7 June 2020

Projek Cakna Cherasian & NGO; Live To Love (M)

Projek Cakna Cherasian & NGO; Live To Love (M)



Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ni kerjasama strategik antara SMK Cheras dengan NGO Live To Love (M) untuk sumbangan kpd 56 orang murid dan 11 keluarga pekerja pembersihan oleh NGO Live To Love . 

Terima kasih kepada guru Wong Mun Yee yang menjalinkan rancangan strategik ini untuk direalisasikan. 

Bermula pukul 9.00 pagi kami menjalankan tugas unyuk pendaftaran, mengambil suhu setiap orang yg masuk ke dalam premis sekolah, mengambil jarak sosial. 

Murid datang secara bergilir dan terus balik ke rumah setelah mengambil makanan.  

Bahan bahan satu set berharga RM 80 diedarkan seperti beras, minyak masak, telur, gula, tepung, maggi, susu, kacang merah bertin, sos tiram, kacang dal bertin dan bawang. Tidak lupa juga tisu tandas. 

Kesemua keluarga hadir dan hanya satu keluarga sahaja yg dijalankan Ziarah Cakna utk menyumbang kerana tidak dapat hadir ke sekolah masalah pengangkutan. 

Usaha ini akan diteruskan minggu hadapan dengan sasaran lain pula. 



Red velvet SR & PH
For her beloved niece
Tq Mama for the treat











6 June 2020

Pembelajaran Dalam Talian Siri Ke 6/2020: Majlis Guru Cemerlang WPKL

Pembelajaran Dalam Talian Siri Ke 6/2020: Majlis Guru Cemerlang WPKL

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua, Majlis Guru Cemerlang meneruskan sesi pembelajaran selepas cuti sekolah berakhir. Semoga dimudahkan urusan kami ye. Buat pertama kali saya akan cuba live di facebook MGKKL pula. .

Slm Tuan² & Puan² sekalian, Majlis Guru Cemerlang Kuala Lumpur akan mengadakan PdPc Dalam Talian Menggunakan Aplikasi Google Meet, Youtube dan Facebook Kali ke-6 Bersama Guru² Cemerlang, Mantan Guru Cemerlang dan Guru² Berpengalaman Kuala Lumpur  dari 8 Jun - 12Jun 2020. 

Ini bagi memberi peluang kepada murid untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran yang berkesan bersama guru-guru subjek tertentu.
Jangan lepaskan peluang ini. Kejayaan milik kita bersama.

Nama : HAIRUNNISA BINTI KHALID
Sekolah : MAKTAB TENTERA DIRAJA
Subjek : KIMIA
Topik : Ikatan Kimia dan Ikatan Kovalen
Tingkatan : 4
Tarikh:  8 Jun 2020
Masa: 2.00 ptg
Link: https://meet.google.com/gew-qoqa-oif
Meeting Code: gew-qoqa-oif

Nama: HASLINDAR NOR ISMAIL
Sekolah: SMK SERI MULIA
Subjek: BAHASA MELAYU
Topik: Tatabahasa
Tingkatan: 1-5
Tarikh: 8.6.2020
Masa:10.00 pagi
Link: https://www.facebook.com/haslindarnor.halim
LIVEFB

Nama : NURHAFIZA BINTI SHARIN
Sekolah : SMK SENTUL UTAMA
Subjek : FIZIK
Topik : P3 EXPERIMENTS
Tingkatan : 5
Tarikh:  9 JUN2020
Masa: 12PM
Link: https://meet.google.com/peq-bnaa-obx

Nama: Jeyanthi Annamalai
Sekolah: SMK Seri Bintang Utara
Subjek: Science (DLP)
Topik: Fats & Its effects to Health
Tingkatan: 5
Tarikh: 9 Jun 2020
Masa: 2.00 ptg
Link:https://meet.google.com/vqk-zqiv-tnx
Meeting code: vqk-zqiv-tnx

Nama : SIM LEY YEE
Sekolah : SMK BANDAR BARU SERI PETALING
Subjek : KIMIA
Topik : GETAH ASLI
Tingkatan : 5
Tarikh:  9 Jun 2020
Masa:  8.00 pm
Link: https://meet.google.com/kwr-aavm-qav
Meeting code: kwr-aavm-qav

