Showing posts with label blackcoffeewithsugar. Show all posts
Showing posts with label blackcoffeewithsugar. Show all posts

9 November 2020

Infografik Resume Dan Video Resume

Infografik Resume Dan Video Resume

 

Menjemput MSU untuk memberikan taklimat mengenai cara membuat resume kepada murid murid tingkatan lima yang berminat dan dapat mengikutinya. Win win cikgu belajar murid belajar. Maklumlah ilmu baru, saya pun tidak menguasai lagi cara menulis resume alaf baru ini apatah lagi video resume. 


Saya kongsikan slaid yang sempat saya snapkan

Antara panduannya di bawah ini merupakan cara menulis resume dulu dulu...ahaks. Tersenyum seorang seorang bila saya tengok begini...cara menulis resume sebelum ini. Sangat skema begitu...lagi skema potensi lagi baik. Itu yang dipersembahkan dulu-dulu


Di bawah ini yang di panggil infografik resume. Gambaran pertama orang tgk kita calon yang layak atau tak dari sekeping kertas . Tidak perlu berjela-jela panjang cukup dengan infografik tetapi dari satu muka infografik itu dah menggambarkan apa yang nak disampaikan.


Jom tengok slaid di bawah pula.

Kemahiran infografik anda menghasilkan sesuatu yang kreatif untuk design resume anda memerlukan kemahiran teknologi.

Gambar dihantar yang lebih formal dengan berpakaian yang sesuai

Bagi maklumat peribadi pada infografik tersebut dan yang menariknya letak sekali nama

link dgn media sosial kita untuk di klik oleh bakal majikan.

Di sini diingatkan media sosial anda perlu media sosial yang mempunyai tatasusila yang 

menunjukkan keperibadian anda, cara anda bersosial dengan orang lain yang akan 

mempengaruhi majikan anda

 

Cara menulis pengalaman pula, dahulukan tahun yang terkini baru yang lama, jangan lupa masukkan sekali  kemahiran anda. Jika kemahiran anda, anda tidak rasakan releven dengan kursus atau pekerjaan yang bakal anda ambil, jangan risau ye. Tulis sahaja kemahiran berbahasa anda, jika anda boleh berbahasa selain BM dan BI. Tulis kemahiran komputer anda dan aplikasi anda walaupun anda ingin memohon berkaitan dengan chef sahaja.

Yang penting kemahiran yang dicatatkan dalam resume tersebut yang memang anda diiktiraf dengan  bersijil. Walaupun mempunyai kemahiran menjahit bersijil.

Masukkan graf, carta, yang sesuai dan font  digunakan masih boleh dibaca. 

Kokurikulum  aktif cemerlang akan lebih berpotensi untuk memperolehinya kerana ia menunjukkan anda calon yang bagus.

Macam contoh di bawah menunjukkan kemahiran yang digunakan menggunakan graf penguasaan


Okey kita tengok pula cara membuat video resume yang menarik.




pernah dengar mengenai video resume. Trend terkini. Tahun lepas pun dua orang murid bertanya saya bagaimana ingin membuat video resume. Haaa...dengan pengetahuan yang sangat terhad maka saya cuba juga untuk mendalaminya. 

Karaktor video resume ini sangat menjadi tarikan kepada bakal majikan untuk memilih calon biasiswa atau calon pekerja


1) Calon perlu mempunyai komunikasi yang bagus untuk bercakap. Menggunakan bahasa yang mudah difahami dan kena juga menjaga bahasa tubuh. Bagaimana tubuh badan anda bergerak berketrampilan ddan selari dengan apa yang dibentangkan. Memek muka kena seiring dengan gaya bercakap

 

2) Karsima ketrampilan diri ketika bercakap

Ada ciri ciri calon yang diperlukan untuk menjawat sesuatu jawatan atau mendapatkan biasiswa


3)Leadership

Dapat menunjukkan kepimpinan dalam video resume tersebut secara lisan. Boleh juga tunjukan sijil yang melibatkan kepimpinanya dalam resume.


4)Personaliti

Yang dapat menunjukkan keunikan kita mempunyai personaliti tertentu

 

Mengetahui bagaimana cara membuat proses video untuk ada storyboard yang dapat menerangkan mengenai anda dan lakukan dengan KREATIF. Bukan yang memandang kamera semata mata dan bercakap dengan tegak berdiri atau duduk sopan sambil memandang kamera. 

