7 September 2013

Treasure Hunt Projek Minda Sihat

Treasure Hunt Projek Minda Sihat


 Jom main Treasure Hunt !

Hari ni seramai 57 peserta PRS dan peserta Minda Sihat menghadiri aktiviti Treasure Hunt Minda Sihat dan Kesedaran Kesihatan di Klinik Kesihatan Cheras yg dikendalikan oleh staf di sini. Program ini merupakan salah satu dari projek tahunan Klinik Kesihatan Cheras untuk program Minda Sihat. Seawal pukul 8 pagi kami bertolak dari sekolah dengan berjalan kaki.

 
Aktiviti berjalan kaki dari sekolah ke klinik
                    


Sampai di klinik, taklimat telah disampaikan oleh Staf Nurse Najmi mengenai perjalanan program pada hari  ini. Kemudian Cikgu Padali mengambil alih untuk acara ice breaking.





        

        


Selesai acara ice breaking, staf Klinik Kesihatan mengambil alih untuk aktiviti Treasure Hunt di sekitar kawasan Klinik Kesihatan Cheras.
Treasure Hunt ini terdiri dari 8 checkpoint yang terdiri dari:
CP 1 : Senaman pernafasan
CP 2 : Teknik Relaksasi
CP 3 : Teknik 10B Penawar Stress
CP 4 : Katakan Tak Nak Merokok
CP 5 : HIV dan Puncanya
CP 6 : Kawalan Marah
CP 7 : Bijak Menangani Stres
CP 8 : Laungkan Semangat Anda

Objektif soalan pada checkpoint untuk menguji sejauh mana pelajar mempunyai pengetahuan mengenai topik di atas dan kemahiran untuk menanganinya berdasarkan ceramah yang pernah dikendalikan oleh staf klinik di sekolah dan promosi serta hebahan yang disampaikan. Pemenang berdasarkan jawapan yg tepat dan markah tambahan untuk kumpulan yg bijak, cepat, tepat, pantas, kemas, tersusun dan jujur. Semua checkpoint dijaga oleh staf klinik hanya checkpoint ke 8 dikendalikan oleh guru kaunseling.


                                              



                                                  Tahniah kepada pemenang hari ini.


 

5 September 2013

Lawatan PRS ke Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas

Lawatan PRS ke Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas

Welcome to Pusat Rawatan dan Penjagaan Warga Tua Al Ikhlas at Puchong!  

5/9/2013 UBK menganjurkan lawatan amal sambil beramah mesra dengan warga tua disini. Peserta terdiri dari 45 orang pelajar yang terdiri dari Pembimbing Rakan Sebaya dan pelajar dari kelas 4V3. Peserta diberikan tugasan menyiapkan folio mengenai lawatan ini mengikut kumpulan.

Terdapat 6 kumpulan pelajar. Setiap kumpulan mengagihkan kerja seperti ada ahli kumpulan yang menemubual dan beramah mesra dengan warga tua. Ada yang melakukan kerja amal dengan membersihkan kawasan rumah, menyidai kain, melipat kain, membantu warga tua dengan tugas mereka dan lain-lain lagi.

Pelbagai karenah warga tua yang mengusik hati,
  • ada yang awal - awal lagi memberi amaran agar tidak diambil gambar!
  • ada yang tidak suka dicium dan mengatakan agar mencium ibu bapa sahaja dan jangan mencium orang lain.
  • ada yang kelihatan menangis apabila diajak berbual
  • ada yang meminta diajar mengaji 
  • ada juga yang ceria dan suka bercerita
Di akhir sesi, Puan Muji iaitu tuan punya pusat penjagaan ini memberikan taklimat dan sedikit kata-kata motivasi kepada para pelajar, ia sangat memberikan kesan kepada pelajar. Antara pesanannya agar pelajar menyayangi ibu bapa selagi mereka masih hidup kerana doa ibu bapa berkat dan sekali kita membuatkan ibu bapa terasa dengan sikap kita, hidup kita tidak akan senang dan tenang. Mohon kemaafan dari ibu bapa.

4 September 2013

The hectic years

The hectic years

Wah!! It's really cold tonight due to the heavy rain.

 Tidak lama lagi mesyauarat Agong akan dijalankan. Everytime Mesyuarat Agong Guru Kaunseling Zon diadakan, macam macam karenah orang yang nak dicalonkan atau orang yang nak mencalonkan. Teringat pada tahun 2001, dilantik sebagai Naib Setiausaha Jawatankuasa Guru Kaunseling Zon Pudu di saat belum setahun jagung pun menjadi guru kaunseling. Being a junior dlm group pada masa itu mengatakan tidak adalah satu kenyataan yang agak menjengkelkan memandangkan all the senior can really work hard so why not the young take that post?Pada masa itu jaringan hubungan antara guru kaunseling Zon Pudu adalah sangat baik kerana satu sekolah hanya mempunyai satu kaunselor sahaja dan hanya SMK Cheras mempunyai 2 kaunselor menyebabkan beban kerja untuk Zon adalah lebih berat kerana kebanyakan guru kaunseling akan terlibat sebagai AJK. Hampir semua program dikendalikan sendiri oleh guru kaunseling tanpa menggunakan kepakaran konsultan. I really don't know how i can survive in that time. Dalam masa yang sama dilantik sebagai Setiausaha Kelab Guru SMK Cheras..dan tetiba pulak masa tu satu sekolah hanya dihadkan satu guru kaunseling sepenuh masa , so ada dua alternatif sahaja yg boleh digunapakai iaitu sama ada ditukarkan ke sekolah lain atau mengajar

Well of course I refuse to transfer to another school..I willing to draft a letter ..punyala panjang berjela to the boss to change my profession from full time counselor to the full time academic teacher! Ahaks..there a more challanging life I'm going through this year. 
  • Being a science teacher with 25 period means 5 class to handle means now I am full time teacher.
  • Being a class teacher for 2 Sena ( the most problem class in Form 2 coz administor believe kononnya I can handle the student coz I'm the counselor)
  • At the same time can't resign my post as vice secretary  for UBK SMK Cheras coz I'm still in the commitee
  • Acting as a counselor for evening session
  • And I cannot resign as vice secretary for Zon Pudu Caunselor Committee
  • Secretary for panitia science for evening session
  • Boss still treat me as a full time counselor..means I have to run the programme for the school.
  • Involve as a teacher advisor for PRS
  • As a teacher advisor for 2 club - Career Club and PROSTAR
  • For my personal life, I further study for my Master Education (Education Psychology) at UPM and I had to attend class and a lot of assigntment
Perghh......everyday I'm going to school at 10 am and arrive home by 7.30 pm. Twice a week, I have my Master class at nignt and I will arrive home at 12.00am in the midnight. The best part is, I have my own room at counseling room, my own table at science labratory and my own table at teacher's room. The best reason why my stuff always missing in action.


2002..my life become more hectic
  • Promote to be Secretary  for Zon Pudu
  • Secretary for Kelab Guru
  • Thank you to principal reduce my time table to only 15 period means 3 class for Science and this is the reason I be known as a part-time counselor la pulak.
  • Acting as a counselor for evening session
  • Secretary for panitia science for evening session
  • Teacher advisor for 3 organization.
  •  Further study for my (Education Psychology) and prepare for project paper and a lot of assignment.
This year I have been known as a counselor for  morning, evening and night session..coz sometimes I stayback until 8 pm at school especially when NADI class held on that day. I always travel from state to state to fulfill demand especially from JPWP because of my post as Secretary for Counselor Zon Pudu and among the youngest counselor in WPKL and of course the other reason people always said.. is I'm single and lack of commitment for family. This year I am so..workaholic and my father confuse for my title as a teacher or school officer..hahaha due to my long working hour and always work even in weekend especially most in Saturday to run a programme as my post for counselor.

But I guess this 2 years orientation year for me as a teacher and as a counselor really tough train for  me to have a tough mind, soul and heart as a highly demand for my post! Syukur..takde burnout masa tu..and I still love my job till now.. and I still comfortable with long working hour 8 to 10 hours a day at school.

2 September 2013

Kertas Kerja Mesyuarat Agong & Jamuan Akhir Tahun Guru Kaunseling Zon Pudu 2013

Kertas Kerja Mesyuarat Agong & Jamuan Akhir Tahun Guru Kaunseling Zon Pudu 2013



Mastermind
3 project to focus



KERTAS KERJA
MESYUARAT AGONG DAN JAMUAN AKHIR TAHUN
JAWATANKUASA GURU BIMBINGAN DAN  KAUNSELING WILAYAH PUDU, 
KUALA LUMPUR


