11 September 2023

World Youth STEM Invention Innovation 2023

Alhamdulillah rezeki anak anak PRS dan SLAD ni dapat anugerah Pingat Perak untuk pertandingan World Youth STEM Invention Innovation 2023 anjuran Malaysia Young Scientist Organisation ( MYSO) dan Indonesia Young Scientist Organisation, Malaysia Innovation Invention and Creativity Association dan Indonesia Scientific Organisation. 


Pada mulanya kami menyertai PBL STEM Piala Peringkat Antarabangsa anjuran Sek SBS dan mendapat top 5 dalam kategori Sains Sosial yang melayakkan kami menyertai World STEM ni. Projek ttg papan permainan educate ttg pendidikan pencegahan dadah dan vape untuk aktiviti pencegahan. Saya ada up pada entri blog saya sebelum ini. 
Gambar atas pentas blur sikit sbb jarak jauh tukang amik gambar. Penganjur akan up dari jurukamera tapi sabar huhu tak sure bila dapat gambar tu
Berlari lari ke Pusat Belia dari HSC mesy AJK Pameran Majlis Apresiasi WPKL
haha bila mesy habis awal. Dapatlah bersama mereka..

2 comments

Program yang menarik untuk generasi Y kini

mempuk minat murid untuk berinovasi dgn adanya pertandingan seperti ini

 

Telegram Channel