6 October 2023

Kertas Kerja Celik STEM Ting 1 dan 2








hari ini nak share kertas kerja yang disediakan oleh ketua GKMP Sains dan Math saya Puan Narin . Kami bekerjasama dalam merealisasikan program Celik STEM ini kerana memepuk minat murid dalam aliran STEM. Ada satu stesen berkaitan dengan kerjaya STEM 

Maka Pn Narin menyediakan kertas kerja, saya hubungi Mranti Makers Lab yang terletak di Bukit Jalil dan mengadjust masa. Mencari PRS untuk dilatih sebagai fasilitator program STEM ni dan supaya dapat menjadi agen Celik STEM yang memberikan manfaat



KERTAS KERJA CELIK STEM


1.0     PENDAHULUAN

Program STEM Menggalakkan Pemikiran Secara Kreatif dan Inovatif ini bertujuan untuk memfokuskan kepada usaha menggalakkan pemikiran murid sekolah menengah khususnya murid menengah rendah mampu berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah.

Program ini juga merupakan satu usaha untuk memupuk minat dalam bidang STEM memberi peluang kepada murid untuk membina keyakinan diri agar memilih bidang tersebut sebagai satu kerjaya.

 

2.0  MATLAMAT

Program ini bertujuan untuk memantapkan pemikiran murid menengah rendah dalam pemikiran yang kreatif dan inovatif serta mampu untuk berdaya saing dalam membina keyakinan diri melalui komunikasi dan memupuk minat dalam pendidikan STEM

 

3.0  TARIKH /MASA /TEMPAT

 

 Tarikh      : 6 dan 27 Oktober 2023        

  Masa       : 9.30 -11.30 pagi.

 Tempat     : Sanggar Bijaksana, SMK Seri Bintang Selatan      

 

4.0   SASARAN

Semua murid tingkatan 1 dan tingkatan 2

 

 

5.0  OBJEKTIF

 

1.     Menggalakkan pemikiran secara kreatif dan inovatif di kalangan murid menengah rendah dalam menyelesaikan masalah

2.     Memberi peluang kepada murid untuk mengukuhkan pemahaman mengenai STEM sekali gus membina keyakinan diri

3.     Memupuk minat murid untuk memilih bidang STEM sebagai satu kerjaya.

6.0 KPI (Indikator Output  dan Outcome)

 

OUTPUT

Menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah secara berkumpulan

OUTCOME

Murid-murid dapat mengukuhkan pemahaman mengenai STEM sekali gus membina keyakinan diri agar memilih bidang tersebut sebagai satu kerjaya

 

7.0     IMPLIKASI KEWANGAN

BIL

PERKARA

PERBELANJAAN

JUMLAH (RM)

Pakej Fasilitator dan barang-barang peralatan untuk aktiviti

Banner

Makanan

1

Majlis Agama Islam WP Kuala Lumpur (MAWIP)

RM1600

RM40

Sarapan dan makan tengahari untuk

40 pax @ RM 9 = RM 360 (6 Okt dan 13 Okt)

RM2000

 

JUMLAH

 

 

 

 

 

RM2000

         

8.0   JAWATANKUASA PROGRAM

 

Pengerusi                          : Puan Norlela binti A Wahid

Naib Pengerusi                  : Puan Hamimah binti Hashim

                                           : Puan Sabidara binti Mahmud

                                           : Encik Zam Zam bin Abdul Aziz

Penyelaras 1                      : Puan Narinder Kaur a/p Peara Singh

Penyelaras 2                      : Encik Mohd. Zullzailah bin Zakaria

Setiausaha                         : Puan Akmaharyani binti Abu Jamil

Puan Naqieyah Nur binti Jaffar

Naib Setiausaha                : Puan Nurhaiza binti Che Mat

Bendahari                         : Puan Yusnamalia binti Mohd Yusuf

 

 

 

 

 

Ahli Jawatankuasa

 

Buku Program/Backdrop   : Puan Normala binti Omar

 

Hadiah & Cenderamata    : Puan Wan Nur Sakinah binti Abdul Halim

                                           :

PA Sistem                         : En. Khairol Nizam bin Anuar

                                           

Dokumentasi                     : Puan Norhafiza binti Yusuff

 

Disiplin                              : Puan Loh  Chin Ying

                                          

Pengacara Majlis              : Puan Nurfaizah binti Mohamad

                               :

Makanan                            : Puan Nurfaizah binti Mohamad

    Puan Nurul Asyiqin binti Bahrudin

                                           :

Fotografi                            : Puan Nurul Zafina binti Zakaria

                                            Puan Suriani binti Daud

 

 

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

 

 

Masa

Aktiviti

9.15 pagi

Pendaftaran murid

9.25 pagi

-       Bacaan doa (wakil murid)

-       Ucapan aluan pengerusi majlis

9.30 pagi

Slot 1

-       Talk on Future Career

10.30 pagi

Slot 2

-       Experiental Learning via Hands-On Activities

11.30 pagi

Penyampaian hadiah / cenderamata

1.20 tengah hari

Bersurai

 

 

 

 

 

 

 

 

1.      

9.1 URUS SETIA/ PENCERAMAH

 

-       MRANTI Makers Lab & STEM 4 All Makerspace

 

 

10.0  KAEDAH PEMANTAUAN

 

         a. Pemantauan Pelaksanaan Program/Aktiviti

            Penglibatan semua murid tingkatan 1 dan 2, guru-guru STEM serta guru-guru kaunseling

            dalam semua aktiviti sepanjang program ini dilaksanakan.

 

        b. Pemantauan Pencapaian Outcom

            Pencapaian dinilai dari keberkesanan dan daya kreativiti murid dalam

melaksanan hands-on semasa dan selepas aktiviti dijalankan.

 

 

12.0  PENUTUP

 

           

            Jawatankuasa Pendidikan STEM Bersepadu dan Unit Bimbingan dan Kaunseling mengharapkan

semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif

yang digariskan dalam melahirkan murid yang celik STEM seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, program diharapkan akan melahirkan murid yang berdaya saing serta kreatif dan inovatif.

 

 



Aktiviti dron
stesen kerjaya dari IUMW






1 comments

Salam,boleh dapatkan nombor contact fasilitator,terima kasih

 

Telegram Channel