6 April 2024

One Page Project Manager OPPM Unit Kaunseling




Saya kongsikan antara isu dalam minit mesyuarat pertama UBK mengenai kehadiran yang merupakan kunci utama perancangan strategik sekolah dan kerjasama yang saya perlukan dalam team UBK yang terdiri dari guru APDM, penyelaras tingkatan , dan guru disiplin

Susunan error sikit bila copy dari words masuk setting blog ni.

Saya share OPPM untuik memudahkan progress dilihat

4.3       PERANCANGAN STRATEGIK UBK

1.         Puan Nurhaiza memaklumkan mengenai fokus untuk sesi 2024/2025 ialah menangani isu kehadiran murid ke sekolah dengan lebih cepat dan teratur. KPI kehadiran adalah 89% bagi sesi 2024/2025.

 

2.         Program Menangani Kehadiran meliputi 3 kategori iaitu program rimbunan kasih untuk kategori peratus kehadiran 90% ke atas, kategori ikatan kasih untuk 80%-89% manakala untuk kategori sentuhan kasih untuk peratus kehadiran di bawah 80%.

 

 

  Cadangan aktiviti di bawah rimbunan kasih ialah murid berpeluang ke lawatan anjuran sekolah bagi tingkatan 5 dipercepatkan ke Nov 2024 manakala poster ucapan tahniah disediakan oleh UBK untuk disebarkan dalam kumpulan rasmi telegram sekolah dan LED sekolah di tapak perhimpunan.

 

2.              Cadangan aktiviti di bawah sentuhan kasih ialah mnegenal pasti murid berisiko cicir melalui google form pengesanan, menjalankan sesi konsultansi Ibu Bapa & Ziarah Cakna,  Analisis Kehadiran bulanan kelas menggunakan analisa kad CARE kelas , Penggunaan Kad CARE indvidu untuk murid ponteng tegar dan penyampaian Insentif Peningkatan Peratus Kehadiran Ke Sekolah.

 

3.              Buku kawalan kelas akan diperiksa setiap hari Jumaat untuk mengenal pasti pattern kehadiran murid yang berterusan tidak hadir ke sekolah untuk dicatat di kad CARE kelas

 

4.              Cadangan aktiviti untuk program ikatan kasih adalah graf prestasi kehadiran agar lebih jelas murid-murid nampak penurunan dan peningkatan tetapi masih dalam 80-89% . Murid diingatkan agar jangan turun dari 80% dan diberi motivasi bagi kelas-kelas berpotensi untuk meningkat melebihi 90%.

 

5.              Puan Nurhaiza memaklumkan peratus kehadiran kelas diterima setiap minggu dari En Nik selaku guru APDM yang telah melabel warna kuning untuk peratus kehadiran antara 80 hingga 94% , warna hijau untuk 95% kehadiran mingguan dan merah untuk kelas yang tidak mencapai 80% kehadiran ke sekolah bagi minggu tersebut.

 

6.              Mencadangkan untuk mewujudkan piala pusingan untuk kehadiran bagi kelas menengah atas dan menengah rendah

 

Tindakan : Pn Nurhaiza

 

4.3                 MURID BERISIKO CICIR

 

1.     Murid –murid yang mendaftar masuk bukan pada hari pertama atau kedua hari persekolahan sesi 2024/25, perlu berjumpa guru kaunseling  terlebih dahulu selepas didaftarkan oleh penyelaras tingkatan. Seramai 4 murid telah dikenal pasti perlu dalam pemerhatian guru kaunseling.

Tindakan: Makluman

2.     Mewujudkan kad CARE untuk mengenal pasti dengan lebih cepat murid yang berisiko cicir.

Tindakan: Pn Nurhaiza

 

Selamat bercuti Hari Raya Aidilfitri


 

Telegram Channel