30 October 2013

Kursus PRS 2012


Done ! 
Operasi Buka Kotak.

Imbas balik Kursus PRS 2012 yang diadakan di sekolah selama 2 hari 1 malam. Pinjam khemah dari Unit Kokurikulum atau khemah persendirian untuk dijadikan tempat tidur. Batch fasilitator terdiri dari PRS Ting 5 tahun ini yang sangat kreatif dan gila -gila untuk aktiviti teambuilding. Perancangan yang teratur hingga setiap aktiviti memang nampak well organise oleh AJK. 

Aktiviti terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kursus PRS yang dikendalikan sepenuhnya oleh PRS senior tingkatan 5 dan Kursus Peningkatan PRS yang dikendalikan oleh guru kaunseling sewaktu aktiviti LDK. Sebelum aktiviti saya akan melatih semua fasilitator yang mengendalikan kursus dengan modul LDK yang sebenar. AJK yang dilantik pula akan membentuk kumpulan perbincangan dan akan merujuk kepada saya jika ada apa-apa perkara yang dilarang atau yang saya kurang setuju. Disini saya melatih pelajar ini mengendalikan sendiri aktiviti dari A hingga Z. Dari pendaftaran hinggalah ke waktu bersurai. 

Waktu malam pula, sebagai ganjaran saya menempah BBQ untuk mereka memandangkan fasilitator dan AJK biasanya tidak boleh tidur dan mempunyai kawalan disiplin waktu malam. Jadi bolehla mengisi masa dengan aktiviti makan makan pukul 12.00 malam itu. 

Aktiviti team biuilding pula antara kreativiti batch ini mencipta permainan -permainan baru yang menarik dan lari dari kebiasaan aktiviti team building sebelum ini. Bagi saya Kursus PRS lebih baik dijalankan selama 3 hari 2 malam kerana ia dapat menjelekitkan ahli. Jika ahli mempunyai bonding yang baik, maka aktiviti berjalan lancar dan mereka akan dapat berfungsi sebagai satu team yang baik walaupun berlainan kelas. Hubungan junior dan senior yang baik juga dapat memberikan mereka mentor yang berguna untuk mereka merujuk bagi apa sahaja masalah.

i.

















 




 

Telegram Channel