10 July 2015

Anniversary ke 15!

Hari ni genap 15 tahun makan gaji di sekolah ini di SMK Cheras. Posting dari 10 Julai 2000 hingga 10 Julai 2015 wahhh dah 15 tahun di sini. Hari ini feeling sentimental sikit jalan jalan sekitar sekolah dan berposing kat tempat tempat strategik. Saya tak pasti berapa lama saya akan kekal di sini tetapi saya berangan untuk kekal dan berpencen sebagai guru kaunseling...ahaks. :) Saya suka dengan kerja saya dan dunia pekerjaan saya. Walaupun saya sudah merasai asam garam di bawah pentadbiran 8 pengetua yang bermacam karenah dari yang menyokong kepada yang suka membantah tetapi kedudukan saya di sini masih lagi stabil dan dihargai. Saya tidak berminat digerakkan atau memohon sebagai pegawai pendidikan di Jabatan Pendidikan Negeri, KPM atau organisasi kerajaan dan swasta yang lain. Saya rasa setiap orang mempunyai keistimewaan tersendiri dan kekuatan saya sebagai GURU dengan persekitaran sekolah dan pelajar bukannya di pejabat.  

Memandangkan saya adalah batch kedua perkhidmatan kaunseling sepenuh masa, saya dapat melihat perkembangan dunia pendidikan kaunseling yang sering ditambahbaik dari tahun ke tahun. Semasa saya dipostingkan pada tahun 2000, kuota guru kaunseling sepenuh masa hanyalah seorang bagi satu sekolah. Dengan populasi yang mencecah 3000 pelajar ketika itu, memang tak menang tangan hinggalah arahan bilangan guru kaunseling mengikut kuota 500 murid untuk seorang guru kaunseling barulah rasa boleh bernafas sedikit. Pada masa itu juga, hubungan antara guru kaunseling dalam daerah sangat rapat sebab kami berhubung dan membantu untuk program daerah maklumlah masa itu media sosial tidak begitu pesat seperti sekarang hanya ada telefon dan bermesej yang di caj sahaja tak seperti sekarang berbincang masalah dan tutorial dihujung jari menggunakan whatsapp group sahaja. Yang terkini perekayasaan perkhidmatan kaunseling yang lebih berfokuskan kepada kemenjadian pelajar.


Ada orang bertanya tidakkah saya bosan berada di satu tempat sahaja selama 15 tahun, dengan tersengih saya mengatakan of course tidak. Saya sentiasa mencipta inovasi baru dan pelbagai projek untuk mewarnai dunia pekerjaan saya agar sentiasa menyeronokkan. Saya juga sering menukar wajah bilik kaunseling agar sentiasa nampak baru. Sekurang kurangnya setahun sekali perubahan bilik kaunseling dilakukan sama ada menukar susunatur perabot, warna atau hiasan dalaman bilik kaunseling . Maklumlah bilik kaunseling umpama rumah kedua saya, purata 9 jam sehari saya berada di sekolah kenalah rupa tu bertukar tukar untuk sedap mata sendiri memandang.  Dari posting hanya ada kipas sahaja hinggalah ke 4 buah penghawa dingin, dari tikar ke permaidani, dari televisyen kecil ke flat screen, set sofa rotan ke set sofa moden, dari dua bilik sesi kaunseling di besarkan ke 3 bilik kaunseling,  wahh bukan senang nak cari dana untuk bilik kaunseling yang kondusif. Mendapat rakan sejawat yang sama-sama pandai mencari duit adalah satu bonus!

Selama 15 tahun juga, rakan sekerja saya silih berganti dan hingga kini saya berpeluang bekerja bersama dengan 7 orang rakan sekerja tetapi yang paling lama bekerja dengan saya ialah Rozinani selama 10 tahun kami bersama. Saya pernah merasai pengalaman menjadi satu-satunya guru kaunseling di sekolah dengan populasi mencecah 3000 murid, pernah berdua sahaja dengan rakan sekerja hampir 4 tahun, bertiga hampir  7 tahun dan berempat selama 3  tahun. Oleh itu saya tahu beban tugas apabila seorang dan kekuatan kelemahan bekerja pula apabila berpasukan hingga empat orang. Saya berpendapat kerjasama berpasukan paling baik dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah. Jika mempunyai rakan sekerja yang dapat bekerja bersama -sama dengan irama yang sama dan komitmen yang baik sudah pasti motivasi kerja meningkat untuk ke sekolah setiap hari. Kekuatan setiap rakan sekerja digunakan untuk bersama-sama membangunkan perkhidmatan dan kelemahan masing-masing ditampung oleh rakan sejawat yang lain. Hingga kini alhamdulillah saya mendapat barisan AJK UBK yang mantap dan mudah diajak bekerja dan berbincang tanpa berkira. Maklumlah bukan mudah menjadi ketua. Pentadbir yang sangat menyokong juga seperti pengetua dan penilai 1 PK HEM adalah faktor utama untuk kekal di satu tempat kerja yang menyeronokkan.

Your work is going to fill a large part of your life
And the Only way To Be Truly Satisfied 
Is To Do What You Believe Is Great Work
The Only Way To Do Great Work 
Is To Love What You Do
-Steve Jobs-

Berlatarbelakang bilik UBK di tngkat 1 
                                             
Team UBK 2015: Dari kiri Raudzah, saya, Rozinani dan Padali
Tapak perhimpunan lama yang nostalgia sungguh
 

Telegram Channel