Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
penonton khususnya bakal -bakal pemohon guru cemerlang bimbingan dan
kaunseling. Jom persiapkan diri , nekadkan hati
apabila anda terfikir untuk menjadi guru cemerlang teruskan niat isilah borang
permohonan. Apabila permohonan dihantar, ada beberapa tindakan yang perlu kita lakukan.
1. Kemaskini
aplikasi HRMIS dan e-operasi.Yang
ini sebelum anda isi borang lagi Pastikan semua rekod peribadi dikemaskini terutama
aspek pengisytiharan harta jangan sampai Tarikh luput masih tidak diperbaharui
isytihar tersebut,
2. Kemaskini
aplikasi SPLKPM senaraikan pembentangan, ceramah, inovasi,
kajian tindakan dan penulisan pada tahun
penilaian tiga tahun berturut tersebut.Pastikan minimum mata kredit seperti
yang diminta sekolah mencapai 45 mata kredit yang dikira sekurang-kurangnya.
3. Kemaskini
media sosial anda sama ada anda adalah admin untuk media sosail organisasi anda
seperti page ubk , Instagram ubk . di fb, Channel Youtube, Instagram, blog atau sebarang link berkaitan bidang kepakaran
anda. Jauhi konflik atau viral isu yang sensitive.
Pengalaman
4. Guru
kaunseling sinonim dengan bilik kaunseling. Pastikan bilik kaunseling dalam
keadaan yang kondusif dan mengikut seperti instrumen perkhidmatan kaunseling
yang mana perkara-perkara wajib ada dalam bilik kaunseling seperti setting
dipatuhi.
Ada
tempoh masa antara tarikh akhir penghantaran permohonan guru cemerlang dan
pemantauan guru cemerlang oleh nazir.
Maka
gunakan sebaik -baik masa ini dengan berkualiti. Bagi guru bimbingan dan
kaunseling, persiapan utama adalah perkhidmatan sesi bimbingan dan kaunseling.
Apabila
dihubungi, menunjukkan bahawa kita layak untuk ke peringkat seterusnya iaitu
pemantauan nazir. Perkara yang perlu diberikan perhatian adalah
Sesi
kaunseling
Nazir
akan memilih sama ada kaunseling individua tau kaunseling kelompok. Ketika saya
dipantau untuk permohonan GC 48, saya dicerap untuk sesi kaunseling individu.
Manakala ketika saya ,memohon GC 52 saya dicerap untuk sesi kaunseling
kelompok. Ini bermaksud kita perlu bersedia untuk pencerapan bagi kedua -dua
jenis kategori iaitu sesi kaunseling individu dan sesi kelompok. Ada juga rakan
guru kaunseling pemohon GC 48 diminta
untuk sesi kaunseling kelompok. Oleh itu kita bersedia untuk kedua -dua jenis
sesi kaunseling.
Kenal
pasti klien yang boleh menjalankan sesi kaunseling dengan guru kaunseling
ketika tarikh yang diberi. Maklumkan kepada klien tersebut mengenai tarikh,
masa dan tempat untuk menjalankan sesi
kaunseling dengan kebenaran klien.
Jika
klien bersetuju untuk menjalankan sesi kaunseling dengan dicerap oleh nazir,
barulah guru kaunseling menggunakan klien ini untuk pencerapan kerana klien
dalam keadaan bersedia bahawa sesi kaunseling yang akan berlangsung bukan
setakat dengan guru kaunseling .
Jangan
lupa kenal pasti klien untuk individu dan kelompok. Cari
alternatif
klien - klien lain kerana bimbang sekiranya klien yang telah memberikan
persetujuan tidak dapat hadir pada hari dicerap.
Ada
juga nazir yang memilih klien contohnya nazir meminta untuk guru kaunseling
menjalankan sesi kaunseling individu atau sesi kaunseling kelompok untuk sesi
kaunseling yang kedua atau seterusnya. Ini bermaksud klien yang sedia ada dan
pernah menjalankan sesi kaunseling dengan guru kaunseling.
Jika
memilih sesi kaunseling kelompok, pilih tema isu yang akan dibawa.
Jika memilih sesi kaunseling
kelompok, pilih tema isu yang akan dibawa.
Dokumentasi
Dokumen yang telah
disusun dengan lengkap dan dibindingkan disimpan .
Semua fail -fail yang ada
dalam list perkhidmatan bimbingan dan kaunseling pastikan dalam keadaan yang
teratur, dikemaskini dan mudah dicapai apabila diminta oleh pihak nazir.
Papan papan outreach bimb
ingan dan kaunseling dikemaskini seperti UBK, kelab kerjhaya, PRS
Sebagai
pemohon guru cemerlang, sudah pasti anda perlu mengetahui kedudukan sesuatu
dokumen dalam fail perkhidmatan anda. Contohnya apabila diminta laporan
anggaran belanja mengurus sudah tentu dicapai dari fail kewangan.
Pembentangan – Pastikan slaid yang disediakan
itu memenuhi masa yang ditetapkan, banyakkan gambar atau infografik, Fokus
kepada
Nazir
akan mesej atau menelefon kita untuk memaklumkan tarikh pemantauan . Bincang
dengan nazir masa yang kedua -duanya boleh ada ketika itu di sekolah dan
aturcara kerana pentadbir juga akan ditemubual oleh pihak nazir.
Dua panel yang biasanya hadir ke sekolah .
