15 May 2024

Sambutan Hari Guru Kebangsaan: Ikon Guru Kaunseling 2024

Akan diingati dalam memori perkhidmatan dalam Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke 53 di Kuantan Pahang. Mac 2024 — Tema Hari Guru 2024 adalah "Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI" -

Dicalonkan untuk anugerah ikon GBK Hari Guru Kebangsaan bersama sama 

Cikgu Jafny GC Kaunseling dari Selangor
Cikgu Nurul Najha GC Kaunseling Perlis
Cikgu Ainee dari Negeri Sembilan

Dinobatkan sebagai Johan. Terima kasih KPM dan alhamdulillah dgn hadiah hadiah yg diterima. Terima kasih memartabatkan profesion GBK untuk disenaraikan dalam list anugerah Hari Guru

Gelaran Guru Cemerlang dan Ikon hadir dgn tanggungjawab. Ia satu ujian dalam mengalas amanah..bukan tempelan panggilan semata mata. Semoga gelaran ini menginspirasikanku untuk tidak lelah dgn murid murid dan tidak lokek  membimbing rakan GBK  kerana is satu AMANAH.

Semoga menjadi pemangkin utk terus bangkit walaupun adakalanya lelah ..

Terima kasih kepada follower dan sesiapa pun anda yg tak putus putus memberikan kata kata positif sojg perkhidmatan saya ibarat doa yg mengiringi perjalanan karier saya  Semoga diberkati dan dilindungi dalam saya menjalankan amanah saya

SISC Mall , Kuantan

Tahniah Nurul
Tahniah Jafny Guru Cemerlang Kaunseling dari Selangor

Tahniah Nurul Guru Cemerlang Kaunseling dari Perlis

Terima kasih YB
Team KL dgn brg brg hadiah jawab kuiz di booth KPM. Alhamdulillah rezeki dapat tablet dan nama dipanggil. Tq Sarrie bantu ambilkan

Dalam kenangan 

Bersama pemenang hadiah inovasi dan TVeT Kebangsaan bersama VIP En Azman

Bersama  En Saiful dan Cik Sabariah dari Unit BPSH KPM
Tahniah Farhana ikon guru berwibawa dari kategori  sekolah khusus wakil KL yg johan

Pn Farah wakil Pn Lee ikon guru koko wakil KL tpt kedua

Pn Farah mengambil hadiah Pn Lee johan ikon teknologi pend digital 

 

Telegram Channel