Terima kasih MSU:)



                                                                                                                                                                                                  







 


29 March 2015

Freemarket Lembah Subang

Freemarket Lembah Subang

Bonding day with sisters. Dah lama tak hang out dengan kakak dan adik saya. Adik saya aktif dengan beberapa NGO dan pernah mendapat sukarelawan terbaik untuk Yayasan SALAM manakala kakak saya aktif dengan NGO di kawasan Klang. Manakala saya dengan dunia kaunseling sekolah saya. Oleh itu inisiatif kakak saya untuk menggabungkan kami dalam satu objektif yg sama. Disamping meneruskan minat kesukarelawan dapat juga menjalankan aktiviti bersama adik beradik. Cuma saya tidak biasa memberitahu kepada public sesuatu yg berunsur sukarelawan di luar mungkin saya dah terbiasa dengan dunia kaunseling yg perlu menjalankan sesuatu yg berunsur kebajikan dalam diam. Tetapi lain dengan kakak saya yg mempunyai minda marketing yg tinggi. Objektif yg sama dengan pandangan yg berbeza. Dia melihat sesuatu perkara yg baik harus dimaklumkan kpd public dengan niat jika ada orang lain yg berminat dengan aktiviti kesukarelawan cuma kurang masa untuk aktif tetapi boleh menyumbang dari segi barang keperluan dan wang maka ia dialu alukan. Lama kelamaan saya merasakan ia satu kebenaran memandangkan blog saya juga tidak pernah saya kongsikan kepada orang lain walau saya menulis entri setiap hari sama ada dalam bentuk draf dan di post kemudian. Bulan lepas baru saya nekad untuk publish ke public dan mendapat respond yg baik sebagai sumber rujukan orang lain. Ada sahaja yg ingin menyumbang dan ia membantu kepada aktiviti kesukarelawan kakak dan adik saya dan tempias kepada saya juga dalam membantu keluarga di sekolah yg kurang bernasib baik.
Hari ini kami berkesempatan menyertai freemarket dan saya memang suka mengheret antara anak saya untuk bersama. Mengedarkan pakaian dalam masa 30 minit habis dan nasi lemak dan air mineral pula hanya 10 minit sahaja.

Taman Tasik Shah Alam
Sesi berangan 3 beradik 




Setting tempat dulu


Baju terakhir








Jom balik

21 September 2014

Blackcoffeewithsugar:Freemarket PPR

Blackcoffeewithsugar:Freemarket PPR

Sorry sis

Projek bcws yang seterusnya ialah join freemarket di sini. Tak dapat join dia orang  cuma nak berkongsi gambar aktiviti mereka di blog ini. Kecanggihan telekomunikasi sekarang walau jauh beratus km tetapi dengan adanya viber dan whats app terasa saya juga sibuk  bersama - sama mereka huhu apa tak nya dari adik saya yang hendak bergerak dari Cheras dan kakak saya dari Klang untuk berjumpa di PPR ni dah cukup memeriahkan whats app group adik beradik kami seawal pagi ...how i wish i can join them. 

17 September 2014

Projek Cakna Blackcoffeewithsugar : Agihan Makanan Asnaf

Projek Cakna Blackcoffeewithsugar : Agihan Makanan Asnaf


Selamat Hari Malaysia

Balik sahaja dari Morib, saya prepare barang untuk projek cakna bcws. Dah berjanji dengan adik beradik yg saya akan join mereka malam ni ....satu projek menyediakan makan malam kepada golongan asnaf dan giliran kami pada hari isnin malam. Ye saya selalu mendengar tentang projek pemberian makanan untuk gelandangan seperti yg menjadi kontroversi baru baru ini apabila larangan kepada sukarelawan yg menyediakan makanan kepada geladangan di Kuala Lumpur tetapi saya tidak berpeluang untuk ikut serta kerana sering terikat dengan komitmen lain pada hari minggu.
Ini adalah pengalaman pertama saya dengan projek seumpama ini. Kakak saya mempunyai komitmen dengan group ini dan meminta klik bcws join untuk hari isnin. Saya menyediakan bekalan roti, adik saya air dan kakak saya menyediakan nasi goreng telur dadar. Seawal pukul 7 keluar dari Kajang bergerak ke Cheras untuk transit di rumah adik dan seterusnya ke Klang untuk mengambil Kak Ema. Dari Klang kami bertolak pukul 9. 40 mlm menuju ke bandar Klang. Stesen pertama kami di kawasan yg begitu asing bagi saya maklumlah saya mmg tidak biasa dgn kawasan Klang.  Di situ kami berjumpa dengan pengasas sukarelawan ini. Menurut kakak saya, orang ni yg menjalankan kerja sukarelawan ini secara bersendirian sebelum mendapat tajaan dari mana mana pihak. Saya serba sedikit mempunyai pengetahuan bagaimana proses pengagihan makanan ini dijalankan. Ini kerana sewaktu kami bergerak ke stesen kedua di perhentian bas Kelang, saya lihat ramai yang saya anggap geladangan tetapi mereka tidak beratur untuk mendapatkan makanan. Saya cuba mendekati mereka dan bertanya kenapa tidak ikut beratur sekali untuk mendapatkan makanan rupanya kumpulan sukarelawan yg kami join ini mempunyai sistem yang tersendiri. 
Ini kerana pengasas kumpulan ini pernah bertugas sebagai ketua kampung. Pembabitannya dlm projek sukarela ini dari beliau menjadi ketua kampung hingga pencen pun masih aktif. Oleh itu beliau memperkenalkan sistem pengenalan diri dan yang beratur untuk mengambil makanan ialah orang yang dikenalpasti sebagai asnaf dan mendaftarkan diri untuk projek ini. Salah satu syarat yg menarik juga ialah orang yg hadir mesti agak terjaga penampilannya dan bukannya tidak terurus langsung!  Well ia sangat kontras dengan pengalaman adik saya yg pernah aktif dengan SALAM untuk program pemberian makanan kpd geladangan.  Di stesen ketiga agak menginsafkan saya melihat makcik tua  yg beratur bersalaman dgn saya dan mengucapkan terima kasih dan majoriti yang mengambil makanan akan terus makan di situ dan menarik minat anak saya untuk bertanya soalan bertalu talu kepada saya mengenai pengalaman barunya. Projek berakhir hampir pukul 12 tgh malam dan transit di Klang dan Cheras sahaja jam dah menujukkan pukul 1.30 pagi. Well the best option tidur jela di rumah adik coz saya benar benar dah tak stabil untuk drive ke Kajang dgn 6 hari berderet travel sana sini...tidur sana sini...
                                      

19 July 2014

Freemarket Kota Damansara

Freemarket Kota Damansara

10 terakhir Ramadhan
Gandakan penghayatan
Semoga amalan berterusan
Semoga beroleh keberkatan
Hidup dalam keredhaan

Hari ni seawal 8.15 pagi dah ready untuk bertolak ke PPR Kota Damansara. Projek amal adik beradik bawah label blackcoffeewithsugar inspired by my sister Kak Ema. Sejam juga untuk tiba di sana, dan sampai je kami terus set tapak kami bagi memperagakan pakaian untuk disumbangkan. Ketika masih berulang alik dari kereta ke tapak, ramai menghurung dan membelek pakaian untuk diambil. Pengalaman pertama saya di freemarket. Biasa dengar tapi tak pernah jejak. Memang menarik konsep freemarket yg digunakan. Pelbagai tapak yg wujud seawal pagi tadi dan kelihatan baju baju yang masih elok, yang masih boleh digunakan dan dipakai, menarik orang ramai which is majority penghuni PPR tersebut untuk diambil.  Sambil berurusan dengan pengunjung tapak, kami sempat bertanya khabar dan menyelami perasaan masing masing berlatarbelakang keluarga yang kurang berkemampuan. Dari ibu tunggal, warga emas, individu yg kurang mampu samaada ketua keluarga atau surirumahtangga. Tidak sampai sejam di situ pakaian yang dibawa telah habis diambil. Satu pengalaman bermakna di bulan Ramadhan.

7 July 2014

PrOjEk CaKnA RaMaDhAn

PrOjEk CaKnA RaMaDhAn

Midnight with Khaty
Jalan Tunku Abdul Rahman


Hari ini saya ke tiga buah rumah dengan berlatarbelakang kes yang berbeza. 

