Total Pageviews

9 September 2013

Terima kasih

Hati guru mesti suka
Bila exstudent bersemuka


Terima kasih sudi lawat cikgu. Sibuk melayan telefon apabila exstudent nak datang menjenguk di UBK pada 4 September 2013 yang lepas.Rushing dari Cyberjaya untuk memastikan sempat bersemuka dengan exstudent yang singgah di UBK. Maklumlah masing- masing melanjutkan pelajaran, dan apabila cuti panjang barulah dapat menjenguk ke sekolah. Ini ialah PRS batch 2009 Tingkatan 5 huhu jika tak silap. Karen merupakan pelajar yang sangat kreatif. Hasil kreatif dia memang menarik perhatian hakim untuk projek Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Zon. Saya masih ingat lagi ikon sotong yang diperbuat dari kertas surat khabar sahaja tetapi sangat menarik.  Hingga sekarang dia masih aktif membuat kraftangan dari kertas walaupun belajar di UMS. Sempat lagi datang dan membawakan saya dan Rozi kraftangan untuk kenangan hasil tangannya. Datang bersama Iffat yang juga peserta projek Eksplorasi Alam Kerjaya .



No comments: