Terbang ke Kuching bersama Loh partner guru kaunseling di sekolah baru. Menyertai simposium kaunseling antarabangsa ICC 2022 International Counseling Convention yg diadakan di Riverside Hotel, Kuching. Dalam simposium tersebut ada juga pertandingan inovasi. Membawa nama UBK SMK Seri Bintang Selatan pula ke peringkat antarabangsa. percubaan pertama dlm menjenamakan pula nama UBK SMK Seri Bintang Selatan. Menyertai pertandingan inovasi D'LATE kami iaitu Dashboard Data Murid Lewat
Kami mengadakan pameran untuk menerangkan mengenai sistem dashboard data murid lewat ke sekolah.
Jom kita tgk list ni nama nama peserta pertandingan.
Bagi yg berminat pertandingan inovasi, PERKAMA menjalankan pertandingan ini setiap tahun dan kualiti inovasi diberi taraf dalam bentuk emas, perak dan gangsa.
Mari scroll ke bawah apakah inovasi yg team saya laksanakan
Saya pegang dashboard yg diberi nama D'LATE iaitu sistem yg membantu pengurusan murid lewat ke sekolah.
Dalam sistem ini memggunakan konsep pop up list nama murid yg 3 kali lewat perlu sesi kaunseling, 6 kali lewat sesi konsultasi ibu bapa, 10 kali lewat surat amaran 1, 13 kali lewat sesi kaunseling 2, 15 kali lewat dimerit, 20 kali lewat surat amaran 2
So mudah sikitla pengesanan data bagi intervensi kaunseling. dan pengeluaran surat amaran oleh guru disiplin.
Maka bila nama dah pop up bolehlah buat intervensi kaunseling dan lapor tindakan..
Ini kerana di sekolah saya bertugas menangani murid lewat dari pukul 7.31 pagi hingga 8.00 pagi.
Idea saya ini dikongsikan dgn En Padali ex partner saya di SMK Cheras thn 2008-2016 yg dapat menjelmakan dalam bentuk sistem untuk saya gunakan di sekolah.
Kami bersatu di bawah nama SMK Seri Bintang Selatan dan KLCA iaitu Kuala Lumpur Counseling Association. Memandangkan En Padali ialah Naib Pengerusi dan saya ialah Setiausaha KLCA. Bersama sama team kami ialah Cikgu Loh partner saya dan Cg Hazim naib setiausaha KLCA pula membawa bahan bahan intervensi sekolah rendah
teknik kaunseling pada atlet
Di booth JPN Selangor
Bye bye Kuching till we meet again