24 October 2023

STEMPATHY JOHAN AMALAN TERBAIK KAUNSELING KEBANGSAAN 2023

 Selamat mlm 

Seperti yg saya janji sy share dokumentasi yg dihantar utk pertandingan ini. 

Bhgn A lebih kpd latar belakang sek dan ahli kumpulan. 

so kita jump ke bahagian B


Manakala slaid saya adalah semua gambar dlm posting ni.. program program dlm idea stempathi refer blog saya entri yg lain samaada ada kertas kerja, atau aktiviti yg lebih detail mengenai setiap program


Semoga follower dapat mempraktikan yg baik baik dan boleh beri pendapat penambahbaikan kpd saya

B) AMALAN TERBAIK BIMBINGAN & KAU

1.0      IDEA

          1.1 KEASLIAN 






 

TEKNIK 5W 1H

Apa Isu Yang Berlaku?

Bilangan murid aliran STEM mulai menurun pada tahun 2021 

 

Siapa Yang Terlibat?

Semua murid 

 

Bila Isu Ini Berlaku?

Sejak tahun 2021

 

Kenapa Isu Ini Berlaku?

Murid tidak berminat dengan aliran STEM kerana dianggap susah dan fokus utama adalah subjek Sains dan Matematik yang majoriti murid tidak mencapai gred B bagi kedua-dua subjek tersebut.

 

Di Mana Isu Ini Berlaku?

Di sekolah.

 

Bagaimana Ini Terjadi?

         Kurangnya intervensi berfokus untuk menggalakkan murid tingkatan 3 memilih aliran STEM di tingkatan 4

         Kurang intervensi kaunseling kerjaya di peringkat menengah rendah bagi memupuk minat terhadap aliran STEM

         Sesi kaunseling kerjaya murid yang memerlukan sesi bersemuka one-to-one bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling.

 

 

TEKNIK 5W 1H digunakan untuk mendefinisikan cadangan penyelesaian yang praktikal untuk dijalankan berdasarkan punca isu yang berlaku iaitu:

 

Apakah Cadangan Meningkatkan Minat Dan Potensi Murid Terhadap STEM?

Melancarkan idea program STEMpathy

 

Siapa Yang Terlibat ?

Murid, guru, ibu bapa dan PIBG

 

Bila Tindakan Dijalankan?

Sesi persekolahan 2022/2023 sehingga kini.

 

Kenapa Cadangan Ini Dipilih?

STEMpathy praktikal dijalankan dan menyahut Dasar Sains, Teknologi Dan Inovasi Negara  2021-2030 untuk meningkatkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi dalam menghasilkan produk dan teknologi tempatan. Oleh itu usaha ini memerlukan guru bimbingan dan kaunseling meneroka potensi dan memupuk minat murid dalam aliran STEM semenjak dari bangku sekolah lagi.

 

Di Mana Cadangan Dijalankan?

Di SMK Seri Bintang Selatan

 

 

 

Bagaimana Tindakan Dijalankan?

1.    Perbincangan dengan rakan sekerja, analisis data

2.    Perbincangan bersama pentadbir

3.    Perbincangan dengan PIBG dan agensi

4.    Pelaksanaan Projek

 

 

Objektif

 

 

1.      Memberi pendedahan awal tentang hala tuju dan peluang kerjaya STEM semenjak dari tingkatan satu.

 

2.      Meningkatkan bilangan murid tingkatan 3 memilih aliran STEM di tingkatan 4

 

3.      Meningkatkan murid yang berada di tingkatan 5 aliran STEM untuk memilih aliran STEM selepas SPM

 

 

 


Teori Yang Digunakan

 

Teori Globalisasi 3.0 oleh Thomas Friedman yang menyatakan bahawa gelombang 3.0 mengenai peningkatan penggunaan internet di dunia menyebabkan . Apa sahaja yang diperlukan dapat diakses namun hanya unsur kemanusiaan yang tiada dalam teknologi. Oleh itu wujudnya STEMpathy untuk menyuntik kemanusiaan dalam membangunkan STEM.

Teori Holland menyatakan setiap jenis personaliti terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal daripada interaksi antara individu dengan faktor-faktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan tidak kepada aktiviti-aktiviti yang lain. Seterusnya, aktiviti-aktiviti ini kian diminati dan minat ini mendorong kepada pembentukan kumpulan kecekapan tertentu. Berdasarkan kepada enam kategori individu tersebut, Holland telah mencadangkan enam personaliti individu yang boleh dipadankan dengan pekerjaan tertentu, iaitu realistik, investigatif, sosial, enterprising dan konvensional.

