15 June 2014

Family Day PRS F5 di Gold Coast Morib


When busker sing
My love song




Hari ni bawa student PRS Ting 5 ke Gold Coast Morib International Resort. Projek tahunan khas untuk form 5 sahaja sebagai menghargai jasa mereka yang membantu UBK. Mereka perlu membayar RM 100 sahaja dan selebihnya diuruskan oleh UBK.
Bertolak pukul 8.30 pagi dari sekolah kami tiba dua jam kemudian pada pukul 10.30 pagi. Cantiknya lobi dan masih boleh rileks dengan tenang di situ. Tapi pukul 12 je suasana dah jadi bising. Hilang terus rasa eksklusif kedamaian tadi. Ramainya manusia yg check in lain..yg checkout pun ramai.
Join student masuk taman tema dengan harga rm35. Tapi jika anda menginap di studio dapat dua tiket dewasa taman tema dan jika apartmen dua bilik dengan empat tiket taman tema. Kena beli tiket ekstra sebab bilik dah full so pertambahan student last minit pakai masuk je bilik yg dah ditempah.
Taman tema tak sebesar Tiara Beach Resort. Tapi tarikan pantainya sebelah taman tema yg buat menarik. Pakej dua dalam satu dalam satu kawasan yang sama. Kawalan pengawal pintu masuk taman tema tak ketat langsung . Tulis kat situ tak boleh bawa makanan dan minuman ke dalam taman tema tapi ramai betul saya tengok mereka bawa makanan. Ada satu family besar tu siap ala ala berpiknik dengan bekalan makanan masa lunch. Depan mata, saya tengok ada yg membeli makanan minuman dari kedai runcit sini dan bawa masuk makanan ke dalam taman tema melalui guard. Hmmmm..

Check in apartmen..wow memang terjaga! Memang kualiti dan selesa. Petang ke pantai menikmati matahari terbenam dengan keindahan yang sangat memukau. Student happy bermain kayak, bermain bola sepak pantai, main flying fox dari pokok turun ke laut dan ada pelbagai aktiviti yg tidak menjemukan. Ada banyak pondok rehat dan pelantar di laut yg ada banyak pondok kecil untuk berehat.
Malam kami ke Pantai Morib dan menikmati ikan bakar, sotong goreng tepung, kerang rebus, tomyam ayam, telur dadar, nasi putih untuk 30 orang cuma berharga rm650 sahaja. Murah dan sedap. Dinner kat hotel bajet lagi tinggi tu yg lari ke pantai Morib cuma 15 minit dari hotel. Malam pantai Morib memang meriah dengan aktiviti jualan seperti pasar malam. Penyanyi jalanan juga menyanyi dengan sedap dan meletakkan bekas untuk memasukkan duit di hadapannya.
Balik dari dinner kami ke hotel.Dah pukul 11.15 malam, student beriya mengajak ke karaoke. Sejam untuk small room bagi 6 orang RM 50. Dan vip room untuk 15 org berharga RM 150. Dapat diskaun 20% lagi sebab menginap di situ. So apalagi small room for boys dan vip room for girls. Habis 12.15 je balik ke bilik hotel dan memang penat tahap maksimum.


 
 

Telegram Channel