1.0           PENGENALAN

Mesyuarat Agong Jawatankuasa Guru Kaunseling Zon Pudu akan dijalankan
bagi melantik AJK yang baru bagi sesi 2014/1015 yang baru bagi menggantikan AJK
bagi sesi 2012/2013. Jamuan akhir tahun merupakan jamuan yang diadakan setiap dua
tahun sekali akan disusuli selepas Mesyuarat Agong untuk meraikan AJK bagi sesi
2011/2013 yang telah menamatkan perkhidmatan mereka dan  AJK baru bagi sesi 2013
/2015 akan dilantik. Jamuan akhir tahun juga diadakan bagi menghargai sumbangan
setiap guru kaunseling yang telah memberikan komitmen dalam menjalankan
perkhidmatan mereka.dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru-guru
kaunseling

2.0           OBJEKTIF

1)    Agar dapat melantik AJK Guru Kaunseling yang baru bagi sesi 2014/2015

2)    Agar dapat memberikan penghargaan kepada AJK Guru Kaunseling bagi sesi 2012/2013.

3.0           TARIKH
19 Oktober 2013

4.0           TEMPAT
Mesyuarat Agong : Pejabat Pelajaran Daerah Putrajaya
Jamuan                : Star Cruise, Putrajaya

5.0           AHLI JAWATANKUASA:

Jawatankuasa Induk:
Pengerusi         :  Tuan Haji Ismail Bin Musa
                           Timbalan Pengarah, PPWBP
Naib Pengerusi :  Tuan Haji Mustafa Bin Majid
                           Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, PPWBP
Setiausaha        :  Encik Mohamad Sepian Bin Osman
                           Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kanan, PPWBP
Naib Setiausah  : Encik Rohaidatul Akmal Bin Rosedi
                           Pegawai Bimbingan Dan Kaunseling PPWBP

Jawatankuasa Kerja:
Pengerusi               : Pn Hasni Haryati Bt Hashim
Setiausaha               : Pn Nik Ismayati Bt Nik Yusof
Naib Setiausaha      : Pn Nor Aidawati Bt Mohamad
Bendahari                : Puan Intan Sahiza Bt Zainal Abidin
Naib Bendahari       : Cik Ng Sook Hoi
Penyelaras              : Puan Nurhaiza Che Mat
AJK Pendaftaran     : Pn Rosmaria Bt Mat Daud
                                Pn Noorul Azura Bt Abu Bakar
AJK Jemputan        : Puan Farizah Bt Ali
                                Pn Norsuhaila Baharom Azzohar
Pengacara Majlis     : Pn Nur Asyikin Bt Md Nor
AJK Jamuan           : Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat
                              : Puan Rozinani Bt Awang             
AJK Sijil                  : Puan Nurazlina Bt Che Omar        
AJK Cenderamata   : Puan Amirliah Bt Mohd Said
                                Cik Norshamshena Bt Daud
                                Puan Nor Aziati Bt Abdul Aziz
AJK Pencatat          : Puan Wan Normala Bt Wan Ali
                                Cik Norfaezah Bt Mohd Fauzi
                                Puan Azmaliza Bt Ahmad
AJK Dokumentasi    : Cik Nadiatul Farhana Bt Mat Sihap
                                Puan Zurita Bt Abdul Rahman
AJK Fotografi          : Encik Wan Mohd Agil Bin Mat Yamin



6.0           TENTATIF PROGRAM

9.00 pagi      : Pendaftaran
9.30 pagi      : Ucapan Aluan Encik Rohaidatul Akmal Bin Rosedi
10.00 pagi     : Minum pagi
10.30 pagi     : Ucapan Pengerusi JK Guru Bimbingan &Kaunseling
                    - Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahunan
                    - Membentang dan menerima laporan tahunan sesi 2012/2013
- Membentang dan menerima penyata kewangan berakhir 31 
  Disember 2012
-Pembubaran AJK 2012/2013
-Penyampaian cenderamata
- Perlantikan pengerusi sementara
-Pemilihan AJK sesi 2014/2015
-Ucapan penangguhan
-Mesyuarat ditangguhkan
12.30 t/h       - Makan tengah hari di Star Cruise Putrajaya
 3.00 ptg       - Bersurai

7.0           ANGGARAN PERBELANJAAN

Pendapatan
Guru kaunseling                   : RM 30          x  60        = RM  1,800
Tabung JK Guru Kaunseling :                                    = RM  3,650
Perbelanjaan
Pakej makan tengahhari    : RM 88.00 x 60 orang       = RM 5,200
Hadiah                              : RM 50.00 x  5 orang        = RM    250


8.0     PENUTUP
Diharapkan agar program berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari
warga guru kaunseling Zon Pudu.


