Total Pageviews

5 September 2013

Lawatan PRS ke Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas

Welcome to Pusat Rawatan dan Penjagaan Warga Tua Al Ikhlas at Puchong!  

5/9/2013 UBK menganjurkan lawatan amal sambil beramah mesra dengan warga tua disini. Peserta terdiri dari 45 orang pelajar yang terdiri dari Pembimbing Rakan Sebaya dan pelajar dari kelas 4V3. Peserta diberikan tugasan menyiapkan folio mengenai lawatan ini mengikut kumpulan.

Terdapat 6 kumpulan pelajar. Setiap kumpulan mengagihkan kerja seperti ada ahli kumpulan yang menemubual dan beramah mesra dengan warga tua. Ada yang melakukan kerja amal dengan membersihkan kawasan rumah, menyidai kain, melipat kain, membantu warga tua dengan tugas mereka dan lain-lain lagi.

Pelbagai karenah warga tua yang mengusik hati,
  • ada yang awal - awal lagi memberi amaran agar tidak diambil gambar!
  • ada yang tidak suka dicium dan mengatakan agar mencium ibu bapa sahaja dan jangan mencium orang lain.
  • ada yang kelihatan menangis apabila diajak berbual
  • ada yang meminta diajar mengaji 
  • ada juga yang ceria dan suka bercerita
Di akhir sesi, Puan Muji iaitu tuan punya pusat penjagaan ini memberikan taklimat dan sedikit kata-kata motivasi kepada para pelajar, ia sangat memberikan kesan kepada pelajar. Antara pesanannya agar pelajar menyayangi ibu bapa selagi mereka masih hidup kerana doa ibu bapa berkat dan sekali kita membuatkan ibu bapa terasa dengan sikap kita, hidup kita tidak akan senang dan tenang. Mohon kemaafan dari ibu bapa.

No comments: