Sepenggal lagi sebagai Setiausaha KLCA. Tahun ni kami memperkenalkan website KLCA yg boleh diakses dan dgn menggunakan kad pengenalan boleh mengetahui status terkini kita pada laman web tersebut.
Di KL guru kaunseling adalah ahli KLCA dan juga ahli MGKKL. Jika berpindah sekolah keluar KL maka status MGKKL akan hilang tapi KLCA tetap ahli.
Begitu juga jika bertukar portfolio dari guru kpd bukan guru maka portfolio sbg ahli KLCA juga tetap ada.
Boleh layari website kami di
Minit Mesyuarat Agung
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUN 2023
Tarikh : 5 Julai 2023
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Auditorium JPWPKL
Pengerusi : Pn. Hajah Noorlia binti Arshad
Kehadiran : 452 orang
Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan Presiden KLCA
2. Pembentangan dan Penerimaan Laporan Tahunan KLCA
Sesi 2022/2023
3. Pembentangan dan Penerimaan Laporan Kewangan KLCA
berakhir 31 Disember 2022
4. Usul dan Cadangan
5. Ucapan Penangguhan Mesyuarat
1. UCAPAN PRESIDEN KLCA
1.1 Presiden mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke Mesyuarat Agung KLCA
dan mengucapkan tahniah dan terima kasih atas semangat usaha setiap ahli
dalam menjalankan tugas masing-masing.
Tindakan : Makluman
2. PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI KLCA 2022/ 2023
2.1 Pn. Nurhaiza Binti Che Mat, Setiausaha KLCA membentangkan Laporan
Tahunan 2022/2023
Cadangan pengesahan : Puan Nadiatul Farhana Binti Mat Sihap
Sokongan : Sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
Tindakan : Makluman