19 August 2013

Kertas Kerja Jamuan Ramah Mesra Hari Raya SMKC -PIBG


Selepas dua minggu bercuti..
Aktifkan semangat bekerja huhu



Kertas kerja yang saya sediakan sejak Julai lepas dan diedit lagi hari ini untuk Majlis Ramah Mesra Hari Raya SMKC dan PIBG dijalankan di dewan sekolah bagi mengeratkan silaturahim warga sekolah dan ibu bapa.

JAMUAN RAMAH MESRA HARI RAYA  SMK CHERAS


1.0            LATAR BELAKANG

Jamuan  Ramah  Mesra Hari Raya merupakan jamuan yang diadakan  khusus untuk menghimpunkan guru-guru dan para ibu bapa dalam  suasana tidak formal iaitu suasana santai bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu bapa dan warga sekolah. Melalui jamuan ini para ibu bapa dialu-alukan hadir bagi memeriahkan suasana kekeluargaan warga SMK Cheras agar dapat berkenalan dan seterusnya mengenali para guru yang mendidik anak –anak mereka untuk memudahkan kerjasama yang bakal terjalin. Sehubungan dengan itu, satu inisiatif telah diambil dengan mengadakan  program ini bagi mencapai objektif yang diharapkan. Diharapkan agar program ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan guru guru mahupun ibu bapa.

2.0            OBJEKTIF

1)     Agar ibu bapa dapat berkenalan dengan guru –guru dalam suasana santai
2)     Agar ibu bapa dapat berbincang dan berbual dengan para guru dalam suasana tidak formal bagi menjalin hubungan yang lebih erat dalam kalangan guru dan ibu bapa.

3.0            TARIKH
7 September 2013

4.0            TEMPAT
Dewan Keris Mas, SMK.Cheras, Kuala Lumpur

5.0            SASARAN
1) Semua ibu bapa/penjaga  pelajar tingkatan peralihan hingga 5,SMK Cheras,Kuala Lumpur
2)  Semua guru


6.0            PENGISIAN PROGRAM
10.00 pagi       : Majlis ramah mesra
2.00 petang     : Bersurai

 7 station makanan  disediakan yang meliputi
1 stesen menu utama dari PIBG: nasi briyani atau nasi minyak. Sila bincang
4 stesen menu dari 4  bidang iaitu bidang bahasa, bidang teknik, bidang kemanusiaan dan bidang sains dan matematik : aneka mee/rojak/laksa
2 stesen mohon tajaan : aneka dessert / roti / buah/air




7.0            JAWATANKUASA

Pengerusi                  : Tuan Haji Juahir Bin Mondakir
Pengerusi Bersama  : Tuan Haji Mohd Yusoff Bin Kotok               
Setiausaha                  : Pn Nor Haizad Bt Mohd Taharim
Bendahari                  : Pn Nafsah Bt Mohd Shah
Jemputan
        Pn Nurhaiza Bt Che Mat
        Pn Ratna Dewi a/p Gopalakrishna
        Pn Rozinani Bt Awang
        Pn Lee Wan Yee
·     Menyediakan surat jemputan untuk semua     
    ibu bapa dan jemputan
·     Mengenal pasti bilangan kehadiran yang    akan hadir sewaktu program

Tajaan
Dato’ Jasudass a/l  A. Sebastian
En Munizar Bin Haji Mohamad
En Prematilaka KD Serisena
En Mohd Khiruddin B Awang
Pn Nafsah Mohd Shah

Pn Nor Asyikin Ho Bt Abdullah
Pn Norliza Borhan
Pn Amila Abdullah

Pn Helen Merlyn Dodampe
Pn Haslina Abd Rahim
Pn Zizawani Bt Fauzi

Pn Noor Aini Ibrahim
Pn Sharin Hanum Bt Ramli
Pn Hamidah Hamdan

En Pua Ah Nge
Pn Noraida Abdullah
Pn Che Ma Rabitah Hj Kamaruddin

·     Mencari tajaan untuk menu utama PIBG dan  2 gerai yang menyediakan dessert dan air bagi AJK Ibu Bapa
·     Menyediakan surat tajaan


