Showing posts with label MGKK. Show all posts
Showing posts with label MGKK. Show all posts

14 February 2026

Bengkel dan Mesy Perkhidmatan  AJK MGKK kali 1/2026

Bengkel dan Mesy Perkhidmatan AJK MGKK kali 1/2026

Hari pertama Berbengkel Penyelarasan Program MGKK bersama MMU dan ada satu event yg akan dijalankan di MMU peringkat kebangsaan. 
Manakala ada satu webinar dan aktiviti antara Biro Program Murid atau Biro Profesionalisme MGKK dgn MMU . sesi fotografi dahulu manakala bengkel pada hari ketiga. 
Sebelah petang hari pertama taklimat dari En Pilus selaku pegawai HEM di BPSH, KPM. Penerangan aktiviti peringkat kebangsaan dan isu semasa
Terima kasih MMU pamplet dan brosur terkini MMU dan cenderamata t-shirt kolab MGKK MMU 
hari kedua slot UPU selama 2 jam. Terima kasih UPU
Taklimat dari JPA selama sejam mengenai penajaan dan prosedur terkini pada hari kedua
Taklimat dari penajaan MARA selama sejam hari kedua. Format terkini penajaan MARA pada hari kedua
Mesyuarat dalam Biro pada hari ketiga . Pembentangan aktiviti kepada biro biro lain.
Mesyuarat Pengurusan MGKK kali 1/2026
Pada hari kedua di sesi petang pukul 2.30 hingga 5.30 petang dengan sesi perkongsian Cikgu Ridz ke UK.
En Ariq dari SUKSES bentang date jelajah SUKSES


Perjumpaan MT dgn Pengarah BPSH

Aktiviti santai malam kami ke rumah mantan YDP Putrajaya yg cuti sakit. 



4 January 2026

Mesyuarat Majlis Tertinggi MGKK 1/2026

Mesyuarat Majlis Tertinggi MGKK 1/2026

Mesyuarat JK AJK top 8 Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan di WPKL. 
Mesyuarat dan aktiviti padat 3 hari 2 malam dari 2 Jan 2026 hingga 4 Jan 2026. 

Terima kasih UTP buku planner 2026 yg sangat unik. 
Antara aktiviti kami ialah
2 Jan
- Mesyuarat dgn Schola dari Yayasan Creador di Pusat Belia
- Mesyuarat dgn pembekal produk PRS Syarikat Harmoni sebelah malam di Pusat Belia

3 Jan 
- Mesyuarat dari pagi hingga petang pengurusan aktiviti sepanjang tahun 2026 dengan rakan strategik dan dengan KPM
- Malam majlis makan malam sempena perpisahan En Saiful yg berkhidmat dgn Unit Kaunseling BPSH dan bergerak ke unit lain..di samping meraikan SU MGKK Nadia yg bertukar ke IPG 

4 Jan
- pembentangan kewangan
- penjualan produk PRS
- penjualan buku 
- majlis serah tugas mantan SU kepada SU baru 
Penyerahan buku planner 2026 simbolik start plan aktiviti tahun 2026
Perbincangan dgn Schola aktiviti webinar 4 Kali setahun
Perbincangan produk PRS dan bagaimana cara pesanan diuruskan bersama Alvin wakil syarikat produk PRS 
Mesyuarat di sekolah saya
Bentang laporan kewangan
Terima kasih Nadia sempat 6 bulan berkhidmat sbg SU MGKK
Gimik penyerahan tugas kepada SU Baru Tengku





Yeah tamat sudah 





3 January 2026

Majlis Makan Malam MT MGKK

Majlis Makan Malam MT MGKK



Malam ni buat aktiviti untuk makan malam bersama Tuan Saiful yg mantan KPP UKK BPSH yg telah lama bersama MGKK dan bertugas di tempat lain . Turut bersama mantan YDP MGKK Tn Hj Ismail. Kami turut juga meraikan mantan Setiausaha MGKK yg bertukar portfolio selaku kaunselor di IPG Islam Bangi dan Setiausaha MGKK yg baru dari WPKL. 

Dah byr bil ...buat cabutan dapatlah cabutan bertuah oven. Tq chef 
hadiah dari MGKK

15 November 2025

Anugerah NADI kepada MGKK :Sambutan Penutup Bulan Kaunseling Kebangsaan

Anugerah NADI kepada MGKK :Sambutan Penutup Bulan Kaunseling Kebangsaan

Menerima sijil penghargaan selaku wakil Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan untuk menerima  sijil ini. 
Selaku NGO aktif dalam melaksanakan aktiviti psikososial dari Majlis Guru Kaunseling daerah,.negeri mahu pun kebangsaan. 
Disampaikan sendiri oleh Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri. Program  yang dianjurkan oleh LPPKN dan Lembaga Kaunselor Malaysia. 
Anugerah NADI singkatan Naluri Aspirasi Dedikasi dan Inspirasi: Anugerah mengiktiraf sumbangan dan dedikasi para kaunselor sbg tanda penghargaan atas komitmen dalam memperkukuh profesion kaunseling Malaysia.  Anugerah diserahkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia dan KPWKM. national information dissemination centre . 

 

Telegram Channel