9 July 2015

Sidang Meja Bulat Membasmi Kemiskinan Bandar

Pagi ni keluar lagi ke Darul Puteri untuk sidang meja bulat kemiskinan dan salah laku belia bandar yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia. Bagi daerah Pudu, pihak PPD menjemput setiap sekolah menghantar guru kaunseling sebagai wakil untuk berdialog dengan isu ini. Ini adalah pengalaman pertama saya menyertai dialog sebegini kerana dah terbiasa dengan format ceramah yang ada pembentangan dengan bentuk power point.


Yang menariknya mengenai program hari ini, saya berpeluang didedahkan dengan peranan MBM ini bagi membantu belia bandar iaitu seawal umur 15 tahun hingga 30 tahun. Ini bermakna belia 15 hingga 17 tahun ialah murid sekolah di Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5 yang sepatutnya banyak menghabiskan masa di sekolah berbanding di luar sewaktu masa persekolahan. Saya berkenalan dengan orang-orang kuat MBM yang boleh dihubungi untuk membantu pihak sekolah dengan murid berusia 15 hingga 17 tahun ini. Saya tertarik dengan MBM dalam kalangan warga India. Ini kerana sukar untuk mendapatkan penceramah dalam kalangan berbangsa India untuk mendekati pelajar India di sekolah. Ini kerana biasanya konsultan terdiri dari pelbagai latar belakang dan mengenakan bayaran namun demikian dengan usaha murni MBM untuk membantu belia saya tertarik dengan Cik Mala yang begitu lantang membahaskan mengenai masalah kaum India di bandar yang mana ia sangat sinonim dengan murid India di sekolah saya yang mana walaupun golongan minoriti sahaja di sekolah tetapi peratus yang terlibat dalam masalah disiplin agak tinggi berbanding jumlah mereka yang sedikit. Begitu juga dengan MBM bangsa Cina yang aktif untuk dihubungi bagi memberikan motivasi dan pemantapan sahsiah kepada murid bangsa Cina. 

Peranan En Aziz dari UPSI yang memperkenalkan modul bagi membantu murid bermasalah juga satu strategi untuk membantu dengan belia 15 hingga 17 tahun. 
                                       
To my dear Farhan
An ice cream cake BR birthday 
Birthday present at JJ
And happy tummy KR for iftar
You smile...i smile muah..muah


                                       


 

Telegram Channel