Showing posts with label Southern Star. Show all posts
Showing posts with label Southern Star. Show all posts

19 May 2023

Majlis Hari Guru Dan Hari Raya

Majlis Hari Guru Dan Hari Raya

Hi pembaca
19 Mei sekolah mengadakan 3 jenis majlis serentak di bawah tema 
Selembar Memori Segulung Inspirasi Aidilfitri Guru Insani
mewakili tiga jenis majlis iaitu majlis perpisahan guru dan AKP yg berpindah, Sambutan Hari Guru dan Sambutan Aidilfitri. 

Kepelbagaian juadah dan pelbagai persembahan dan pertandingan yg memeriahkan suasana RIMUP antara kaum . 

Majlis dimulakan dgn nyanyian lagu Kami Guru Malaysia

Acara potong kek

Jamuan mkn

Persembahan 

Pertandingan guru guru 

Majlis penyampaian cenderamata guru berpindah


Happy tummy...thank you Kelab Guru organize program




3 February 2023

Majlis Persaraan PK Tadbir Kurikulum

Majlis Persaraan PK Tadbir Kurikulum

Majlis Persaraan Puan Salina dalam keadaan mendung dan hujan...

Dalam masa 10 bulan saya di sini, seorang seorang ahli AJK Pengurusan bergerak keluar..Baru dua bulan di sini, pengetua saya Pn Aziah naik pangkat sbg Timbalan Pengarah di PPD Keramat pengganti pengetua saya Pn Norlela A Wahid baru melapor diri pada Januari 2023. 

Seorang GKMP Kemanusiaan Kak Norah lama sikit dapat kenal 7 bulan dan bersara. Sampai sekarang belum ada pengganti

Dan sekarang PK Tadbir pula yg bersara sempat kenal 10 bulan, penggantinya Pn Hamimah mantan PK HEM saya akan menggantikan tempat Pn Salina. Manakala PK HEM baru sudah sampai iaitu Pn Sabidara PK Koko dari SMK Yaakob Latiff  

Majlis aturcara yg disusun dengan baik..
Diarak dengan kereta kuda keliling sekolah untuk melambai lambai kpd murid murid dan warga sekolah. 
PK Tadbir yg menyenangkan ini merupakan guru Pendidikan Islam. Memperkenalkan dirinya sbg Kak Na pada hari pertama saya melangkah melapor diri ke sekolah ini. 

Melangkah masuk ke auditorium , ada door gift dari Pn Salina mcm ole ole kenduri kahwin. 

Bacaan zikir dan silat mengiringi maduk ke dewan. 

Tahniah team Kelab Guru tahun ini dan AJK Pelaksana. 
Persembahan multimedia yg mantap fasa fasa kehidupan Pn Salina. Ucapan ucapan guru dan murid murid

Ahli keluarga Pn Salina juga dijemput untuk memeriahkan majlis 

Semoga Puan berbahagia dan menikmati persaraan dengan penuh kesejahteraan minda dan sejahtera  

Welcome our new PK HEM 🌷Pn Sabidara

Kereta kuda sudah bersiap sedia
Tiba di dewan sekolah
Disambut dengan barisan pengawas
Tiba di auditorium sekolah
Pengacara majlis yg mantap

Gabungan guru disiplin dan guru kaunseling bagi beg travel huhu mudahla nak melancong ke sana ke mari
Persembahan murid dgn nyanyian dari guru
Pelamin Puan Salina
Nasyid
Memotong pulut kuning

Perarakan masuk

Perarakan keluar dengan laungan azan

14 January 2023

Majlis Apresiasi Murid Ting 5 : Majlis Graduasi

Majlis Apresiasi Murid Ting 5 : Majlis Graduasi


Menghadiri Majlis Graduasi atau dinamakan majlis apresiasi yg diadakan . Stail sek ni majlis ini juga menjemput ibu bapa untuk bersama sama meraikan anak anak. Maka bertambah besar dan meriah acara yg dijalankan. 

menarik juga graduasi di sini sebelah SOGO dan pilihan makanan juga banyak untuk dipilih

Bergambar bersama team PRS yg ada 6 org je kami ni hihihihi. Banyak memori yg baik baik dgn batch ini. Sewaktu melangkah menjadi warga SBS team inilah yg umpama geng di sekolah. Pagi pagi bersama di pintu pagar, waktu rehat pun mereka duty di UBK dan balik pun kerap stayback sementara tunggu penjaga ambil. 

Bersama menjenamakan semula PRS dan menjalankan aktiviti utk menarik adik adik menyertai PRS  
Semoga dapat buat yg terbaik dalam SPM anda ye🌷. 

Tahniah Ukail
Tahniah Abdul
Tahniah Haqiemi
barisan guru kelas T5

Feeling lalala MRT-LRT 

 

Telegram Channel