Total Pageviews

6 August 2014

Mesyuarat 3K

Tahniah CMP!
Hari dinanti nantikan
Anak emas UBK dilahirkan
Warga UBK gembira meraikan

Mesyuarat 3K dijalankan lewat dari perancangan asal pada pukul 1.20 kerana memberi laluan kepada pengetua dan setiausaha PT3 untuk membentangkan mengenai ujian PT3 yang akan mula dijalankan tidak lama lagi dan persiapan yang perlu dijalankan oleh guru. Akhirnya mesy dijalankan pada pukul 2.20 petang dan berakhir 3.30 petang. 
Namun kami terpaksa menangguhkan mesyuarat UBK kerana dah terlalu lewat. Agenda penting mengenai keselamatan sekolah. Oleh kerana Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak telah menyaman sekolah kerana tidak berpuas hati dengan sistem penggera sekolah dan tekanan air sewaktu pemantauan penguasa bomba ke sekolah, maka kami lebih lama berbincang isu ini untuk mewujudkan sistem loceng kecemasan sebagai alternatif kepada sistem loceng sedia ada jika tidak dapat berfungsi. Alat pemadam kebakaran akan ditempatkan dibilik bilik khas berisiko tinggi. Satu lagi latihan kecemasan kebakaran akan dijalankan. Pengetua meminta satu ceramah mengenai pentingnya penggunaan pemadam api dan situasi bagaimana jika kebakaran berlaku agar pelajar mengetahui dengan lebih jelas. PK HEM memberikan maklum balas mengenai kerosakan alat pemadam api sekolah apabila berlaku vandalism terutamanya selepas habis demontrasi penggunaan alat pemadam api untuk mencuba cuba. Sekali alat pemadam api digunakan ia bermaksud ia tidak dapat digunakan lagi. 



Isu kebersihan pula berkaitan dengan 5S. Pengetua meminta satu lawatan penandaaras diadakan di sekolah yang telah mendapat pengiktirafan 5S. AJK Kebersihan dan team pejabat dikehendaki hadir ke sana untuk LDP mereka. 
Isu kesihatan berkaitan dengan denggi dan tempat berisiko denggi membiak. 


No comments: