4 July 2018

Perkhidmatan Kaunseling SMK Keladi dan SMK Selasih, Kedah

Perkhidmatan Kaunseling SMK Keladi dan SMK Selasih, Kedah









Hari ini kami ke SMK Keladi untuk mendengar taklimat perkhidmatan dari guru kaunseling SMK Keladi dan SMK Selasih. Melihat kelibat seseorang yg saya kenali oh PK HEM SMK Keladi ini adalah mantan guru kaunseling SMK yg pernah bersama sama bertanding Amalan Terbaik Kaunseling di peringkat kebangsaan pada tahun 2015. 

Di sini peserta bengkel kompetensi dibekalkan dengan pelbagai borang iaitu borang format amalan terbaik kaunseling dan borang format inovasi kaunseling. Dari taklimat yg dijalankan peserta dapat memilih amalan terbaik atau inovasi yg diamalkan di sekolah ini. Peserta juga diberikan tugasan untuk memilih sama ada inovasi atau amalan terbaik untuk dijadikan projek mereka. 

Selain itu peserta dibekalkan borang penilaian kendiri untuk memberikan penskoran kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SMK Keladi. Melalui penilaian ini diharapkan peserta dapat menilai perkhidmatan mereka juga yg dijalankan di sekolah. 

Sesi taklimat berjalan baik dan guru kaunseling di situ iaitu Pn Zalina dan En Mokhtar selaku guru kaunselingnya. Sekolah ini pernah menerima sijil pengurusan cemerlang PPDa pada tahun 2016. 

Sesi taklimat oleh guru kaunseling SMK Taman Selasih iaitu En Roslan Osman juga dijalankan mengenai inovasi dan amalan terbaik buku Inspirasi SPM. Pernah menyertai dua kali amalan terbaik peringkat kebangsaan dan memang saya sendiri pernah membeli bukunya hasil gandingan bersama isterinya menulis modul tersebut. Guru ini juga mencipta carta halatuju SPM yg boleh digunakan dalam kelompok kelas. Kami pernah bertemu di amalan terbaik peringkat kebangsaan sebelum ini. Satu lagi perkongsian mengenai jaringan luar yg dijalankan bersama agensi luar untuk mewujudkan karnival, tajaan pembelian baju kepada murid yg kurang berkemampuan. 

Terima kasih kepada tuan rumah yg sudi menerima kami dengan kunjungan dua buah bas. 

Happy birthday 
To my dear Johan B Nazri
Yesterday was your day
Wish your SPM with flying colours.









Pn Zalina guru kaunseling



Terima kasih tuan Roslan Osman


















3 July 2018

Impak Perkhidmatan Kaunseling: Apa Dan Kenapa

Impak Perkhidmatan Kaunseling: Apa Dan Kenapa




Selamat pagi Kedah!
Hari ini ada 4 slot kompetensi yang diajar. 
Tetapi saya share dahulu bagaimana impak perkhidmatan kaunseling diukur dan aplikasi impak terhadap keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan. Slot dikendalikan oleh guru dari Johor iaitu Nor Azizah dari SK Bandar Mas yg pernah memenangi Johan Amalan Terbaik Sekolah Rendah Disiplin tahun 2016 dan Gaitri dari SMK Paloh Johan Amalan Terbaik Kaunseling Sekolah Menengah 2015

Jika anda membuat laporan kaunseling semata mata dengan kepelbagaian gambar yang cantik untuk dokumentasi, tetapi anda mengabaikan skop penilaian untuk mengukur keberkesanan program yg dijalankan, bagaimana anda boleh mengatakan program tersebut berkesan?
Bagaimana anda ingin membentangkan kepada orang lain atau kepada pentadbir bahawa program yang dijalankan mempunyai impak yang tinggi dan seterusnya memperolehi keberhasilan yang tinggi.
Aspek penilaian selalu terabai yang menyebakan perkhidmatan anda sukar diukur impaknya.
Contohnya ingin menjalankan intervensi terhadap kes pemulihan. Bagaimana bentuk intervensi yang akan diadakan untuk kes lewat murid antara 50 hingga 100 orang ? Contohnya Bagaimana intervensi antara murid ini berbeza dengan menggunakan soal selidik punca dahulu dan dari analisa kategori masalah lewat kita rancang intervensi. Selepas intervensi satu penilaian keberkesanan program dijalankan melalui borang penilaian. Data sebelum dan selepas program dibentangkan untuk memaklumkan impaknya.
Jika tiada data melalui pengukuran penilaian sebagai eviden anda menganalisa data, bagaimana untuk anda sendiri mengetahui bahawa intervensi berkesan? Berapa banyak yang berubah?
Oleh itu melalui bengkel ini diharapkan peserta dapat:
1.Menyediakan alat ukur yang digunakan bersesuaian dengan objektif perkhidmatan bimbingan dan Kaunseling.
2.Melaksanakan penilaian program Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dengan menggunakan alat ukur penilaian yang bersesuaian.
3.Menyediakan laporan impak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berdasarkan analisa data yang diperoleh.
Oleh itu anda perlu tahu perancangan pelaksanaan impak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Setelah merancang impak yang diinginkan maka perlu menyediakan alat ukur penilaian impak perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Jangan lupa
melaksanakan penilaian impak selepas program. Dari penilaian itu, kita dapat menganalisis dapatan impak perkhidmatan. Jangan terus simpan dalam almari selepas laporan dibuat tetapi laporkan dapatan impak perkhidmatan. Boleh melapor dalam mesyuarat pengurusan, mesyuarat UBK atau mesyuarat kaunseling.
Melalui  4 BIDANG PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING kepelbagaian alat ukur boleh digunakan mengukur impak:
1Perkembangan dan Pembangunan Sahsiah Murid
2Peningkatan Disiplin Murid
3Pendidikan Kerjaya
4Psikososial dan Kesejahteraan Mental
Berdasarkan 4 bidang perkhidmatan ini, pilih satu bidang perkhidmatan, dan fokuskan apakah isu utama yang hendak diberi intervensi.
Anda boleh melihat dalam aspek pencegahan atau pemulihan.
Sebagai contoh, isu ponteng (ponteng sekolah).  Berdasarkan data, didapati 20 murid kerap ponteng sekolah.  Sebaik intervensi dibuat dalam jangka masa tertentu (2 bulan), lihat perubahan tingkah laku dan tuliskan dalam bentuk analisis dan laporan akhir.
Contoh lain, dalam skop Perkembangan dan Pembangunan Sahsiah murid, didapati 10 murid tidak mengurus diri dengan baik.  Selepas diberi kursus atau intervensi, hanya 3 orang sahaja yang masih tidak mengurus diri dengan baik.  Seterusnya tuliskan dalam bentuk analisis dan laporan akhir.
Contoh alat ukur yang boleh digunakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.
ALAT UKUR
CONTOH
1Protokol Temu bual: Halatuju Kerjaya atau Menghadapi Stres
2Soal-selidik / Penilaianuntuk intervensi Buliatau Kecelaruan gender
3Senarai semak seperti Kenakalan atauPengurusan diri
4Ujian Pra dan Posuntuk Kepimpinan atau kesMerokok
Di akhir bengkel, peserta dibimbing membuat penilaian menggunakan google form .
Jom cuba.

Well done Farhan!
Choral speaking PPD Hulu Langat

























2 July 2018

Fasilitator Bengkel Kompetensi Guru Bimbingan Kaunseling KPM 2018

Fasilitator Bengkel Kompetensi Guru Bimbingan Kaunseling KPM 2018





Hujan lebat dan saya terpaksa menangguhkan majlis penyampaian sijil kehadiran penuh dan kehadiran terbaik penggal pertama persekolahan 2018.
Hujan lebat juga menandakan memandu ke KL Sentral dari Cheras bukanlah satu idea yang baik kerana kesesakan lalu lintas yg sedia ada akan lebih teruk lagi.
Mulai hari ini hingga Khamis saya akan bermusafir ke Sungai Karangan, Padang Serai, Kedah seperti alamat yang tertera pada surat yang diterima.
Menaiki MRT dari hadapan sekolah dan bertukar LRT pula di Pasar Seni pada waktu puncak memang mendebarkan jantung saya. Melihat jam yang semakin menginjak pukul 9.45 iaitu 15 minit sahaja lagi ETS KL Sentral ke Sungai Petani akan tiba. Akhirnya yeahhh...tiba juga pukul 9.55 pagi di ETS KL Sentral. Penat sungguh berlari lari dengan beg travel seperti nak naik gunung huhuhu.
Menaiki ETS selama 4 jam 40 minit adalah menenangkan. Santai dan pemandangan kampung kampung yg menggamit rindu pada kampung halaman terutama apabila melalui Bukit Merah yang berjarak 10 minit sahaja dengan kampung halaman sendiri.
Program Bengkel Kompetensi Guru Bimbingan Dan Kaunseling untuk hampir 85 guru bimbingan dan kaunseling dari Utara iaitu untuk Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara yang diadakan di Institut Latihan Guru Sungai Kerangan diadakan dari 2 Julai hingga 5 Julai 2018.
Berkampung disini untuk 4 hari dengan slot pengisian lonjakan kompetensi
- Menggilap Kredibiliti Melonjak Prestasi Guru Bimbingan Dan Kaunseling
- Teknik Kaunseling Berdasarkan Teori
- Pelaporan Dan Perundangan Dalam Kaunseling
- Impak Perkhidmatan Kaunseling: Apa Dan Kenapa
- Aplikasi Impak Perkhidmatan Kaunseling
- Amalan Terbaik Kaunseling dan Jaringan Strategik Kaunseling
- Psikometrik Dan Kerjaya
- Bijak Kendali Kes Kaunseling
- Pemerkasaan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Dalam Kajian Tindakan, ICT dan Penerbitan Kaunseling.
Dilatih oleh fasilitator penggubal modul
seperti lampiran di bawah.

Semoga dipermudahkan urusan kami. 

Salam takziah Kak Mimi
Al fatihah..













Hj Saiful Lizan@Hasnul Hisham Suparman pensyarah IPG Kamlys Temenggong Ibrahim, Johor mengendalikan kompetensi menggilap potensi dan sesi ice breaking





 

Telegram Channel