Seorang yang akan memeriksa setiap dokumen kita
dan
membuat
pemantauan sekeliling sekolah (ada tak unsur unsur outreach perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah) dipapan kenyataan sekolah
Ada temubual murid , temubual dengan pentadbir,
temubual dengan guru guru di sekolah
Ini memudahkan
kita merancang jadual pentadbir juga untuk sesi temu bual pengetua atau pentadbir.
2. Sila datang awal ke sekolah memandangkan
Amalan Guru Penyayang mengalukan kehadiran murid ke sekolah merupakan salah
satu program UBK, maka keberadaan kita mestilah awal dan berada di pagar pula. Pengalaman
nazir dating 6.30 pagi
3.
Pilih pakaian yang sesuai, tidak terlalu berlebihan dalam tatarias dan
gaya. Paling penting jelas perwatakan guru dan selesa kerana hari penilaian
merupakan hari paling stress dan meletihkan. Senyum dan tenang.
4.
Bawa nazir berjumpa pentadbir terlebih dahulu selaku tuan rumah dan ada
perkara -perkara yang dibincangkan nazir dengan pengetua.
5.
Susun dokumentasi sehari sebelum penilaian dalam satu bilik khas atau
bilik kaunseling
6.
Maklum kepada klien yang telah dikenal pasti agar hadir ke sekolah dan
bersedia fizikal dan mental dan bersedia apabila guru kaunseling memanggil.
7.
Rujuk senarai semak beberapa kali keperluan yang perlu disediakan untuk
sesi penilaian.
8.
Bawa nazir ke tempat penilaian dokumentasi dan sesi temubual
Bila kita cakap pasal dokumentasi , kita
membayangkan semua dokumen tebal tebal yang diperlukan
Seperti ala ala kertas projek master atau
PHD tu ye.
Dokumentasi yang perlu dihantar hendaklah
memastikan mengandungi dokumen – dokumen penting seperti yang diletakkan dalam
permohonan Guru Cemerlang.
Seperti surat – surat lantikan dan sijil
-sijil pastikan eviden sama dengan borang permohonan agar memudahkan nazir yang
memantau dapat mengenal pasti dokumen eviden sama dengan permohonan.
·
Fail peribadi dan maklumat perkhidmatan.
Fail berkaitan dengan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
·
Fail aktiviti dalam
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
4 Fokus – kertas kerja , senarai nama, laporan dan gambar
5 (kemenjadian
murid difokuskan)
Fail Akademik
Kemenjadian murid dalam
kurikulum.
Memang GBK kita tak mengajar tetapi
sumbangan dalam bidang kurikulum seperti kaunseling berfokus dan intervensi
untuk murid yang gagal dalam BM atau Sejarah. Program untuk murid Juara atau
Brilliant.
Fail Kokurikulum
Kelab Kerjaya
PRS
·
Fail penghargaan iaitu
sumbangan
·
Fail pencapaian iaitu kejayaan
-kejayaan
·
Fail inovasi – kertas konsep,
borang penyertaan, aktiviti gambar.
·
Fail penerbitan / penulisan
Kajian Tindakan
Persediaan
dan panduan pembentangan / temuduga
Persediaan dan panduan
pembentangan / temuduga
Pilih tempat yang teraputik minimumkan gangguan
guru keluar masuk contoh bilik mesyuarat. Letakkan label depan pintu bilik mesyuarat
bahawa sesi pembentangan berlangsung (tempoh masa anggaran diberikan)
Letakkan fail -fail, dokumentasi dan disusun di
bilik mesyuarat atau di bilik kaunseling. Ini kerana guru kaunseling mempunyai
bilik kaunseling maka fail dan dokumentasi boleh disusun dalam bilik
kaunseling.
Periksa alat LCD berfungsi dengan elok dan
komputer yang digunakan juga boleh disambung untuk melancarkan pembentangan.
Buat latihan sesi pembentangan selama 15 minit
jangan lanjutkan masa yang diberi. Patuhi masa dengan membentang perkara yang
perlu dan wow faktor pemohon.
Sewaktu sesi temuduga, berikan maklum balas
yang diperlukan kerana nazir telah membuat pemerhatian sekitar sekolah.
Ada sesi soal jawab selepas pembentangan, Jawab
berdasarkan pengalaman dan anggap sesi dua hala
Temuduga:
Perkara yang perlu
Perkara -perkara umum isu semasa Sekolahku
Sejahtera
Kriteria khusus untuk penilaian;
Guru Cemerlang Bimbingan Dan Kaunseling
dinilai berdasarkan kemenjadian murid dalam mana -mana 4 fokus seperti
pemantapan sahsiah, peningkatan disiplin murid, perkembangan kerjaya atau
psikososial dan kesejahteraan. Contohnya dengan intervensi yang dijalankan
dapat meningkatkan kehadiran murid ke sekolah, mengurangkan peratus salah laku
disiplin,
(tunjuk slaid yang berkaitan)
mengurangkan peratus salah laku disiplin lewat
ke sekolah,
(tunjuk
slaid yang berkaitan)
Kerjaya
Psikomertik impaknya
Psikosoial
seeprti intervensi murid yg stress . Data kita apabila kita GAD atau PHQ 9 cth
murid murid yang mencederakan diri. Bagaimana intervensi bagaimana impak murid
selepas intervensi
Inovasi dan kajian Tindakan juga dijalankan
dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Contohnya mencipta inovasi sistem
yang memudahkan dalam menganalisa data perkhidmatan kaunseling. Mencipta modul
-modul dalam intervensi kaunseling atau alat -alat bantu sewaktu menjalankan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
(Slaid tunjuk contoh -contoh dan menerangkan
tajuk tajuk yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling)
Asam pedas Ikan Pari
lempeng kelapa asam pedas babat :)