Total Pageviews

10 July 2015

Cakna Ramadhan

Hari ini saya berpeluang untuk menziarahi rumah murid saya Hasanah yang baru kematian bapa akibat kanser awal Ramadhan lalu. Saya telah beberapa kali mengatur temujanji dengan ibunya hinggalah hari ini berpeluang untuk menjenguk keluarga ini. Kebetulan kakak -kakanya juga sedang bercuti semester sekarang, dapatlah berjumpa dan bertukar cerita. Maklumlah ketiga beradik perempuan ini merupakan ahli PRS yang sangat aktif bagi batch masing-masing dan hubungan kami memang baik hingga tamat persekolahan kami masih saling berhubung dan berkongsi masalah. Saya hadir untuk menyampaikan amanah  dari pihak sekolah bantuan wang untuk keluarga ini yang hilang tempat bergantung selain dari bertanya khabar. Semoga Allah memelihara keluarga ini dan semoga Hasanah tabah untuk menjalani peperiksaan penting PT3 tahun ini. Begitu juga buat kakak-kakaknya di universiti agar mereka survive graduate dalam bidang masing-masing. 




Doa Ramadhan hari ke 23 : 
Ya Allah , sucikanlah aku dari dosa-dosa dan bersihkanlah diriku dari segala aib/ kejelekan. Tanamkanlah ketakwaan di dalam hatiku. Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa

No comments: