11 April 2014

Pembentangan Post Mortem Peperiksaan Awam 2013

4.30 am Genting Highland
Marathon watch movie
After a long long time

Berkursus dan bercuti ahakss. Memang berehat betul, tak lari ke sana ke mari. Terbiasa bangun 4.30 pagi so apalagi tgk movie jela sambil siapkan presentation untuk pagi ni. Yeah dah lama sgt rasanya berbulan bulan almost lebih 6 bulan kot tak layan movie ke drama ke..seriously!
Dilantik selaku pembentang untuk kumpulan ketua pengawas peperiksaan awam , saya menyediakan power point untuk kemudahan saya bercakap nanti. Well dah lama tak present depan audien guru guru yg bukan guru kaunseling atau guru sekolah sendiri yg memang saya biasa deal.
Hari ni pembentangan berjalan lancar bekerjasama dengan ahli kumpulan membuat post mortem kelebihan, kelemahan dan cadangan untuk penambahbaikan Unit Peperiksaan JPWPKL bagi tahun 2014.
Antara isu dan cadangan kumpulan kami:
- calon persendirian perlu hadir lawatan pusat peperiksaan sblm hari peperiksaan.
- calon persendirian perlu maklumkan status mereka OKU atau keperluan khas sewaktu mendaftar
- gangguan persekitaran dan dari  pengawas sendiri
- isu perlantikan surat menyurat
- isu ketua pengawas hospital perlu mendapat lantikan awal seperti ketua pengawas sekolah dan diberi  
   taklimat juga bukan disub di bawah ketua pengawas sekolah
- masa Operasi Buka Kotak dipanjangkan       untuk sesi 1 dan susunan giliran mengikut pusat yg banyak 
   paper dipanjangkan masa.
- guru yg bertindan tugas antara guru yg bertugas SPM dan guru yang tanda kertas soalan menyebabkan 
   kekurangan   pengawas SPM di pusat.
- guru yg bertindan tugas mengawasi SPM dan STPM.

Alhamdulillah antara pelbagai perkara yg kami bentangkan perkara di atas antara isu utama yg akan ditambahbaik berdasarkan cadangan kumpulan kami. Dan yg paling menjadi kenangan terindah apabila group kami naib johan pembentangan terbaik dan tempias tentulah kepada saya yg menyediakan laporan power point dan selaku pembentang. :)
 
 

Telegram Channel