28 September 2023

Jambori SLAD Kbgsaan: Chek Mai Alor Setar

Hari ketiga Jambori aktiviti Mai Oi Chek Mai di Alor Setar. Pembahagian kump kpd  4 kawasan iaitu di UTC, Pasific, Pekan Rabu dan di Aman Central. Pasific agak lenggang walaupun dah pkl 12 tgh hari. Saya join group 16 ke sana dan Rozi join group 15 ke sana juga.

Yg menariknya kumpulan perlu membuat penyebaran maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah dan menemubual org awam seberapa banyak yg boleh mereka interview. 

Pengalaman cara approach dan cara menyebarkan maklumat dgn yakin 

Kemudian peserta dikumpulkan semula untuk ke Masjid Zahir yg antara tertua di sini dan rekabentuk yg wow . 
Merasai pengalaman dan bersolat di sini. Terima kasih Mc Donald yg menyediakan air minuman. 
Terima kasih pengurusan masjid menyantuni kami makan tengah hari di sini.

Setelah itu berjalan kaki ke Aman Mall yg setara mcm kompleks di KL, kat sini peserta buat aktiviti tik tok. Etika melaksanakan tugasan telah diberi taklimat untuk dipatuhi. 

Malam aktiviti gallery walk untuk peserta 
membentangkan hasil infografik Canva mereka, poster pembentangan di kertas mahjung dan buku kecil pendidikan pencegahan dadah. 

Hari yg memenatkan tetapi kaya dgn pengalaman. 







 

Telegram Channel