Perkongsian kertas kerja yang saya gunakan untuk dihantar ke Biro Pendidikan Yayasan Pendidikan Cheras untuk memohon dana kewangan bagi menampung perbelanjaan program Permata
1.0
PENGENALAN
Projek Kolaborasi merupakan projek peningkatan
akademik di antara SMK Cheras dengan SM Sains Alam Shah bagi melonjakkan
kecemerlangan dalam SPM. Projek ini melibatkan 40 orang pelajar SM Sains Alam
Shah dan 100 orang pelajar Tingkatan Lima SMK Cheras untuk menjalinkan
kerjasama dalam bentuk ceramah dan bengkel bagi akademik. 40 orang pelajar SM
Sains Alam Shah telah dilatih khas oleh guru –guru mereka untuk mengendalikan
bengkel dengan baik selaku Guru Muda bagi membantu pelajar SMK Cheras dalam
kelompok kecil. Modul –modul dibekalkan oleh guru –guru SM Sains Alam Shah yang
akan digunakan oleh pelajar SMK Cheras dalam aktiviti kolaborasi ini.
Pentadbiran sekolah berharap gred akademik pelajar boleh meningkatkan gred
kecemerlangan akademik mereka. Kerjasama antara SM Sains Alam Shah dan SMK
Cheras diharapkan para pelajar dapat bertukar –tukar teknik belajar yang
berkesan bagi semua mata pelajaran.
2.0 OBJEKTIF
Agar
pelajar dapat mengikuti mata pelajaran dengan baik melalui tunjuk ajar rakan
sebaya
Agar
pelajar dapat bertukar –tukar ilmu pengetahuan mengenai teknik belajar yang
sesuai
Agar
pelajar dapat bekerjasama berkongsi ilmu pengetahuan mengenai sesuatu mata
pelajaran
3.0 TARIKH
6 September 2014 – Pelajar SM Sains Alam Shah ke SMK Cheras
7 September 2014 – Pelajar
SMK Cheras ke SM Sains Alam Shah
4.0 SASARAN
SM Sains Alam Shah -
40 orang
SMK Cheras -
100 orang
5.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi :
Pn Kamariah Bt Abu
Naib Pengerusi : En Jamil Bin Abdul Samad
Pengarah projek : Pn Sapura Bt Amat
Penolong pengarah : Pn Maznah Bt Musa
Setiausaha : Pn Nurhaiza Bt Che Mat
Setiausaha : Pn Nurhaiza Bt Che Mat
Bendahari : Pn Che Ma Rabitah Haji Kamaruddin
Penyelaras : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Penyelaras : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Pendaftaran : Puan
Raudzah Bt Abd Rahman
AJK Makanan : Puan Azimah Bt Ibrahim
AJK Peralatan : En Che Mohamad Padali Bin Che Mat
AJK Persiapan Tempat : En Chan Yoong Keong
AJK Sijil : Pn Rozinani Awang
6.0 TENTATIF PROGRAM
6
September 2014 : Di SMK Cheras
7.30 pagi - Pendaftaran di Dewan
8.00 pagi - Bengkel
10.10 pagi - Rehat
10.30 pagi - Bengkel SPM
12.30 t/hari - Makan tengah hari
- Bersurai
7
September 2014 : Di SM Sains Alam Shah
7.30 pagi - Pendaftaran
8. 00 pagi - Bengkel SPM
10.10 pagi - Rehat
10.30 pagi - Bengkel SPM
12.30 t/hari - Makan tengah hari/ Bersurai
7.0 ANGGARAN KEWANGAN
Perbelanjaan
Perbelanjaan
6 September 2014
Sarapan pagi: RM 3 x 150 = RM
450
Makan tengah hari :
RM 5 x 150 = RM
750
Bahan modul: RM 3 x
150 = RM
450
RM 1,650
7 September 2014
Sarapan pagi: RM 3 x 50 = RM 150
Makan tengah hari :
RM 5 x 50 = RM 250
RM
400
Jumlah
keseluruhan RM
2,050
Sumber Kewangan
Yayasan Pendidikan Cheras RM 2,050
Sumber Kewangan
Yayasan Pendidikan Cheras RM 2,050
8.0 PENUTUP
Diharapkan agar projek ini mencapai
objektif yang diingini dan projek perintis ini diharapkan berjaya melonjakkan
kecemerlangan akademik pelajar dan kerjasama kolaborasi ini boleh diteruskan ke
tahun tahun seterusnya.
Disediakan
oleh, Diluluskan
oleh,
(
Nurhaiza Bt Che Mat) (
Kamariah Bt Abu)
Setiausaha Pengetua
Setiausaha Pengetua