7 May 2014

Sudut Dan Laluan PPDa

Happy belated birthday
To Afiqah
Hi tea di Secret Recipe
Bandar Sri Permaisuri

Hari ni taklimat pertandingan Sudut dan Laluan PPDa. Pengetua lama beriya mendesak unit HEM untuk join pertandingan itu. Tempat yg strategik dibawah bilik kaunseling je di tingkat bawah. 70 peratus laluan itu dijalankan oleh unit kaunseling dengan PROSTAR. Hanya 30 persen je diusahakan oleh setiausaha PPDa yg baru. Taklimat hari ni dihadiri oleh saya memandangkan setiausaha PPDa sakit dan naib setiausaha PPDa pula cuti bersalin. The best option memang kaunselor jela. Ingatkan pertandingan ini hanya melibatkan sudut dan laluan semata mata yg berinfomatif rupanya 40 persen sahaja yg melibatkan sudut dan laluan PPDa dan selebihnya ialah sistem fail PPDa, disiplin dan kaunseling dan lain lain. Kalo setakat sistem fail kaunseling takpela boleh pulun atau laluan dan sudut PPDa tu..yg lain tu mmg di luar kawalan untuk menolong. Dahla pemantauan minggu depan je..berserah jela. Kalau ikutkan PK HEM dia minta tarik diri je sebab memang tak ready untuk pertandingan ni tapi pegawai JPWP tidak benarkan sebarang sekolah menarik diri. Saya mampu untuk pulun mana yang patut jika penghakiman  sekurang kurangnya dua bulan dari tarikh taklimat ni. Tapi bila tau minggu depan ? Huhu memang tak menang tangan nak cover kerja orang lain memang confirm takkan menang sebab dari senarai semak ni hampir 60 peratus memang takda. Saya akan buat setakat mana yg mampu untuk sekolah dapat sekurang kurangnya satu bintang iaitu markah 50 markah sahaja.  

 

Telegram Channel