Aktiviti hari ini anjuran UBK dan kami buat program untuk semua murid ting 1 dan 2 bertajuk Gangguan Seksual Dan Jenayah Seksual. Aktiviti interaktif saya coaching PRS terlebih dahulu dan lantik jadi fasilitator untuk membantu kami mengendalikan bengkel ini.
Antara aktivitinya murid melukis dan melabel bahagian tubuh badan fizikal lelaki dan perempuan. Perubahan dari kanak kanak ke remaja. Kemudian berbincang dalam kumpulan mengenai anggota anggota badan tersebut.
Seterusnya mewarnakan anggota badan yg tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun. Ajar tentang sentuhan selamat dan tidak selamat.
Kemudian barulah masuk topik oleh ceramah dari kami bertiga mengenai topik yg dibawa. Refleksi kendiri ialah murud tau mengenai jenis- jenis gangguan seksual dapat dikenalpasti, sesama jantina juga dipanggil gangguan seksual dan murid tahu hukuman dan akibat.
Murid lebih peka mengenai sentuhan tidak selamat
Tahniah kawan kawan APC