Total Pageviews

9 April 2014

Perasmian Wakaf Minda Sihat & Laluan Minda Sihat 2014

Up..up..up..
Genting Highland

Hari ni saya ke Genting Highland. Ambik peluang dalam bas ni update tentang perasmian pagi tadi yang melibatkan projek Minda Sihat sempena Minggu Hal Ehwal Murid. Hanya Dr Nazeerah Bt Abdul Halil yg hadir untuk memberikan ceramah Minggu HEM dan memberikan kuiz mengenai ceramah di atas. Sambutan pelajar adalah sangat menggalakkan. Pelajar mendengar penerangan dengan baik dan menjawab kuiz yg diberikan. Hadiah kuiz disediakan oleh UBK dan ia bukan satu masalah yang besar kerana memang byk barang di UBK yang boleh dijadikan hadiah iringan. Sewaktu Dr Nazeerah memberi tunjuk ajar mengenai cara urutan untuk mengurangkan stress, pengetua dengan begitu sporting sekali mengurut PK HEM yang turut berada di atas pentas dan guru guru dan para pelajar juga bersemangat untuk turut serta melakukan urutan tersebut. Setelah itu perasmian Wakaf dan Sudut Laluan Minda Sihat dijalankan hasil bajet yg diberikan akhir tahun lepas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak RM 2 ribu maka kami mengadakan pondok dan laluan Minda Sihat. Banner tu memang tahan lama tapi papan kenyataan yang agak mahal menjadikan harga keseluruhan cecah juga RM 2 ribu especially board di wakaf.Tahniah kepada semua ahli PRS dan PROSTAR yang membantu menjayakan program hari ini dan mencantikkan sudut wakaf PPDa tu masa cuti sekolah yang lalu sebagai salah satu dari aktiviti PRS SMK Cheras.
                            

No comments: