Total Pageviews

7 July 2014

PrOjEk CaKnA RaMaDhAn

Midnight with Khaty
Jalan Tunku Abdul Rahman


Hari ini saya ke tiga buah rumah dengan berlatarbelakang kes yang berbeza. 

Rumah pertama ialah student cemerlang yang mempunyai rekod akademik yang cemerlang tetapi keputuan akademik yang agak menurun tahun ini dan selepas beberapa sesi kaunseling menggerakkan hati untuk menjenguk keluarganya untuk melihat sendiri suasana hidup yang dilaluinya. Memang tahap miskin tetapi mempunyai ibu tunggal yang sangat struggle menyara 7 anak. Berbincang dengan ibunya mengenai kemajuan akademik dan penyesuaian yang perlu dihadapi pelajar dengan aktiviti kokurikulum di tingkatan 4.Mendengar luahan ibu tunggal dalam menyara anak dan pelajar tersebut merupakan anak harapan kerana anak kedua tetapi yang paling sulung yang tinggal di rumah untuk diharapkan menjaga adik adiknya sambil membantu ibunya berniaga. Pihak sekolah mengambil tindakan yang perlu seperti memberikan elaun bulanan, membantu mendapatkan bantuan Baitulmal untuk pelajar,  dan memberikan kemudahan sekiranya pelajar mempunyai masalah untuk ke sekolah pada hari tertentu. Saya memahami keperluan ibunya terhadap pelajar yang perlu pulang ke rumah seawal masa -masa tertentu untuk membantu ibunya berniaga dan menjaga adik adik sewaktu ibu keluar berniaga.

Rumah kedua merupakan adik beradik yang suka membawa hasil jualan ibunya seperti maruku untuk dijual di dalam sekolah kepada sesiapa sahaja. Mempunyai rekod kedatangan ke sekolah yang agak teruk dengan surat amaran kedua bagi si abang dan surat amaran ketiga bagi si adik membimbangkan saya jika mereka dibuang sekolah kerana alasan dari adik beradik tersebut yang mereka tidak hadir ke sekolah kerana menjaga ayah yang kemalangan hingga hilang mata pencarian atau menjual kuih sehingga petang. Saya sempat ke rumah mereka dan melihat sendiri keadaan rumah mereka dan dapat berbincang dan mendengar luahan si ibu yang terpaksa menyara hidup keluarga iaitu suami yang sudah tidak bekerja sejak kemalangan dan menjejaskan kakinya, anak-anak seramai 4 orang dengan hasil jualan maruku sahaja. Dari perbincangan dengan ibu, saya dapat merasakan tekanan hidup yang hebat kerana suami baru sahaja mengalami kemalangan dan ibu baru ingin menyesuaikan diri dengan tekanan hidup yang baru. Kurang mendapat sokongan keluarga dari kedua belah keluarga memberikan lebih tekanan kepada keluarga ini. Anak -anak tidak diminta untuk menjaga bapa kerana ibu berupaya melakukannya kerana duduk di rumah dan tidak menyuruh anak-anak menjual kuih hingga tidak hadir ke sekolah tetapi nampaknya dari pengamatan saya, anak-anak tidak bermotivasi untuk ke sekolah. Pihak UBK mengambil tindakan dengan telah menghubungi pihak zakat dan pihak zakat memberikan masa untuk dibuat siasatan. Baitulmal juga diperolehi oleh si abang. Dari segi kemudahan kewangan untuk ke sekolah, sepatutnya tidak ada halangan kerana pihak kebajikan sekolah akan memberikan elaun makan harian untuk mereka setiap kali mereka ke sekolah agar tidak kelaparan. 

Rumah ketiga merupakan student yang akan menghadapi peperiksaan penting. Kes pengabaian dan hidup seorang diri di bilik sewa dalam sebuah rumah. Kes hanya dikesan apabila pelajar tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari dan tidak menduduki peperiksaan. Mempunyai keluarga yang berpecah belah menyebabkan pelajar sudah terbiasa dengan berdikari seawal sekolah rendah. Ibu bekerja di selatan tanah air dan hidup seorang diri juga dan memberikan wang bulanan kepada pelajar untuk hidup secara berdikari dengan duit yang dibekalkan sahaja. Adik beradiknya yang masih kecil dibela oleh jiran atau makcik yang lain. Menjenguk ke bilik sewanya, alhamdulillah pelajar seorang yang sangat positif. Redha dengan ujian dan tidak mengeluh. Mendiami rumah tersebut bersama pasangan suami isteri yang baik dan saling menjaga antara satu sama lain. Pihak sekolah memberikan elaun untuk makan minum pelajar di sekolah dan membantu kewangan dari segi pemberian zakat dan lain-lain.








No comments: