Total Pageviews

2 November 2013

Bengkel Minda Sihat 2012

Mood cuti..
Cuti peristiwa

Bengkel Minda Sihat dijalankan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Cheras bermula tahun 2012 lagi. Selaku sekolah perintis tahun 2012, aktiviti yang dijalankan sekolah kami memang sentiasa menjadi rujukan Kementerian Kesihatan WPKL untuk menjadikan contoh kepada sekolah sekolah lain di peringkat WPKL. Oleh itu saya sentiasa perlu update program dan perkembangan terkini pelajar projek Minda Sihat. Oleh kerana itu, mulai tahun lepas projek kami sentiasa disesuaikan dengan takwim KK Cheras kerana bajet kewangan dari mereka. Kami bernasib baik kerana staf di sini memang aktif dan sentiasa berhubung dengan saya untuk apa sahaja program atau maklumat. Oleh itu kami juga agak mudah untuk menjemput mereka ke sekolah kami jika ada urusan ceramah atau pameran. 

Bengkel Minda Sihat hanya dijalankan kepada pelajar yang memperolehi saringan DASS teruk dan sangat teruk untuk menjadi peserta bengkel. Saya juga menggabungkan dengan ahli PRS agar mereka mendapat pendedahan mengenai kemahiran menangani stres agar dapat membantu mereka untuk kemahiran menolong.












No comments: