Total Pageviews

1 November 2013

Program PERMATA 2013

Bye October



Program Permata ialah program yang diilhamkan oleh saya dengan modus operasi pada mulanya untuk program kaunseling berfokus guru kaunseling bawah tajuk pelajar cemerlang. Oleh kerana kami juga perlu plan satu perjumpaan atau konsultasi bersama ibu bapa, saya bercadang menggunakan pakej menjemput ibu bapa untuk ceramah keibu bapaan. Bagi menarik ibu bapa ke sekolah bagi silibus konsultasi ibu bapa, saya mengedarkan surat jemputan dan surat makluman mengenai program yang kami anjurkan. sambutan yang diberikan ibu bapa memang sangat memuaskan dan kehadiran mengatasi jumlah ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat PIBG.

Dari tahun 2009 hingga sekarang ia menjadi seperti program wajib kepada takwim kami dengan pelbagai penambahbaikan. Tahun ini sasaran pelajar saya hanya fokus untuk pelajar cemerlang seramai 12 orang Ting 5 dan Ting 3 . Namun demikian bila nazir menegur pentadbir tahun ini agar menaikkan bilangan pelajar dari 15 orang SPM kepada 30 hingga 40 orang pelajar SPM dan pelajar ting 3 juga dari pelajar cemerlang 15 orang kepda 30 hingga 40 orang maka saya terpaksa mengubah pelbagai perkara dan operasi. Hingga wujudnya permata fasa 2. Perjumpaan ibu bapa pun dibuat dua kali tahun ini.  Ini kerana bilangan yang ideal ialah seorang mentor kepada 3 orang mantee sahaja. 40 orang menyebabkan beban kepada mentor dan mereka tidak dapat fokus one to one atau kelompok kecil. Ini kerana pelajar SPM kebanyakan memerlukan mentor Kimia, Biologi, Fizik dan Matematik Tambahan tetapi guru yang mengajar mata pelajaran ini hanya 1- 2orang sahaja. Perlu diingatkan projek Permata mentor mantee bukan projek mentor mantee yang biasa kerana ia bukan projek kelas tambahan atau projek tuisyen yang mana guru boleh mengajar dalam kelas untuk pelajar yang ramai.

Pelan operasi awal Program mentor mantee Permata hanya fokus pelajar cemerlang yang memerlukan mentor bagi subjek yang dapat B atau yang mana mereka tidak kuasai cemerlang A lagi untuk digilap agar cemerlang. Bukannya mengambil pelajar yang gagal mata pelajaran. Ini kerana setiap panitia mempunyai projek khas mereka sendiri bagi setiap kelas dan pelajar yang lemah mata pelajaran atau sederhana pencapaian akademik bagi subjek mereka. Atau pun memilih pelajar yang cemerlang A dalam semua subjek cuma ada satu atau dua subjek yang mendapat B kebawah layak dimasukkan dalam program Permata. Panitia juga mempunyai program mentor mantee mereka sendiri di bawah label kurikulum. Ini kerana projek permata, pelajar perlu berusaha mengejar mentor dan mendapatkan bimbingan jika mereka tidak memahami dan guru akan memberikan nota tambahan dan berlainan level dengan pelajar sederhana. Ini kerana projek permata bukan projek kelas tuisyen.. atau projek pemulihan.  Ia membantu pelajar cemerlang yang sememangnya perlu berusaha kuat mengejar kecemerlangan dan bukannya disuap dan menunggu peluang datang bergolek. 



Projek Permata Ting 5 / 2013

Projek Permata Ting 3/2013




Taklimat ibu bapa mentee  bersama pentadbir fasa 2

Bersama taklimat pentadbir fasa 2


Bersurai

Memperkenalkan mantee permata Ting 3 di tapak perhimpunan

Taklimat bersama ibu bapa mantee kali 1

Taklimat ibu bapa program Permata kali 1


Mantee Permata Ting 3 diperkenalkan di tapak perhimpunan

No comments: