9 April 2014

Mesy dan Post Mortem Peperiksaan Awam 2014

Petang
Berjalan kaki meredah hujan
Malam
Kesejukan menahan kedinginan

Hari ni perasmian oleh Ketua Sektor Unit Peperiksaan JPWPKL yang turun padang untuk mendengar post mortem sendiri. Kami dibahagikan kepada kumpulan kecil. Saya termasuk dalam bengkel kumpulan ketua pengawas SPM. Kami  berbincang mengenai pelbagai perkara isu, kelebihan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan. Macam macam isu rupanya dan kami berbengkel dalam suasana harmoni dan bergelak sakan. Selepas makan tengah hari kami diberi peluang untuk beriadah dan berjalan jalan. Memandangkan strawberry park hanya boleh berjalan kaki....apalagi kitaorg beriadah ke sana la. Melawat lavender farm dan mencuci mata di kedai coklat mmg release stress. Yeah..berhujan renyai sewaktu pergi tapi waktu balik meredah hujan lebat. Malam tu kami menyiapkan cadangan, membuat penilaian program dan membuat persembahan power point kumpulan. Wah..mata saya mmg mintak lelap sekejap dah pukul 10.00 malam. Bawa kerja ke bilik hotel untuk siapkan power point pagi esok. 

 

Telegram Channel