 

 

1.2           INOVASI/TRANSFORMASI

 

Mewujudkan inovasi baru iaitu One Sheet Profiling dan transformasi kepada intervensi kaunseling kerjaya iaitu menjalinkan kerjasama dengan agensi berasaskan  STEM

 

    

 

     1.3           JELAS DAN MEMENUHI KEPERLUAN SEMASA

 

Projek ini adalah sejajar dengan Surat Siaran dari Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu:

 

 

a) Surat Siaran Bil 12 Tahun 2012: Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah dengan intipati:

 

       Salah satu daripada 4 fokus dalam Bimbingan dan Kaunseling (B&K) iaitu Pendidikan Kerjaya Murid.

 

       Bagi melahirkan murid yang mempunyai matlamat kerjaya yang jelas sejak dari awal perkembangan remaja.

 

 

 

b)       Dasar Sains, Teknologi Dan Inovasi Negara  2021-2030 untuk meningkatkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi dalam menghasilkan produk dan teknologi tempatan.

 

 

 

 

 

            Praktikal

           

Menggunakan konsep SMART iaitu Specific (Spesifik), Measureable

(Boleh Diukur), Attainable (Boleh Dicapai), Realistic (Realistik) dan Timing (Tempoh Masa) untuk menentukan adakah program ini praktikal untuk mencapai objektif projek.

 

 

Measureable (Boleh Diukur) :

peningkatan bilangan murid yang mengambil aliran STEM dan bilangan murid yang kekal dalam aliran STEM selepas SPM

 

Attainable (Boleh Dicapai)

Intervensi yang akan dijalankan dapat dijalankan kepada kumpulan sasaran dan boleh dicapai

 

Realistic (Realistik)

Boleh dijalankan dan realistik dengan Kumpulan sasaran berdasarkan bajet kewangan dan aktiviti yang akan dijalankan

 

Timing (Tempoh Masa)  

          Setahun

 

2.0  KREATIVITI




2.1 PENYELESAIAN MASALAH

          Idea STEMpathy ini berjaya menyelesaikan isu penyusutan murid memilih

aliran STEM dan meningkatkan bilangan murid Tingkatan 5 memilih aliran

STEM selepas SPM dengan kaedah BERFOKUS untuk tingkatan 3 dengan pameran, ceramah dan intervensi. Kaedah BERFOKUS untuk tingkatan 5 dengan One Sheet Profiling, pameran, ceramah dan intervensi kaunseling.

Bagi memupuk minat murid -murid menengah rendah tingkatan 1 dan 2 , maka aktiviti outreach pameran pendidikan dan aktiviti berasaskan STEM juga dijalankan.

 

  

2.2 NILAI TAMBAH

 

Nilai tambah bagi projek ini ialah alat bantu intervensi sesi kaunseling kerjaya iaitu : 

 

   One Sheet Profiling

 

maaf versi dlm blog kena blur muka dan biodata penting

 

  

 

 

2.3          MENARIK MINAT

 

   Menarik minat murid, guru, kakitangan, ibu bapa, untuk melaksanakan projek ini kerana ia mudah dilaksanakan, seronok, mudah dan berfokus.

 

   Menarik minat tetamu lawatan penandaaras dan pengunjung sewaktu perkongsian di pameran -pemeran pendidikan peringkat kebangsaan dan negeri untuk dipraktikan di sekolah.

 

   Menarik minat alumni dan agensi luar untuk berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan halatuju murid dalam STEM selepas SPM.

 

 

2.4          MESRA PENGGUNA

 

   Mudah diaplikasikan di semua sekolah dan institusi pendidikan.  

 

    

   Mudah dilaksanakan oleh semua warga sekolah dan sesiapa sahaja, tidak memerlukan manual pengguna untuk melakukannya.

 

   Sumber informasi yang mudah untuk diperolehi.

 

 

3.0      PELAKSANAAN INTERVENSI

           

3.1      KAEDAH PELAKSANAAN


 

 

    Karnival Semarak STEM

 

Aktiviti pameran berasaskan agensi sains dan teknologi seperti Pusat Sains, Planetarium dan Les Copaque. Agensi latihan seperti Akademi Binaan Malaysia juga dijemput. Sekolah -sekolah yang mempunyai inovasi dalam bidang robotik, digital komputer, Formula One dijemput untuk mendidik murid-murid.

Ceramah juga dijalankan iaitu dari industri untuk ceramah kerjaya bagi memupuk minat murid-murid terhadap kerjaya STEM


Minggu Kerjaya Revolusi 4.0

 

Aktiviti pertandingan berasaskan digital dan meneroka kerjaya dalam Revolusi 4.0 dalam aliran STEM untuk menyemarakkan rasa ingin tahu murid- murid mengenai kepentingan kepelbagaian jenis kerjaya STEM

  

  

 Bagi intervensi murid-murid ting 5 pula, 



Pameran Kerjaya IPT

 

Program Hari Kerjaya memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati. Program ini sangat membantu meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar mengenai peluang pendidikan dalam pelbagai bidang dan membantu mereka membuat persediaan awal demi kecemerlangan hidup. Ia juga medium yang baik untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang pendidikan di peringkat lebih tinggi seperti institusi pengajian tinggi (IPT) dan bidang kerjaya semasa. 



o Inspirasi Alumni Dan Bengkel Kerjaya


Menjemput alumni yang cemerlang dari kelas STEM untuk memotivasikan murid dengan teknik belajar bagi mata pelajaran yang sukar agar dapat memberikan inspirasi kepada murid-murid Tingkatan 5 mengikut jejak alumni yang berjaya


o Ceramah Melanjutkan Pelajaran Selepas SPM

Menjemput pegawai matrikulasi, guru bimbingan dan kaunseling Kolej Tingkatan 6 untuk menyampaikan maklumat mengenai peluang belajar kursus aliran STEM . 

Unit Bimbingan Dan Kaunseling juga menjemput UCSI, Universiti Taylor dan Universiti Majlis Agama Islam WPKL untuk menyampaikan kursus -kursus berkaitan dengan STEM dan pembiayaan untuk membantu murid.


 Bagi murid-murid tingkatan 3 pula, 


o Intervensi Psikometrik

Guru bimbingan dan kaunseling menjalankan intervensi psikometrik secara berkala kepada murid -murid.


o Lawatan Pameran Inovasi STEM Peringkat WPKL

Membawa semua murid ting 3 ke pameran


o Lawatan Pameran Inovasi STEM Peringkat

Menjemput personalia dari industri untuk memotivasikan murid dengan teknik belajar bagi mata pelajaran yang sukar agar dapat memberikan inspirasi kepada murid-murid Tingkatan 5 mengikut jejak alumni yang berjaya


Aktiviti kelab dan PRS



o Project Based Learning

Guru bimbingan dan kaunseling menjalankan aktiviti dalam kokurikulum Kelab Kerjaya dan Pembimbing Rakan Sebaya dalam memasukkan juga aktiviti Project Based Learning 


 


3. 2 MENEPATI KEPERLUAN KUMPULAN SASARAN 

 

Murid 

Program berfokus tingkatan tiga untuk murid-murid memilih aliran STEM sewaktu di tingkatan empat


Program berfokus tingkatan lima untuk murid-murid memilih aliran STEM selepas SPM dengan menyambung kursus -kursus aliran SEM


 






3.3 PENGURUSAN SUMBER  



      Inovasi One Sheet yang menggunakan komputer sahaja dan penggunaan 

kertas yang minimum. Penggunaan memberikan manfaat kepada lebih ramai seperti murid, ibu bapa dan guru. 


Menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi berasas STEM dan kolej swasta denganceramah dan pameran


Bekerjasama dari aspek pembiayaan kewangan bagi menjalankan program seperti Celik STEM menggunakan peruntukan Majlis Agama Islam WPKL dan Program Semarak STEM dengan pembiayaan PIBG sekolah. 

 

 

4.0 IMPAK 

4.1 KEBERHASILAN

 

  


Jadual di atas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan jumlah murid di aliran STEM ting 4 sesi akademik 2023/2024 seramai 117 orang berbanding sesi akademik 2022/2023 seramai 98 orang

 



Jadual di atas menunjukkan penurunan jumlah murid aliran STEM yang tidak menyambung aliran STEM selepas SPM daripada 29 orang pada sesi akademik 2021/2022 kepada 17 orang pada sesi akademik 2022/2023.


 

  

 


Jadual di atas menunjukkan peningkatan jumlah murid aliran STEM yang menyambung aliran STEM di matrikulasi selepas SPM daripada 29 orang pada sesi akademik 2021/2022 berbanding 17 orang pada sesi akademik 2022/2023.


 


Gambar di atas menunjukkan mulai sesi akademik 2023/2024 guru bimbingan kaunseling diberikan pengiktirafan dengan dilantik selaku JK dalam AJK Pendidikan STEM Bersepadu dengan gelaran JK Kerjaya STEM kerana aktif dalam memainkan peranan dalam perkembangan kerjaya STEM bagi sesi akademik 2022/2023.


 


Gambar di atas menunjukkan perubahan mata pelajaran elektif atas saranan guru kaunseling kepada barisan pentadbir berdasarkan intervensi psikometrik dan syarat kemasukan ke aliran STEM sains komputer selepas SPM yang menawarkan pakej mata pelajaran STEM STEM B. Mulai sesi akademik 2023/2024 Sains Komputer dalam kluster STEM B bersama Fizik, Kimia, Matematik Tambahan.

 



Aktiviti -aktiviti berasaskan STEM diselitkan dalam aktiviti Kelab Kerjaya dan Pembimbing Rakan Sebaya. Pencapaian di peringkat antarabangsa menyebabkan murid dianugerahkan Tokoh Murid PPDa peringkat WPKL dengan ciptaan papan permainan pendidikan pencegahan dadah dalam World Youth STEM Invention Innovation dan PBL STEM 2023 International Level. 

 

4.2 PENCAPAIAN 


1) Mencapai objektif iaitu peningkatan jumlah murid di aliran STEM ting 4 sesi akademik 2023/2024 seramai 117 orang berbanding sesi akademik 2022/2023 seramai 98 orang


2) Mencapai objektif kedua iaitu peningkatan jumlah murid yang memilih aliran STEM selepas SPM. 

 

 


 

4.3 TEMPOH MASA DAN KESAN 

Tahun 2022 hingga Kini. 

 


4.4 KETERLIBATAN 

 

 



  Rajah di atas menunjukkan pelbagai penglibatan dari pihak dalaman sekolah sendiri seperti Jawatankuasa STEM Bersepadu, pihak Jawatankuasa PIBG, komuniti, pelbagai agensi swasta seperti : Les ‘ Copaque Production. Agensi kerajaan seperti : Pusat Sains, Planetarium, Akademi Binaan. IPT Kerajaan seperti Kolej Ting 6, Matrikulasi, Giat MARA Cheras

5.0 PENGIKTIRAFAN



 


Pelbagai pengiktirafan yang telah diperoleh daripada pelaksanaan STEMpathy. Antaranya

 

-        Silver Medal World Youth STEM Invention Innovation 2023

-        Tempat Ke 5 Pertandingan PBL STEM Kategori Sains Sosial Peringkat Antarabangsa Tahun 2023

-        Johan Amalan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling WPKL 2023

(Usaha Meningkatkan Minat Dan Potensi Murid Ke Arah Kerjaya STEM)

-        Johan Amalan Terbaik Pengurusan Kaunseling WPKL 2022

 

 

 

 

6.0 PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

 


-        Pameran Unit Bimbingan Kaunseling Di Wacana Inspirasi Pendidikan Peringkat JPWPKL

 

-        Pembentangan Online Dan Pameran Di Konvesyen Guru Cemerlang Peringkat Kebangsaan

 

 

-        Perkongsian Dengan Guru -Guru Kaunseling Lawatan Penandaaras Dari Majlis Guru Kaunseling Daerah Hilir Perak

 

-        Perkongsian di blog , facebook page, Instagram sekolah mengenai aktivti-aktiviti yang dijalankan untuk perkembangan kerjaya aliran STEM

 

7,0    PENUTUP

 

Idea bagi intervensi program STEMpathy ini memberikan impak yang positif bagi mencapai objektif peningkatan bilangan murid memilih aliran STEM di tingkatan 4. STEMpathy juga mencapai objektif meningkatkan murid aliran STEM kekal memilih aliran STEM selepas SPM. Diharapkan usaha berterusan ini dapat membantu negara mencapai tenaga kerja berkemahiran tinggi dan professional dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik bagi menyahut Dasar Sains, Teknologi Dan Inovasi Negara pada tahun 2030.


 

Telegram Channel