Bulan pertama di sini saya perlu mencari penyesuaian dgn rakan sekerja. Maklumlah jadi guru kaunseling ini ditempatkan di dalam bilik yg sama dan semua kerja berkait antara kami menuntut persefahaman yg tinggi. Komitmen yg tinggi dan toleransi kunci kata utama. Mencari chemistry untuk bekerja dalam satu pasukan. Memerhatikan dan merasai do and dont rakan sekerja. Latar belakang keluarga diambil kira andai kata tergurau dan tersilap kata. Meneroka kelebihan rakan sekerja.
Saya tau ditempatkan di sekolah yg baru saya kena cepat cepat urus emosi memandangkan saya masih lagi merupakan ketua unit di sini..lama lama layan emosi jem nanti. Inilah beza antara ditukarkan krn eg tukar bermaksud bersedia utk digerakkan. Manakala ditukarkan tiba tiba krn keperluan perkhidmatan dalam keadaan mood dan emosi kerja masih di tahap keseronokan bekerja mestilah kurang bersedia fizikal dan mental untuk bergerak ke tempat lain.
Gambar hari pertama bertugas sebagai warga SMK Seri Bintang Selatan atau nama lainnya Southern Star.
Gambar kali pertama saya berucap di tapak perhimpunan mengenai aktiviti kaunseling yang dijalankan
Gambar kali pertama saya join kejohanan olahraga sekolah ni. Dapat pula jadi guru penasihat rumah Topaz.
Buat follower dan pembaca blog saya , doakan saya sejahtera untuk masih mampu memberikan perkhidmatan saya di tahap yg terbaik
Happy belated birthday Faizah