Selamat pagi..
Hari ni menikmati udara
Laut Port Dickson
Yang menyegarkan minda
Hari ni menikmati udara
Laut Port Dickson
Yang menyegarkan minda
Hari ni nak update mengenai trip PRS ke Pulau Redang sewaktu cuti sekolah Jun 2013 bagi mengikuti kursus keselamatan di air dan kursus asas selam skuba. Alang - alang buat projek makan angin plus sekalila buat kursus. Menggunakan kerjasama dengan Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur untuk meminjam jaket keselamatan dan peralatan snorkelling dan skuba bagi menjimatkan kos program. Kami juga memohon perkhidmatan jurulatih pusat kokurikulum Kuala Lumpur untuk membantu kami mengendalikan program di sini. Bajet dari peruntukan kokurikulum, tajaan sana sini dan PIBG merealisasikan program ini memandangkan pelajar hanya membayar RM 100. Kos keseluruhan ialah RM 230 untuk makanan dan penginapan serta pengangkutan bagi seorang pelajar.
Mendapat kelulusan Unit Perhubungan JPWP bagi program ini misi diteruskan. Kami bertolak pada waktu malam dari sekolah. Tiba di jeti dah pukul 7.00 pagi dan kami menikmati sarapan pagi di restoren yg terdapat di jeti. Wah..mmg dah lama teringin nak mkn nasi minyak Terengganu sbg breakfast dan mmg tidak menghampakan ..i enjoy the meal very much. Sewaktu belajar di UPM Terengganu selama 5 tahun, nasi minyak makanan utama kegemaran saya. Menaiki bot laju selama hampir 40 minit jugak benar benar memabukkan. Tutup mata dan zzzzz je lar utk 20 minit terakhir.
Keesokan harinya kami mengikuti kursus asas selam skuba pula. Disini kami diberikan taklimat dan setiap peserta diajar cara memakai peralatan skuba dengan betul dan menyelam dgn betul. Kat sini banyak betul batu karang. Peserta sangat excited bagi yg baru pertama kali join kursus ni. Jurulatih pusat kokurikulum Terengganu memang sangat membantu dengan sabar para peserta yang terdiri dari guru dan para pelajar. Kami berhenti rehat untuk menikmati makan tengah hari. Kemudian kami menuju ke tempat lain untuk aktiviti snorkelling pula. Snorkeling selama 2 jam lagi memang memenatkan di Taman Laut. Keindahan laut di pantai timur yg terkenal dgn kecantikan air bak kristal memang mempesonakan untuk menghayati keindahan alam.
Yang tak bestnya ialah kemudahan tandas yang agak teruk jugak dengan kotor dan hampir semua bilik tandas tidak mempunyai air. Kena mencari sumber air di luar tandas yang disediakan dalam tong air memang ler tak selesa. Sementara menghabiskan masa di sini dengan aktiviti di air, kita boleh melawat pameran mengenai Taman Laut dan ada pusat hidupan penyu di sini. Kami dapat melihat baby turtle dan pelajar dapat memegang dengan tangan sendiri.
Balik ke resort kemudian kami berehat jap sambil tunggu makan malam dan aktiviti bbq.Yang menarik ialah aktiviti berkaraoke huhu tapi dalam bilik khas.Hari terakhir kami bangun seawal pukul 6 pagi dan saya dgn rozi berjalan kaki hingga ke Taraa Resort..sebuah resort mewah. Cuaca sgt gelap tapi minat punya psl nak menikmati matahari naik kami memberanikan diri berjalan kaki dlm suasana yg memang sgt gelap. Di kawasan blkg resort ni, pemandangan matahari naik sgt superb mendamaikan. Pkl 7.30 pagi kami berjln pulang semula ke resort dan berkemas untuk pulang ke KL.