Showing posts with label VLE Frog. Show all posts
Showing posts with label VLE Frog. Show all posts

30 October 2018

Eksplorasi Kaunseling: Program Selepas PT3

Eksplorasi Kaunseling: Program Selepas PT3



29 Oktober hingga 1 Nov program selepas PT3 dikendalikan sepenuhnya oleh UBK.

Hari esoknya 30 Oktober 2018 kami mengadakan program Eksplorasi Kaunseling yang dikendalikan oleh fasilitator ting 3.
Kami mengadakan 5 stesen utama dengan masa 3 jam menjalankan aktiviti:

Murid yang hadir dibahagikan kepada 6 kumpulan. Kemudian mereka perlu melalui stesen yang diarahkan. 

Stesen 1: Membina slogan Unit Kaunseling secara individu dan Membina Logo UBK secara kumpulan bertempat di gimnasium



Stesen 2: Kemahiran Team Building menguji kerjasama kumpulan membina empati kepada rakan sepasukan bertempat di padang



Stesen 3: Laman VLE Frog UBK menjawab kuiz. Soalan kuiz dijawab secara individu dan markah individu diambil sebagai markah kumpulan. Bertempat di bilik UBK.





Stesen 4: Urutan Relaksasi Minda Sihat dijalankan secara individu. Markah individu dicampur untuk markah kumpulan. Bertempat di Wakaf Minda Sihat






Stesen 5: Kemahiran Komunikasi untuk memgenal pasti kepekaan kemahiran memerhati dan komunikasi bukan lisan. Bertempat di gelanggang sepak takraw.



Dateline touch up UBK
Still...in progress..........









28 May 2017

Ujian Permata Pintar Di Sekolah

Ujian Permata Pintar Di Sekolah

Orait dengan entri saya bertajuk ujian permata pintar itu, ia bukan bermakna guru kaunseling wajib sebagai the person in charge untuk menguruskan murid yang ingin menjawab program permata pintar ini. Di sekolah saya, pentadbir menyerahkan urusan promosi kepada UBK untuk menyebarluaskan kepada murid agar mengambil ujian permata pintar ini. Tapi tak tahulah di sekolah lain, di sekolah saya ini jika kita promosi cakap cakap pun murid ini tidak mengambil inisiatif untuk menjawab soalan ujian permata pintar ini. Then nanti apabila pihak JPWPKL mengeluarkan senarai sekolah yang telah key in ujian permata pintar ni, huhu apa agaknya yang anda rasa apabila senarai nama sekolah anda tiada dalam list? Dan anda adalah person in charge untuk menyebarluaskan maklumat mengenai ujian permata pintar ini..:)

Saya kongsikan strategi saya menyusun giliran kelas demi kelas untuk masuk ke bilik komputer dan akses ujian permata pintar ini di hadapan saya agar saya dapat update berapa bilangan murid sekolah ini yang berjaya menjawab ujian permata pintar ini dan mendapat sijil dan berapa orang yang tidak layak mendapat sijil. Sekurang kurangnya strategi ini membolehkan nama sekolah saya bukan berada dalam kalangan sekolah yang tiada langsung murid key in atau terlalu rendah murid yang key in. At least 50 orang miniumum...dengan bilangan 13 buah kelas yang bergilir datang menjawab soalan ujian permata pintar ini saya dah capai target murid yang menjawab soalan ujian permata pintar ini malahan lebih lagi. Dan satu lagi ujian ini diletakkan di tapak VLE Frog dan murid perlu akses melalui VLE Frog untuk meningkatkan juga rating VLE Frog umpama dua perkara yang anda boleh buat untuk satu aktiviti.

Ujian ini nampak sama tetapi berbeza dari segi jawapan maka jika anda meniru huhuhu memang salah jawapan anda kerana soalan kawan di sebelah nampak sama tetapi tidak sebenarnya. Ujian ini bagus untuk menguji kefahaman murid. Orait yang berminat untuk mengujinya pastikan anda adalah murid tingkatan satu hingga tingkatan tiga bagi sekolah menengah. Jika anda tidak berminat untuk menyertai program permata pintar ini pun takpe, sekurang -kurangnya jawablah ujian ini untuk mengetahui tahap keupayaan keintelektualan anda.

PLUS Highway
Trip Subuh yang mengantuknya...:)



19 June 2016

Site VLE Frog Cikgu Kaunseling

Site VLE Frog Cikgu Kaunseling




Mendapat top 5 view site dalam VLE Frog bagi penggal pertama persekolahan 2016. Tapi tak dapat top 10 untuk guru aktif VLE Frog..hihi sebab dah lama tak update site. Memang jarang buka VLE Frog penggal ini. Rasanya dapat top 5 highest view site pun , bahan yang semuanya dari tahun lepas punya. So hari ini saya memuatkan bahan -bahan untuk setiap site yang saya bina.
Oh ye jika ada guru kaunseling dari sekolah lain yang ada idea bagaimana saya boleh menambahkan lagi site saya atau apa yang saya boleh upload lagi , sila beri pandangan ye. 






Konvensyen Pendidikan Kebangsaan
Character Education
Idea...idea..please come to me

22 April 2016

Ujian Permata Pintar UKM 1

Ujian Permata Pintar UKM 1


Mulai hari ini, pengetua meminta saya mengatur murid 1 Imtiyaz, 2 Imtiyaz dan ting 3 untuk menjalankan ujian permata pintar UKM 1. Ujian ini menguji keupayaan kecerdasan murid dan selesai sahaja ujian murid akan menerima sijil penyertaan. Menggunakan kreativiti guru VLE Frog yang meminta semua murid melalui VLE Frog sekolah untuk menjawab soalan ini agar menaikkkan rating penggunaan VLE Frog dalam kalangan murid. 

Sebelum murid -murid ini menjawab soalan, saya membimbing mereka update nama sekolah terlebih dahulu dan kemaskini data ibu bapa yang diperlukan ialah ic ibu bapa dan pekerjaan ibu bapa. Apabila data ini ada, barulah mudah untuk ke langkah seterusnya iaitu menjawab soalan . Mereka mengakses di rumah atau di mana sahaja.

UJIAN UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009. Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun . Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat intelek semula jadi dalam yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara

http://www.ukm.my/permatapintar dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.

Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk menyertai program-program berikut:
1) Program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM UKM-JHU (untuk pelajar 9-15 tahun/Tingkatan 3 pada 2016)
2) Program PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar 8 tahun / Darjah 2 pada tahun 2016 dan beragama Islam)
3) Kolej PERMATA pintar ASAS 1 2017 di UKM (untuk pelajar 11-12 thn pada tahun 2016)



Happy tummy 
Heavy Potluck
From baby April

5 April 2016

Bengkel VLE Frog

Bengkel VLE Frog

Kredit untuk Cikgu Norliza Borhan guru ICT sekolah yang juga penggerak utama VLE Frog sekolah. Bersungguh sungguh dan pelbagai idea yang diberikan olehnya untuk murid dan guru menggerakkan VLE Frog sekolah. Saya sendiri mengaku dah lama jugak tak jenguk VLE Frog saya hihihi..so kesempatan yang ada hari ini walaupun dari pukul 2.30 petang hingga 4.00 petang saya dibimbing bagaimana memasukkan gambar-gambar ke dalam site khas yang dibina iaitu dokumentasi sekolah memandangkan hobi saya memasukkan gambar ke dalam blog saya sahaja :)
maka cikgu Norliza meminta saya share gambar-gambar itu di VLE Frog bagi menaikkan rating murid melayari VLE Frog apabila ingin mengambil gambar-gambar mereka beraktiviti di  sekolah




Pakej demam dan batuk
Kafarah

2 November 2015

Program Selepas Peperiksaan PT3: Misi Gempur Denggi ;Danque Petrol

Program Selepas Peperiksaan PT3: Misi Gempur Denggi ;Danque Petrol

                                  

Hari ini merupakan hari pertama program Selepas PT3. Sekolah menyertai pertandingan pendidikan Aedes untuk pasukan COMBI dan kami UBK membantu pihak urusetia COMBI menyediakan keperluan dan aktiviti yang diperlukan untuk menyertai pertandingan ini.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
 1) gotong -royong dan mengenalpasti tempat pembiakan nyamuk aedes.
Pasukan misi gempur tempat pembiakan nyamuk aedes yang berpotensi. Gotong royong dijalankan 3 kali setahun untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.

2) Persembahan pendidikan pencegahan nyamuk aedes
Mengadakan aktiviti persembahan drama, nyanyian atau bersajak untuk dipersembahkan mengenai pendidikan aedes.

3) aktiviti membuat folio mengenai pendidikan pencegahan aedes untuk tujuan pameran. Murid -murid membuat rencana, karangan atau melukis di kertas warna untuk dipamerkan di papan tapak perhimpunan. Selain itu pada bulan April aktiviti pameran pendidikan pencegahan aedes telah dijalankan di sekolah dengan kerjasama Klinik Kesihatan yang membawa model nyamuk dan risalah.

4) pertandingan menyiapkan rencana pendidikan aedes untuk dimuatkan ke dalam blog UBK dan Facebook UBK. Murid diminta menaip mengenai rencana pendidikan pencegahan aedes untuk diterbitkan pada blog dan page UBK.

Walaupun ini pengalaman pertama urusetia COMBI mengambil bahagian, sekurang-kurangnya pengalaman ini akan banyak membantu untuk persediaan yang akan datang. Dan yang paling penting murid menjalankan aktiviti dengan seronok di samping mendapat pengetahuan baru.

Significant date for a lifetime
Happy birthaday my dear sis Khaty
Happy birthday my dear bff  Idah
 

Telegram Channel