26 October 2023

Persidangan STEM : JPWPKL - UPM 2023

25 - 26 Okt merupakan aktiviti persidangan STEM Peringkat KL yg diadakan di UPM serdang Selangor. Berhadapan dgn tasik UPM Fakulti Kejuruteraan. 

Atas portfolio Majlis Guru Cemerlang yg mempunyai pelbagai tugas disini antaranya AJK Bual Bicara, AJK Dokumentasi, AJK Reruai, AJK Amalan Terbaik dan mcm mcm lagi. 

Booth Majlis Guru Cemerlang dibuka dan saya pamerkan inovasi tahun ini One Sheet Profiling 
dan
 sy jadi guru pengiring juga utk team Formula One sekolah yg menang pertandingan baru baru ini dalam design kereta mereka  ..huhu guru pengiring ye tukang bawa bukan guru pembimbing tukang penasihat mcm mana nak buat  😆

Byk acara cuci mata yg boleh dilihat dan diteroka inovasi masing masing bagi membantu meningkatkan kreativiti kita. 

Banyak aktiviti di sini, slot amalan terbaik guru guru membentangkan amalan terbaik masing masing. 
Slot bual bicara dgn jemputan personalia dlm bidang STEM 
Ada Fun Run untuk murid sambil meneroka dan mengenali UPM

 Ada pelancaran pendigitalan hands on book atau dikenali e-HoB.

UPM dekat di hati
Memori 1994



Share booth dgn Cikgu Sarrie guru cemerlang Math

Bersama guru cemerlang Matematik Cg Sarrie, dan guru cemerlang Bahasa Malaysia Cg Lindar Nor

Bersama guru cemerlang Math juga Cikgu Roszita dengan inovasinya Kad Trilog

Bersama pengetua SMK Putrajaya Presint 16 Sekolah STEM Bersepadu di Putrajaya . Ada jalinan mingu depan bersama PRS yg akan ke sekolah kami dan insha Allah kami bakal ke sek tersebut bersama pentadbir untuk melihat progress Sekolah STEM Bersepadu
Ni team pertandingan Formula One sekolah. Bersama pensyarah UPM Fakukti Kejuruteraan yg memberi green light untuk mencuba litar yg ada di fakukti untuk test replika kereta F1 tersebut 

Ni team sekolah bersama brg pameran F1 mereka

Berjiran dgn smk jinjang student membina perabot . byk sold hasil pameran mereka
Bersama guru cemerlang BM Cikgu Haslindar Nor di boothnya
Bersama Guru Cemerlang Math Cikgu Sarrie

Bersama geng guru cemerlang Kimia Puan Lee yg baru menyampaikan amalan terbaiknya
Antara pengunjung yg hadir di booth STEM SMK Sri Bintang Selatan pameran murid


Batuk batuk batuk please go away

 

Telegram Channel