Nama: NURHAIZA BINTI CHE MAT
Sekolah: SMK CHERAS, KL
Subjek: BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Topik: Cipta Bahagia Di Waktu Sukar
Sasaran: Semua murid sekolah rendah dan menengah
Tarikh: 10hb Jun 2020
Masa: 11.00 pagi
Link: https://cutt.ly/wyCNE34

Nama: MOHAMMAD  HAZIM  BIN  AMIR NORDIN
Sekolah: SK DESA TASIK, KL
Subjek: BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Topik: Cipta Bahagia Di Waktu Sukar
Sasaran: Semua murid sekolah rendah dan menengah
Tarikh: 10hb Jun 2020
Masa: 11.00 pagi
Link: https://cutt.ly/wyCNE34
(Live Fb page : Majlis Guru Kaunseling Kuala Lumpur)


Nama : Latifah Hj. Arshad
Sekolah : SMK Sentul Utama Kuala Lumpur
Subjek : Matematik
Tingkatan : 4 dan 5
Tarikh : 10 Jun 2020
Masa : 2.00 petang
Link : https://meet.google.com/mdn-munc-yvi
Meeting code : mdn-munc-yvi


Nama: Mashitah binti Abdul Moin
Sekolah: SMK Aminuddin Baki
Subjek: Asas Sains Komputer
Topik: Kod Arahan 
Tingkatan: 2
Tarikh: 11 Jun 2020
Masa: 11.00 pg
Link:https://meet.google.com/wjr-krsf-nff
Meeting code: wjr-krsf-nff

Nama: Siti Suhaila Burihan
Sekolah: SMK Pendidikan Khas Setapak
Subjek: Matematik
Topik : Bab 5 Rangkaian dalam Teori Graf (Graf Terarah dan Graf Berpemberat)
Tingkatan: 4 KSSM
Masa: 12.00 pm
Link: bit.ly/graf3

Nama: SHARIN HANUM AB RAHMAN
Sekolah : SMK AMINUDDIN BAKI
Topik : Teknik menjawab Kertas 3 
Tingkatan : 4  & 5
Tarikh : 11.6.2020
Masa : 2.30 pm
Link : https://meet.google.com/hwb-kdit-fog
Meeting code :hwb-kdit-fog


Nama: Thung Su Ling
Sekolah: SMK SENTUL UTAMA
Subjek: KIMIA
Topik: PENGOKSIDAAN PENURUNAN BHGN 4
Tingkatan: 5
Tarikh: 12 Jun 2020
Masa:  2.00 pm
Link: https://meet.google.com/yrz-qhhp-xmr
Meeting Code:  yrz-qhhp-xmr

Nama : KU MAHANI BT KU MAT DESA
Sekolah : SMK ALAM DAMAI
Subjek : SAINS RUMAH TANGGA
Topik : 4.6 MEMASAK HIDANGAN BERASASKAN HASIL BIJIRIN (TEPUNG GANDUM) - TAKOBERRY
Tingkatan : 5
Tarikh:  12 Jun 2020
Masa:  3.00 pm
Link: https://meet.google.com/paq-xegm-tzc
Meeting code: paq-xegm-tzc
(Live Fb page : Majlis Guru Kaunseling Kuala Lumpur)

Alhamdulillah
Puasa 6 Syawal tercapai

6 Syawal 

Bengkel Menggunakan StreamYard: Majlis Guru Cemerlang WPKL

Bengkel Menggunakan StreamYard: Majlis Guru Cemerlang WPKL


Ilmu baru pkp saya yang terbaru ialah berkenalan dgn si itik StreamYard ini. Selalu dengar tapi tak tau fungsi apa. Rupanya sangat membantu presentation kita dalam talian. Kita boleh berkongsi bahan bahan presentation seperti mengajar menggunakan meet 

Boleh invite orang lain masuk juga dan berkongsi bahan sebagai pengajar juga..dengan layout yang lebih mesra pengguna.

Hari ini Ahli Majlis Guru Cemerlang WPKL menjalankan aktiviti berkenalan dengan itik StreamYard ini untuk memudahkan pengajaran dalam talian dengan kapasiti untuk reach murid murid KL dengak lebih ramai lagi. Menggunakan youtube atau facebook live. Objektifnya agar murid yg tak sempat live..boleh menyaksikan rakaman tersebut.

