5 August 2014

Jamuan raya Mentor Mantee Guru Penyayang

Makan..makan dan makan lagi
Thank you boss

Jamuan hari raya projek mentor mantee Guru Penyayang diadakan lagi. As a mastermind bagi projek ini saya cuba menjelaskan kepada pengetua baru, konsep yang biasa saya anjurkan sebelum ini. Maklumlah pengetua yang berbeza mempunyai idea dan minat yang berbeza. Boss tidak bersetuju jika jamuan diadakan secara berasingan dalam kelas masing masing. Maka kami adakan jamuan mengikut stesen iaitu ting 3 di astaka depan padang. Ting 4 di kantin sebelah dewan. Ting 5 di kantin utama. Projek dengan objektif utama mengeratkan silaturahim antara semua pelajar yg berbilang kaum dalam suasana santai dan guru guru juga boleh menjalinkan hubungan dengan santai bersama para pelajar. Pengetua seorang yg sporting dan santai. Bersama sama duduk dengan pelajar dari kelas kelas untuk menikmati juadah bersama mereka. Seperkara yg menarik ialah inisiatif dari pengetua meminta agar panitia sivik juga menjadikan projek ini sebagai projek sivik maka peruntukan PCG sivik boleh digunakan untuk aktiviti ini bagi menampung perbelanjaan menu utama.



 

Telegram Channel