16 May 2023

Bengkel Penyelidikan Jurnal: Analisis Data

Assalammualaikum dan hi follower

15 - 16 Mei merupakan bengkel penyelidikan penulisan jurnal kaunseling. Terima kasih kepada dua orang pensyarah yg coaching kami dari awal fasa satu hingga fasa tiga nanti. Dua hari ini ialah analisa data. 

Coaching mengenai bagaimana metadologi kami, objektif dan analisa data dari hasil kajian kami. 

Coaching one to one dgn pensyarah dan bantu mengembangkan hasil kajian dan dapatan data

Terima kasih BPSK atas peluang ini. Fasa 1 terasa ada geng sbb ada 2 GBK lain bersama ke 3 org macam tulah. Yg lain geng pegawai  psikologi kaunseling dari KPM, JPN, PPD malahan dari matriks dan IPG  

Masuk fasa 2, adoi tinggal saya seorang je GBK maka coaching one to one dengan pensyarah UPM ni adalah satu peluang keemasan yg perlu saya grab. Tanya dan tanya sampai faham  
Semoga dimudahkan urusan saya untuk pembentangan analisa data dalam bulan Julai di Cameron Highland nanti 🙂

Rumusannya..


Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru

 

Telegram Channel