Siapa sangka..saya yg memang tak suka bercakap yang live fb atau live youtube ke...tetiba di penghujung pkp ini pulak la bertambah tambah demand. Bermula dengan kena menyertai slot Via Kaunselor rakaman dalam studio utk rancangan pendidikan, buat rakaman tengah bercakap untuk slot Jabatan Penerangan Selangor dan mulai minggu depan live untuk slot majlis guru cemerlang WPKL.dan majlis guru kaunseling wpkl selaku timbalan YDP Majlis Guru Kaunseling WPKL. 

So belajar pelan pelan dengan strramyard ini, semoga membantu dengan kaedah yang baru. Saya buat StreamYard utk page Kaunselor Nurhaiza Che Mat dan Youtube saya. 

Boleh tengok perkongsian Cikgu Hailmi tentang cara daftar streamyard ini. Salah seorang ahli majlis guru cemerlang dari Kedah https://www.cikguhailmi.com/2020/05/panduan-mudah-mengajar-secara-streaming.html


Klik di bawah ini untuk perkongsian youtube mengenai cara membuka akaun youtube oleh Cikgu Suhaila guru cemerlang Kuala Lumpur ..yang mengajar kami hari ini. 


Minggu hadapan bermula pembelajaran online kami. Semoga dapat dimanfaatkan.


Thank you geng
Aura positif dari insan insan positif
Move forward




Terima kasih Cikgu Siti Suhaila


3 June 2020

Kutipan Data Ziarah Cakna Jan-Mei 2020

Kutipan Data Ziarah Cakna Jan-Mei 2020

Menarik sikit kutipan data Ziarah Cakna tahun ini. Tahun lepas kena buat laporan bergambar dan sent semua gambar eviden. Maklumat murid termasuk alamat yg kita pergi ziarah juga diperlukan. 

Tahun ini kutipan data hanya nama dan tingkatan sahaja yg saya puji lebih releven. Dan Ziarah Cakna ditagging juga dgn tajuk Lawatan Pemberian Sumbangan Musim PKP dan Kunjungan Kasih Berfokus.
( Jan -Mei 2020) . Dan tiada gambar diperlukan. 

Rasanya time PKP ini, data Ziarah Cakna lebih banyak memandangkan aktiviti pemberian kasih sewaktu PKP mendapat kerjasama dari pelbagai pihak. 

Terima kasih. 


Kabhi Alvida Naa Kehna (2006)
Layan after a long time no no SRK









Kertas Kerja CAKNA CHERASIAN: Bantuan Dihulur

Kertas Kerja CAKNA CHERASIAN: Bantuan Dihulur



Hari ini tugasan saya menggunakan data -data yang dibekalkan oleh penolong kanan saya untuk membentuk program Cakna Cherasian ini yang akan disambung selepas cuti sekolah yang akan berakhir pada 8 Jun 2020. Membentuk jawatankuasa untuk menyambung agihan bantuan untuk murid yang terjejas akibat COVID-19. 


KERTAS KERJA

 CAKNA CHERASIAN 2020

1.0     Pengenalan

 

Program Cakna Cherasian merupakan program yang dijalankan bermula dari perintah kawalan pergerakan sejak wabak COVID-19 melanda di Malaysia. Ia melibatkan aktiviti menyantuni keluarga murid yang terjejas akibat dari wabak ini. Aktiviti kebajikan berbentuk  memberikan sumbangan barang makanan dan wang tunai hasil kutipan dari guru -guru SMK Cheras dan NGO. Aktiviti tersebut biasa dijalankan di sekolah untuk kes-kes khas seperti kematian, bencana, kemalangan dan fakir miskin yang belum menerima bantuan. Oleh itu, pihak sekolah berusaha mewujudkan inisiatif Cakna Cherasian khusus untuk projek membantu keluarga murid yang terjejas pendapatan akibat COVID-19.  Murid-murid SMK Cheras terdiri dari 567 murid dari kategori murid B40 (49.96%), 343 orang (30.22%) dari kategori M40, 225 orang dari kategori T20 (19.82%). Oleh itu, program Cakna Cherasian dijalankan sepanjang perintah kawalan pergerakan. Ia dirangka dalam bentuk inisiatif bantuan keperluan asas atau wang tunai untuk  sasaran murid yang terjejas . Sasaran utama kepada sekurang-kurangnya 200 murid B40 yang tidak menerima apa – apa bantuan dari pihak -pihak yang lain. Objektif program ini diharapkan dapat membudayakan sikap kasih sayang dan menyuburkan kekeluargaan di sekolah. Melalui aktiviti yang dilaksanakan seperti sesi ramah mesra, dan meraikan sambutan perayaan Aidilfitri murid diharapkan objektif program tercapai.

