27 December 2024

Kembara Bitara Minda JPWPKL


Sebelum cuti sekolah JPWP menganjurkan program Kembara Minda iaitu guru guru kaunseling KL melaksanakan ceramah dan aktiviti pemugaran minda sihat di sekolah sekolah di KL dgn modus cross sekolah. Saya ke daerah Bangsar pairing dgn GBK dari sekolah sebelah iaitu SK Seri Bintang Selatan. Kami menjalankan aktiviti nun di SMK Seri Hartamas. 
Manakala GBK dari SMK Bandar Baru Seri Petaling ke sekolah menyampaikan ceramah pemugaran minda sihat.

Orait saya share aktiviti kami
Modul disediakan iaitu sesi ice breaking, teknik 10B, teknik menghadapi peperiksaan oleh saya. Saya tambah tips hadapi blackout time exam dan cara belajar stay up yg produktif. 



 

Telegram Channel