Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah, namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok......
Hari ni selaku penceramah untuk program Kem Puteri Islam peringkat Zon Pudu yang diadakan di SK Desa Tasik. Sekolah ini tidak mempunyai dewan yang tertutup. Semua program dijalankan dalam dewan terbuka. Dah lama tak menyampaikan ceramah kepada guru -guru dari sekolah lain yang turut mengikuti ceramah saya dari mula hingga akhir. Walaupun sebagai guru pengiring, tetapi mereka mengikuti aktiviti slot bersama saya..well..Butterfly in my stomach! |
Memandangkan saya perlu menggunakan power point, kami terpaksa menggunakan kelas yang diubahsuai. Ini kerana dewan terbuka tidak sesuai untuk saya menggunakan power point kerana masalah teknikal. Apabila berada di dalam kelas, saya rasa pelajar - pelajar ini semakin dekat dengan saya dan mudah menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan mereka. Set induksi siapa remaja? Then ceramah mengenai remaja dan cinta |
Sesi penghargaan dan sesi penutup. Terima kasih daun keladi. Terima kasih jemput saya ye |