1.0
PENDAHULUAN
Dalam sesebuah sekolah, disiplin
murid memainkan peranan yang penting untuk membentuk sahsiah murid yang unggul.
Tanpa disiplin yang baik, murid tidak dapat memberi tumpuan yang baik dalam
pelajaran yang disampaikan oleh guru subjek masing-masing. Jadi, peningkatan
disiplin diri murid telah dijadikan sebagai salah satu fokus daripada empat
fokus bidang kaunseling. Di sekolah kita, kes hadir lewat ke sekolah merupakan
isu yang paling ketara dan perlu diberi tumpuan oleh semua warga sekolah. Dalam
masa dua minggu persekolahan yang pertama, seramai 53 orang murid daripada 963 orang
murid telah lewat hadir ke sekolah. Walau bagaimanapun, KPI yang ditetapkan
oleh unit Hal Ehwal Murid adalah bilangan murid hadir lewat tidak melebihi 55
orang. Dengan ini, tindakan yang bersesuaian perlu diambil oleh unit bimbingan
dan kaunseling dengan kerjasama unit disiplin supaya jumlah murid yang hadir
lewat adalah terkawal.
2.0
MATLAMAT
Membimbing murid agar berupaya
menguruskan masa dengan bijak supaya tidak menganggu proses pembelajaran dan
pelajaran waktu pertama dan dapat bersiap sedia sebelum kelas bermula pada 7.30
pagi.
3.0 OBJEKTIF
3.1. Memberi ganjaran kepada murid yang hadir
awal ke sekolah sebagai tanda penghargaan.
3.2. Mengenal pasti murid yang lewat ke sekolah
supaya bantuan yang bersesuaian dapat diberikan.
3.3. Mengukuhkan tingkah laku hadir awal ke sekolah
dalam kalangan murid yang pernah lewat dengan memberi pengiktirafan.
4.0 SASARAN
Semua Murid
5.0 TARIKH
/MASA /TEMPAT
Tarikh : Mei
hingga Disember 2022
Masa : Sepanjang
hari
Tempat : SMK Seri Bintang Selatan
6.0 STRATEGI
PELAKSANAAN
(i) Pemantauan
(ii) Sesi
Kaunseling
(iii) Sesi
Konsultasi Ibu Bapa
6.1 URUS SETIA/ PENCERAMAH/ FASILITATOR
(i)
Unit Bimbingan dan Kaunseling
(ii) Unit Disiplin
6.2 JADUAL PELAKSANAAN
Aktiviti |
Tempoh Masa |
Strategi Pelaksanaan |
Guru yang Terlibat |
Ganjaran Murid Datang Awal ke Sekolah |
Mei-Disember 2022 |
(i) Minggu pertama setiap bulan, 20 orang murid
yang hadir paling awal ke sekolah akan dikenalpasti oleh GBK.
(ii) Hadiah seperti berikut akan diberi kepada 20
orang murid tersebut :
Mei : Beg Goodies Biskut Jun : Payung Lipat Julai : Highlighter Ogos : Correction Tape Sept : Botol Air Okt : Pen
(iii) Pelantikan Ikon Murid Datang Awal ke
Sekolah
-Seorang murid dari setiap tingkatan akan
dilantik dan diberi anugerah
-Sijil penghargaan dan hadiah akan diberi kepada
ikon murid.
|
Semua GBK |
Intervensi Murid Datang Lewat ke Sekolah |
Mei-Oktober 2022 |
(i) Murid yang lewat 3 kali, akan dipanggil untuk
sesi kaunseling yang pertama. (ii) Murid yang lewat 5 kali, akan diambil
tindakan dimerit
(iii) Murid yang lewat 6 kali, sesi kkaunsleing individu akan dijalankan dan onsultasi ibu bapa dilaksanakan.
Murid akan dapat buku rekod kehadiran tegar selepas 10 kali lewat daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling dan perlu melaporkan kehadiran pada
waktu pertama setiap hari.
*Sekiranya murid mulai hadir tanpa lewat
sepanjang sebulan, hadiah akan diberikan.
*Sekiranya murid mulai hadir tanpa lewat selama 2
bulan, hadiah, sijil dan 20 markah merit akan diberikan.
(v) Murid yang lewat 10 kali akan diberi amaran
pertama oleh pihak sekolah |
(i) Semua GBK
(ii) Unit Disiplin |
7.0 KPI
(Indikator Output dan Outcome)
OUTPUT |
Melibatkan kerjasama antara guru bimbingan dan kaunseling serta
pentadbir untuk membanteraskan isu lewat murid. |
OUTCOME |
Jumlah murid yang hadir lewat ke sekolah mencapai KPI HEM tahun 2022
iaitu kurang daripada 55 orang. |
8.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : Pn. Aziah binti Amir
Timb. Pengerusi : Pn. Hamimah binti Shamsuddin
Naib Pengerusi 1 : Pn. Salina binti Abdul Manaf
Naib Pengerusi 2 : En. Seow Cheng Ping
Setiausaha : Pn. Loh Chin Ying
AJK Intervensi : Pn. Nurhaiza binti Che Mat
Pn. Norfaizah binti Mohamad
AJK Dokumentasi : Pn. Loh Chin Ying
9.0 IMPLIKASI KEWANGAN
BIL |
PERKARA |
KUANTITI |
PERBELANJAAN (RM) |
SUMBER KEWANGAN |
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. |
Correction Tape Payung Lipat Highlighter Beg Goodies Biskut Botol Air Pen Sebungkus Beg Kanvas |
20 unit 20 unit 20 unit 20 unit 20 unit 20 unit 5 unit |
Sumbangan IPT |
Tajaan |
JUMLAH |
Tiada |
|
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Murid yang kerap lewat tidak hadir ke sekolah dan
sesi kaunseling tidak dapat dijalankan secara bersemuka. |
Murid ponteng. |
Membuat konsultasi ibu bapa sekiranya memang
tidak dapat menjalankan sesi secara bersemuka dengan murid. |
Unit Bimbingan dan Kaunseling |
11.0 KAEDAH PEMANTAUAN
(i) Buku rekod murid hadir lewat di
pejabat
(ii) Buku rekod kehadiran yang disedia
khas kepada murid yang pernah hadir lewat
12.0 PENUTUP
Diharapkan dengan adanya inisiatif ini, kadar murid lewat hadir ke
sekolah dapat dikurangkan dan mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh Unit Hal
Ehwal Murid.