Total Pageviews

9 September 2013

Tragedi Post Treasure Hunt


Selamat pagi !
Semoga hari minggu anda terisi dengan aktiviti yang menyenangkan.
Hari ni nak bercerita mengenai kes yg berlaku selepas tamat program Treasure Hunt semalam di Klinik Kesihatan Cheras. Memangla malang tak berbau..Sepatutnya program ini dijlnkn di Taman Tasik
Permaisuri tetapi diubah saat akhir kerana penganjur bimbang keselamatan pelajar di tempat terbuka. Program memang berjalan lancar dan baik di klinik tetapi tragedi berlaku selepas tamat program.

Sebaik sahaja tamat program dan memastikan semua student sudah keluar dari kawasan klinik, saya dgn cikgu Rozi bersiap untuk balik tetapi tiba tiba kami dikejutkan dengan panggilan minta tolong dari student yg mengatakan kaki rakannya terjerumus ke dalam pengadang besi longkang dan tidak dapat ditarik keluar. 

Saya  berlari hingga sampai di depan Hospital Rehabilitasi dan melihat student itu sudah dikerumuni oleh orang ramai. Saya mula cemas melihat student menangis menahan kesakitan sambil memeluknya. 
Orang awam menghubungi bomba untuk menarik besi. Saya cuba menenangkan student dan selepas itu mula meminta student lain yg berkumpul di situ untuk pulang ke sekolah dengan segera. Saya mula cemas dan risau bila orang awam mempunyai pelbagai idea untuk mengeluarkan kakinya tetapi lebih menyakitkan student itu sendiri.Saya cuba menenangkan student agar berhenti menangis dan tidak panik.

Mujurla Cikgu Rozi sampai tak lama selepas itu bersama Staf Nurse Najmi dan rakan paramedik datang untuk membantu tetapi tidak berjaya menarik kakinya keluar. Student mula meraung kesakitan bila dipaksa kakinya dikeluarkan oleh org awam lain yg membantu sehingga ditegah oleh staf klinik.
Kebetulan di sekolah ada jamuan ramah mesra hari raya ibu bapa dan PIBG, maka Cikgu Rozi mengambil alih memeluk pelajar tersebut dan saya menelefon cikgu Padli di sekolah untuk membantu dan dia hadir bersama guru lelaki yg lain.

Tempat kejadian mula dipenuhi oleh orang ramai dan jalan mula jem. Akhirnya bomba tiba dan berjaya mengeluarkan kakinya. Student dibawa ke hospital UKM dengan diiringi oleh cikgu Rozi. Saya menelefon ibu mangsa dan menceritakan apa yg berlaku.Syukur ibunya tenang dan hadir ke unit kecemasan.
Mujur tidak ada kecederaan serius berlaku. 


                                                                                     

No comments: