26 May 2023

Majlis Persaraan Puan Gan Fei Ting

Salam followers🙂

Majlis Persaraan Puan Gan Fei Ting guru Matematik Tambahan dan guru Matematik sekolah diadakan pada penutup sblm cuti penggal persekolahan iaitu 26 Mei 2023. 

Beliau juga selaku partner dalam Kelab Kerjaya dan Kelab Pencegah Jenayah . Ceria orangnya. Diapit oleh dayang dayangnya . Tersenyum manis Pengerusi PRS Tg Marissa dengan baju pengantin saya yg tahun 2001...huhu ada juga yg boleh digunakan. 

Alkisahnya si Marissa ni dok ke hulu hilir dalam bilik kaunseling belek belek baju songket dalam almari UBK. Dia mencari baju songket soft colour. Saya kata saya masih simpan baju pengantin saya. Baju  hasil idea kakak saya sendiri yg design dan mengusahakannya. Jika nak saya boleh pinjamkan dan esoknya saya bawa, memang elok je di badan Marissa cuma kena pin sana sini. 

Taraa dia datang sekolah, adik adik junior pun hampir tak kenal siap tanya lagi siapa tu cikgu 😂😂😂😂. 
Satu lagi yang menyentuh hati saya ialah
Pertama kali dalam sejarah UBK SBS , PRS mengenakan blazer. Blazer ini yg sepatutnya dirasmikan pemakaian sewaktu pelantikan namun dipakai  utk majlis ini oleh dua orang AJK Tertinggi PRS untuk perarakan masuk dan perarakan keluar Pn Gan. 
Terima kasih Puan Gan kerana sumbangan anda dalam perkhidmatan dan terima kasih kerana komitmen sumbangan anda sepanjang kita Unit Disiplin dan Unit Kaunseling bekerjasama. 

Selamat bercuti anak anak ...dan rakan rakan semua. 

 

Telegram Channel