·     AJK Guru membantu mencari tajaan untuk menu  makanan dari 4 gerai yang disediakan oleh pihak sekolah. 4 gerai dibahagikan mengikut 4 bidang kurikulum.
·                
Publisiti
En Che Mohamad Padali Bin Che Mat
En Mohd Rahimi B Abd Karim           

·    Menyediakan kain rentang sebagai hebahan
·    Membuat liputan akhbar mengenai program
Pendaftaran
Pn Jasbir Kaur a/p Karnail Singh
Cik Noraini Bt Jamaluddin
Cik Hamizah Bt Mohd Aris
Pn Goh Shieh Leng

·       Menyediakan borang pendaftaran guru dan ibu bapa
Sambutan
Puan Faizah Rahim
Puan Salina Mohd Isa
Cik Lie Kiet Wei
Puan Umizam Zaharah Ismail
En Chan Yoong Keong
En Mohd Nasrun b Ahmad
Datin Malikka a/p Murugam

·       Menyambut di hadapan pintu masuk dewan
Persiapan Dewan:
En Mohd Nidzam B Mohd Yusoff
En Masrizal B Abu Bakar
En Ahmad Azran B Abdul Rahman
En Mazlie Bin Mohamad
En Mohd Anis Bin Isa

·       Mengadakan susunatur dewan dengan susunan kerusi meja dan meja buffet di tempat yang bersesuaian
Hiasan Dewan
Puan Aziyanti Bt Abu Khanipah
Cik Jamaliah Azmirakarimah Bt Mohd Ali
Puan Nur Adilah Bt Abdullah
Puan Murniyati Bt Masari
Puan Rosemariza Abdul Aziz


·     Mengadakan hiasan dalam dewan, pintu masuk  dan pentas yang bersesuaian dengan tema hari raya

Jamuan
Pn Nor Azlinda Bt Abdul Razak
Pn Saedah Bt Mohd Jais
Pn Khairul Akhmar Bt Omar
Pn Faiza Bt Mamat
Pn Norriza Jumaat
Pn Normah Othman

Pn Maimunah Abdullah
Pn Roziah Bt Khalid  

·     Menyediakan peralatan jamuan yang diperlukan berdasarkan menu
·     Memastikan  menu  makanan dari PIBG dan tajaan dan ketua bidang agar mendapatkan menu yang pelbagai
·     Membantu kelancaran program dengan makanan yang mencukupi.
Kebersihan




Pn Norlela Bt Kamaruddin
Cik Nor Zalifah Hanafi
Pn Suhaibah Bt Mat
Pn Aisyatul Nazliah Abd Rani

                       
·     Memastikan kebersihan kawasan luar dan dalam dewan sebelum program dan selepas program
·     Mohon kerjasama dari pekerja pembersihan
Persembahan



Pn Norlaili Bt Ani
Pn Azimah Ibrahim
Pn Noor Alamiyah Bt Zakaria           
·     Menyediakan persembahan yang sesuai dan lagu-lagu mengikut tema sama ada nyanyian atau rakaman lagu.
Teknikal
En Balasegar a/l Muniandy
En Nik Rahmat B Nik Mood

·     Menyediakan PA Sistem yang baik dan berfungsi
Fotografi                       
Cik Aida Azlina Bt Ramli

·     Menangkap gambar sepanjang program
Laporan
Dokumentasi

Cik Hufaidah Zakaria
Puan Solehah Ahmad
·     Menyediakan laporan dokumentasi



8.0           ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan

Menu utama PIBG : RM 5 x 300 orang             = RM 1,500
Menu sampingan  : RM 4 x 250 orang x 4 gerai = RM 4,000
Menu dessert        “: RM 2 x 300 orang            = RM    600
Kain rentang           :                                       = RM    200
Hiasan dewan         :                                       =RM     200
Jumlah                                                              RM 6,500



9.0           PENUTUP

Diharapkan agar program jamuan hari raya ini mendapat sambutan yang
memberansangkan dalam kalangan warga ibu bapa dan guru.

Disediakan oleh,

Puan Nurhaiza Bt Che Mat












 

Telegram Channel