Rumah pertama ialah student cemerlang yang mempunyai rekod akademik yang cemerlang tetapi keputuan akademik yang agak menurun tahun ini dan selepas beberapa sesi kaunseling menggerakkan hati untuk menjenguk keluarganya untuk melihat sendiri suasana hidup yang dilaluinya. Memang tahap miskin tetapi mempunyai ibu tunggal yang sangat struggle menyara 7 anak. Berbincang dengan ibunya mengenai kemajuan akademik dan penyesuaian yang perlu dihadapi pelajar dengan aktiviti kokurikulum di tingkatan 4.Mendengar luahan ibu tunggal dalam menyara anak dan pelajar tersebut merupakan anak harapan kerana anak kedua tetapi yang paling sulung yang tinggal di rumah untuk diharapkan menjaga adik adiknya sambil membantu ibunya berniaga. Pihak sekolah mengambil tindakan yang perlu seperti memberikan elaun bulanan, membantu mendapatkan bantuan Baitulmal untuk pelajar,  dan memberikan kemudahan sekiranya pelajar mempunyai masalah untuk ke sekolah pada hari tertentu. Saya memahami keperluan ibunya terhadap pelajar yang perlu pulang ke rumah seawal masa -masa tertentu untuk membantu ibunya berniaga dan menjaga adik adik sewaktu ibu keluar berniaga.

Rumah kedua merupakan adik beradik yang suka membawa hasil jualan ibunya seperti maruku untuk dijual di dalam sekolah kepada sesiapa sahaja. Mempunyai rekod kedatangan ke sekolah yang agak teruk dengan surat amaran kedua bagi si abang dan surat amaran ketiga bagi si adik membimbangkan saya jika mereka dibuang sekolah kerana alasan dari adik beradik tersebut yang mereka tidak hadir ke sekolah kerana menjaga ayah yang kemalangan hingga hilang mata pencarian atau menjual kuih sehingga petang. Saya sempat ke rumah mereka dan melihat sendiri keadaan rumah mereka dan dapat berbincang dan mendengar luahan si ibu yang terpaksa menyara hidup keluarga iaitu suami yang sudah tidak bekerja sejak kemalangan dan menjejaskan kakinya, anak-anak seramai 4 orang dengan hasil jualan maruku sahaja. Dari perbincangan dengan ibu, saya dapat merasakan tekanan hidup yang hebat kerana suami baru sahaja mengalami kemalangan dan ibu baru ingin menyesuaikan diri dengan tekanan hidup yang baru. Kurang mendapat sokongan keluarga dari kedua belah keluarga memberikan lebih tekanan kepada keluarga ini. Anak -anak tidak diminta untuk menjaga bapa kerana ibu berupaya melakukannya kerana duduk di rumah dan tidak menyuruh anak-anak menjual kuih hingga tidak hadir ke sekolah tetapi nampaknya dari pengamatan saya, anak-anak tidak bermotivasi untuk ke sekolah. Pihak UBK mengambil tindakan dengan telah menghubungi pihak zakat dan pihak zakat memberikan masa untuk dibuat siasatan. Baitulmal juga diperolehi oleh si abang. Dari segi kemudahan kewangan untuk ke sekolah, sepatutnya tidak ada halangan kerana pihak kebajikan sekolah akan memberikan elaun makan harian untuk mereka setiap kali mereka ke sekolah agar tidak kelaparan. 

Rumah ketiga merupakan student yang akan menghadapi peperiksaan penting. Kes pengabaian dan hidup seorang diri di bilik sewa dalam sebuah rumah. Kes hanya dikesan apabila pelajar tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari dan tidak menduduki peperiksaan. Mempunyai keluarga yang berpecah belah menyebabkan pelajar sudah terbiasa dengan berdikari seawal sekolah rendah. Ibu bekerja di selatan tanah air dan hidup seorang diri juga dan memberikan wang bulanan kepada pelajar untuk hidup secara berdikari dengan duit yang dibekalkan sahaja. Adik beradiknya yang masih kecil dibela oleh jiran atau makcik yang lain. Menjenguk ke bilik sewanya, alhamdulillah pelajar seorang yang sangat positif. Redha dengan ujian dan tidak mengeluh. Mendiami rumah tersebut bersama pasangan suami isteri yang baik dan saling menjaga antara satu sama lain. Pihak sekolah memberikan elaun untuk makan minum pelajar di sekolah dan membantu kewangan dari segi pemberian zakat dan lain-lain.








 

Telegram Channel