERJA
BENGKEL KEPIMPINAN KETUA DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN
SESI 2022
1.0 PENGENALAN
Peranan ketua kelas amat penting di dalam
membantu guru-guru dalam pengurusan kelas. Mereka merupakan perantara antara
guru-guru dan rakan-rakan sekelas. Perkara utama yang menjadi kriteria untuk
dilantik menjadi ketua kelas berdasarkan kepada penampilan dan ketrampilan
iaitu sikap kebertanggungjawaban yang ada pada murid tersebut. Murid yang
berpotensi ini dikenal pasti untuk diberikan latihan khusus membantu guru dalam
pengurusan kelas. Ketua tingkatan bertanggungjawab untuk kawalan disiplin
rakan-rakan mereka di dalam kelas. Ketua-ketua tingkatan perlu dibekalkan
dengan kemahiran komunikasi agar penyampaian komunikasi berkesan dengan murid
lain di kelas dan berkeyakinan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Selain
itu, potensi mereka juga perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah yang baik dan
terpuji dalam kalangan murid agar dapat dijadikan contoh dan model yang berguna
memandangkan mereka adalah diiktiraf sebagai pemimpin sekolah. Justeru itu,
bengkel ketua tingkatan perlu dijalankan kepada ketua dan penolong ketua
tingkatan agar mereka dapat memupuk jati diri yang baik. Selain itu diharapkan
agar bengkel ini dapat mewujudkan kerjasama dan kejelekitan antara ketua dan
penolong ketua kelas, agar sepakat sebagai satu pasukan yang bekerjasama dan
bertoleransi antara satu dengan yang lain.
2.0 MATLAMAT
Melahirkan ketua dan penolong tingkatan yang
berkemampuan membantu guru dan rakan sekelas agar kelas teratur dan terurus
dengan berkesan serta mampu melonjak peningkatan bukan sahaja akademik malah
turut memberi impak terhadap sahsiah dan
disiplin.
3.0 TEMPAT, TARIKH DAN MASA
Tempat : Sanggar
Tarikh : 1 Jun 2022
Masa : 12.00 tengah hari - 3.30 petang
4.0
SASARAN
Semua ketua dan penolong kelas SMK SBS
5.0
OBJEKTIF
1. Penampilan dan ketrampilan diri ketua tingkatan
dan penolong ketua di
tahap yang boleh dicontohi.
2. Mengetahui
peranan dan tanggungjawab ketua dan penolong ketua kelas dengan lebih jelas
untuk bertindak selaku pemimpin yang berkesan
6.0 KPI (Indikator Output Dan Outcome)
Output |
Penglibatan 100% ketua
dan penolong ketua tingkatan 2022 mengikuti modul dan aktiviti bengkel
ketua dan penolong ketua tingkatan yang telah dirancang dan dapat mengenal
pasti isu ketua dan penolong ketua tingkatan. |
Outcome |
Pengurusan kebersihan dan keceriaan kelas
yang lebih baik dan mengurangkan salah laku murid di dalam kelas. |
7.0 IMPLIKASI
KEWANGAN
Makanan: RM 5 x 80 orang = RM 400
8.0
JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi
: Pn Aziah Binti Amir (Pengetua)
Naib
Pengerusi
1
: Pn. Hamimah binti
Shamsuddin ( PK HEM )
Setiausaha
: Pn. Nurhaiza bt Che Mat
Naib Setiausaha : Puan Gan Fei Ting
8.1 JAWATAN KUASA KERJA
BIDANG |
NAMA GURU |
BI
BIDANG TUGAS |
Penyelaras |
Puan Gan Fei Ting
|
MMenyelaraskan aktiviti untuk bengkel ketua
dan penolong ketua tingkatan |
AJK Pengacara Majlis |
Puan Norfaizah Bt Mohamed |
Bertindak selaku juruacara majlis dan
melantik pembaca doa. |
AJK Pendaftaran |
Puan Gan Fei Ting
|
Menyediakan
borang pendaftaran dan memastikan semua peserta menandatangani borang
pendaftaran |
AJK Makanan |
Puan Loh Chin Ying
|
Memastikan
makanan disediakan pada masa yang ditetapkan dan mengagihkan makanan pada
peserta |
AJK
Teknikal |
Puan Norfaizah Bt Mohamed |
Membantu
urusan teknikal
|
AJK
Penilaian & Dokumentasi
|
Puan Nurhaiza Binti Che Mat
|
Menyiapkan
analisa penilaian program dan menyiapkan laporan dokumentasi |
AJK
Ceramah |
Puan
Nurhaiza Binti Che Mat Puan
Norhawida Azihan Bt Hamzah Puan
Gan Fei Ting
|
Menyediakan
bahan untuk slot masing – masing mengendalikan bengkel |
9.0 STRATEGI
PERLAKSANAAN
9.1 URUSETIA
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
Unit
Majlis Ketua Dan Penolong Ketua Tingkatan
9.2 JADUAL PERLAKSANAAN
1.30 - 1.45 t/hari |
Pendaftaran dan Makan tengah hari |
1.45 – 1.50 t/hari |
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Bacaan Doa |
1.50 t/h – 2.00 ptg |
Ucapan Aluan Pengetua |
2.00 – 2.10 ptg |
Taklimat Penolong Kanan Hal Ehwal Murid |
2.10 – 2.35 ptg |
Taklimat Bidang Tugas Oleh Setiausaha Majlis
Ketua Dan Penolong Ketua Tingkatan iaitu Pn Gan Pemilihan AJK Majlis Ketua Ting &
Penolong Ketua Ting |
2.35 ptg – 3.00 ptg |
Taklimat Disiplin Dari Guru Disiplin
- Mengemukakan Isu
Dan Masalah Ketua & Penolong Ketua Tingkatan Melalui Analisa Permasalahan - |
3.00 – 3.20 petang |
Bengkel Kepimpinan Dan Ketrampilan Kepimpinan
Murid
Faktor – Faktor Pemimpin Berkesan |
3.20 – 3.30 petang |
Ikrar Pemimpin Sesi Fotografi |
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Murid tidak hadir ke
bengkel dan pembaziran makanan yang ditempah |
Murid perlu
memaklumkan lebih awal kehadiran ke bengkel melalui surat kebenaran |
Mengedarkan borang
makluman kehadiran ke bengkel ketua dan penolong ketua tingkatan |
Penyelaras |
11.0 KAEDAH PEMANTAUAN
PEMANTAUAN
PERLAKSANAAN PROGRAM
Borang Pemantauan Program Oleh Penolong Kanan HEM
PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME
Borang Penilaian Program
12.0
PENUTUP
Diharapkan agar program ini berjaya untuk mencapai objektif
meningkatkan ketrampilan dan kepimpinan pemimpin iaitu ketua tingkatan, sebagai
pembantu kepada guru dalam pengurusan kelas dan mendisiplinkan murid di dalam
kelas agar mengurangkan salah laku dan meningkatkan kebersihan dan keceriaan
kelas.
Disediakan oleh: |
Disemak oleh: |
|
|
(NURHAIZA BINTI CHE MAT) Guru Bimbingan & Kaunseling SMK Seri Bintang Selatan |
(PN. HAMIMAH BINTI SHAMSUDDIN) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Seri Bintang Selatan |