8 July 2015

Bengkel Mengendalikan Program Minda Sihat

Bengkel pengurusan minda sihat dijalankan kepada guru guru kaunseling Zon Pudu yg in charge mengenai program minda sihat di sekolah. Bengkel inisiatif dari saya sendiri selaku penyelaras program memandangkan majoriti sekolah hanya membuat saringan DASS dan Gaya Daya Tindak tetapi tidak menjalankan intervensi selain sesi kaunseling. Kebanyakan sekolah juga tidak pasti dengan kerjasama bersama klinik kesihatan yang mana untuk dirujuk. Oleh itu saya meminta bantuan doktor perubatan yg in charge projek Minda Sihat di Klinik Kesihatan Cheras iaitu Dr Nazeerah yg telah menjalin kerjasama yg baik dgn sekolah saya selama 4 tahun ini untuk projek Minda Sihat bagi memberikan bimbingan kepada kawan kawan kaunselor Zon Pudu bagi menguruskan program Minda Sihat di sekolah masing masing terutama dari aspek intervensi. 

Program dimulakan dengan setiap peserta mengisi borang DASS, dan diteruskan dengan ceramah dari Dr Nazeerah dan perkongsian mengenai prosedur merujuk pelajar dan latar belakang masalah kesihatan mental. 
                 Sila klik di sini Power Point Ceramah Program Minda Sihat Kaunselor Zon Pudu


Sesi soal jawab perkongsian mengenai percubaan membunuh diri untuk dirujuk, intervensi yang boleh dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.  Kemudian slot diteruskan dengan pengurusan terapi oleh ahli fisiologi yang membimbing kami menjalankan satu senaman untuk mengurangkan stres. 

Slot diteruskan dengan cara penulisan artikel jurnal mengenai program minda sihat dan menggunakan data minda sihat saringan 1 dan 2 nanti yang dikendalikan oleh saya sendiri melalui pengalaman menulis artikel jurnal program minda sihat di Malaysia bersama panel KPM dan guru sekolah perintis program Minda Sihat.

Salam 10 terakhir Ramadhan
Doa Ramadhan ke 21: Ya Allah ! Berilah daku petunjuk menuju kepada KeredhaanMu, dan janganlah Dikau berikan jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan beristirehat; Wahai Pemenuh Keperluan orang-orang yang meminta.


 

Telegram Channel