Disediakan oleh,                                                                          Diluluskan oleh,


(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                                









1 September 2013

Kes Trauma

Kes Trauma

Hi September!

Hari ni saya nak bercakap mengenai  kes trauma dan bagaimana saya mengendalikan kes trauma ini dan belajar agar dapat mengendalikan  sesi kaunseling dengan lebih berkesan.

Trauma ditakrif sebagai kesakitan yang dialami oleh seseorang yang memberi kesan kepada psikologi dan fizikal seseorang sehingga membawa kesan kepada kehidupan seperti menurunnya tahap produktiviti dan aktiviti seharian. Trauma kerana peristiwa pahit sama ada fizikal atau mental yang menyebabkan kerosakan serta merta kepada tubuh atau kejutan kepada minda. Kebimbangan yang melampau kesan fizikal dan psikologikal yang boleh menggangu emosi yang dicetuskan oleh peristiwa pahit. 

Setiap individu mengalami trauma mempunyai tiga fasa iaitu 
  • Fasa severe :  keadaan serius dan tindak balas serta merta ketika trauma yang baru berlaku secara tiba-tiba. Individu itu mengalami peristiwa pahit dan merasa takut dan ngeri sehingga tidak berdaya. Pukulan emosi yang dihadapi begitu hebat secara tiba-tiba.
  • Fasa kronik : bermula dari awal kejadian sehingga beberapa minggu selepasnya. Gangguan emosi yang mendalam dan berlarutan sehingga berbulan malah adakalanya bertahun. Ketakutan dan kebimbangan adalah khusus kepada peristiwa yang menjadi penyebab kejadian trauma. Mereka masih lagi mengalami kemurungan, rasa tidak selamat dan rasa kehilangan. Kemurungan boleh menyebabkan mereka hilang kawalan diri dalam kehidupan. Mereka mempunyai tendensi mengasingkan diri dari perhubungan sosial, perubahan pola tidur, kerap marah, mudah melenting. Ada juga yang cuba mengisi masa untuk menghilangkan kesunyian dan penderitaan. 
  •  Fasa penyesuaian : Proses integrasi antara trauma dengan kehidupan seharian. Individu tidak lagi menfokus kepada trauma yang dihadapi tetapi berusaha menumpukan kepada kehidupan seperti sediakala walaupun terpaksa melalui beberapa proses penyesuaian. Penyesuian yang perlu dihadapi bergantung kepada tahap kehilangan yang dihadapi. Pada masa ini, mereka boleh melalui kehidupan tanpa dibayangi oleh pengalaman pahit yang menimpa. Malah perubahan tingkahlaku dan perasaan mereka juga ke arah yang lebih positif dan adaptif. Proses penyesuaian ini bergantung kepada personaliti, self esteem di samping sokongan keluarga, pakar perubatan, psikiatri, psikologis,kaunselor dan ahli masyarakat. Mereka pulih dengan cepat kerana personaliti yang unggul seperti kemampuan menghadapi cabaran dan pengurusan flashback yang berkesan. Sistem sokongan yang padu dari ahli keluarga dan rakan-rakan yang selalu mengingatkan tentang fokus kehidupan adalah sangat membantu.

31 August 2013

Merdeka Ke 56 !!

Merdeka Ke 56 !!

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !


Selamat Hari Merdeka yang ke 56 . Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku
Sambutan Hari Merdeka sebelum cuti sekolah dengan tema di ambang merdeka dijalankan di tapak perhimpunan dengan himpunan lagu patriotik dan bendera yang berkibar menguasai dataran perhimpunan dan semua warga sekolah meraikan dan menyanyikan dengan penuh semangat.








30 August 2013

Jamuan raya mentor mantee 2013

Jamuan raya mentor mantee 2013



Meehon goreng
For 5S1 :)

Projek mentor mantee pelajar tingkatan 5 diadakan di kantin sekolah. Kali ini antara pengisiannya ialah jamuan raya bersama mentor mantee dan sambutan hari lahir bagi pelajar yang menyambut hari jadi dalam bulan ini. Selaku penyelaras projek , saya memastikan semua mentor berada bersama -sama mantee masing- masing dan diharapkan mantee masing-masing bekerjasama untuk membawa pot luck dari rumah atau tempahan dari kantin sekolah.








 

Telegram Channel