 

 

2.0     Matlamat

           

            Meningkatkan semangat kekeluargaan dan memupuk kasih sayang seperti yang

 

disarankan dalam Amalan Guru Penyayang.

 

.

3.0     Tarikh/ Masa/ Tempat  :

 

Sepanjang perintah kawalan pergerakan bermula perintah kawalan pergerakan fasa 2

1 April 2020 hingga tempoh perintah kawalan pergerakan berakhir

 

Tempat agihan bantuan:

Di  pejabat sekolah/  Dataran perhimpunan sekolah/ Di rumah masing - masing

                                                                                                                                                    

4.0       Sasaran

            Warga sekolah yang terjejas akibat COVID – 19.

Pecahan Bantuan

            180 orang murid

            10 orang pekerja pembersihan

            4 orang pengawal keselamatan

 

5.0       Objektif

            1) Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling bantu - membantu

antara pelbagai budaya di sekolah.

2) Mengamalkan budaya penyayang guru yang peka dan empati dengan murid -murid

walaupun berlainan agama dan bangsa.


6.0       KPI

 

Output

Membantu meringankan keluarga murid yang terjejas kerana COVID-19 dalam bentuk sumbangan sekali sepanjang perintah kawalan pergerakan.

 

Outcome

Menguatkan ikatan warga Cherasian untuk sentiasa bersatu padu sebagai sebuah keluarga yang mengamalkan sikap bantu membantu dan menyuburkan sikap penyayang.

 

 

 

7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN

 

 

Bil

 

Perkara

 

Harga

 

Jumlah

 

Sumber

 

1.

Sumbangan tunai Hari Raya

RM 30 x 100 orang

RM 3,000

Sumbangan guru-guru

2.

Sumbangan keperluan asas

RM 50 x 100 orang

RM 50 x 4 pengawal keselamatan

RM 5,200

Sumbangan guru, orang perseorangan dan NGO

 

3.

Sumbangan keperluan asas

80 orang murid

11 pekerja pembersihan

Sumbangan

Sumbangan dari

Live To Love

NGO

 

Jumlah

 

RM 8,200.00

 

 

8.0     AHLI JAWATANKUASA

 

            Pengerusi                          :         Encik Jamil Bin Jamaludin

Timbalan Pengerusi           :          Puan Maheran Bt Abd Mutalib                              

          Setiausaha                         :         Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh  

          Naib Setiausaha                 :         Puan Haslina Bt Hashim

          

 

1

AJK DANA CAKNA CHERASIAN

1. Puan Maheran Binti Abd Mutalib

2. Puan Tengku Laila Sari Bt

    Tengku Jusoh

3. Puan Wong Mun Yee

4. Puan Narinder Kaur a/p Peara

    Singh

 

1.     1. Mendapatkan sumber dana dari orang

2.         perseorangan atau NGO

2

AJK JEMPUTAN

1.    Puan Usha Kumari a/ p Ramu (K)

2.    Puan Faiza Bt Mamat

3.    Puan Nor Haiza Bt Jaine

4.    Semua Guru Tingkatan

1. Menghubungi ibu

          bapa/murid dan tetamu yang terlibat

·     2  Memaklumkan kepada penyelaras

          pengesahan kehadiran murid dan     

          ibu bapa untuk mengambil bantuan

4   

3

AJK AGIHAN BANTUAN

1.      Puan Normilah Bt Mohd Noh  (K)

2.      Puan Noraida Bt Mohamad

3.      Puan Suhaibah Bt Mat

4.      Puan Nor Haizad Bt Taharim

5.      Puan Murni Bt Mat Jali

6.      Puan Nurul Hamiza

7.      Puan Nurhaiza Bt Che Mat

8.      En Balasegar a/l Muniandy

9.      Cik Lie Kiet Wei

 

1.   Membeli bahang-barang keperluan makanan untuk agihan bantuan

2.   Mengedarkan bantuan keperluan asas

kepada murid

 

 

 

4

AJK KERTAS KERJA, SIJIL DAN PENGHARGAAN

1.     Puan Nurhaiza Bt Che Mat (K)

 

1.Menyediakan kertas kerja program

2. Menyediakan sijil penghargaan NGO dan individu yang membantu

5

AJK BROSUR/ DOKUMENTASI  

 

Puan Haslina Hashim (K)

 

Puan Haslina Rahim

 

Cik Tuong Loy Mui

1.     Membuat rakaman video dan menangkap gambar

2.     Mengumpul semua maklumat dan gambar yang diperlukan dalam buku dokumentasi

3.     Menyerahkan dokumentasi kepada Penolong Kanan untuk disimpan ( 2 minggu selepas )

 

 

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

9.1       URUS SETIA

           

            Unit Hal Ehwal Murid

            Unit Kebajikan Sekolah

 

9.2     TENTATIF PROGRAM

 

Mei 2020

 

Penyampaian sumbangan wang tunai dan barang keperluan asas sewaktu bulan Ramadhan kepada murid mengikut giliran di pejabat sekolah

Penyampaian barang keperluan ke rumah murid di kawasan perumahan berhampiran sekolah


7 Jun 2020

Penyampaian sumbangan bantuan oleh NGO Live For Love di Dataran perhimpunan


9 Jun – 12 Jun 2020

Ziarah Cakna Syawal penyampaian ke rumah

Edaran sumbangan jemputan murid ke sekolah


10.0     PENGURUSAN RISIKO

           

Risiko

Punca

Penyelesaian

 

Tanggungjawab

Murid tidak dapat dihubungi mendapatkan bantuan

Nombor telefon bertukar

Menjalankan aktiviti Ziarah Cakna Ke Rumah

Guru AJK Ziarah Cakna

Ibu bapa menolak bantuan

Tidak mahu menerima bantuan kerana telah mendapat bantuan dari Kawasan perumahannya

Memilih nama murid lain yang layak.

Guru pengagihan bantuan

 

 

11.0     PENUTUP

 

            Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program

yang diharapkan dan seterusnya memupuk nilai kekeluargaan dalam kalangan warga Cherasian dan lebih mengukuhkan ikatan sikap penyayang antara guru dan murid- murid.

 

Ulasan

________________________________________________________________  

________________________________________________________________         

Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,

 

 

(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Jamil Bin Jamaludin)



Ha
ppy Birthday Harraz

Semoga membesar menjadi anak soleh


 

 


1 June 2020

Inovasi : Koleksi Apresiasi Nyanyian Kerjaya

Inovasi : Koleksi Apresiasi Nyanyian Kerjaya


Jom klik link ini https://t.me/ApresiasinNyanyianKerjayaSR untuk mendapatkan bahan -bahan nyanyian.


Hi semua!

Hari ini saya ingin berkongsi bahan dari guru bimbingan dan kaunseling cemerlang sekolah rendah dari Johor iaitu Cikgu Norazizah Binti A. Rahman yang lebih mesra dipanggil Cikgu Jijah. Antara inovasi yang dibawakannya kali ini ialah nyanyian lagu-lagu untuk murid memahami sesuatu jenis kerjaya dengan cara yang menyeronokkan dan menghiburkan. 


Bukan sahaja untuk anak-anak murid, anak- anak sendiri pun sesuai untuk memahami kepelbagaian jenis kerjaya melalui cara yang menghiburkan.


Pada zaman kini, muzik merupakan satu bentuk aliran yang digemari oleh kanak-kanak. Kerana itulah lagu ini menggunakan elemen muzik dalam menyampaikan bimbingan kerjaya. 


Di dalam telegram ini terkandung nyanyian lagu, yang terdapat 18  lagu pekerjaan berpandukan nada lagu sinonim kanak-kanak terdahulu seperti enjet-enjet semut, chan mali chan dan banyak lagi.

Apresiasi Nyanyian Kerjaya Sekolah Rendah

Kompilasi lagu kerjaya untuk sekolah rendah

Sila klik link di bawah untuk join telegram mendapatkan bahan -bahan lagu 

https://t.me/ApresiasinNyanyianKerjayaSR

Menarik kan ! Jom share untuk lebih ramai guru kaunseling dapat memanfaatkan perkongsian ini. 





Bye Mei
Countdown tamat PKPB
#kitamestimenang



 

Telegram Channel