Total Pageviews

3 February 2015

Vle frog cikgu nurhaiza

Cuti lagi ....
Cuti Thaipusam

Dah lama tak menjenguk VLE - Frog sekolah. Sejak pengetua meminta agar VLE - Frog dibuka sekurang-kurangnya 30 minit sehari, agak susah jika wifi di sekolah tak begitu baik kualitinya dengan sentiasa on off kadar wifi yang ada. So buat kat rumah sahajalah, hari ini memasukkan semua dokumentasi yang dibuat dan dimuatkan ke dalam VLE -Frog untuk tatapan guru yang lain. Maklumlah selaku AJK Dokumentasi sekolah, saya memantau agar semua dokumentasi sekolah pada tahun 2015 ini seragam berdasarkan format spsk yang terbaru. Memandangkan pengetua Pn Kamariah ini juga personaliti yang mementingkan penulisan dan penghasilan dokumentasi, maka jawatankuasa Galeri dan Dokumentasi sekolah digabungkan dibawah satu jawatankuasa agar selepas dokumentasi siap, maka disimpan oleh jawatankuasa galeri sekolah secara bersiri dan seragam.

Orait kepada warga VLE - Frog sekolah,
Sila buka pada laman utama - site UBK dan klik pada-  site cikgu Nurhaiza Che Mat dan boleh nampak contoh dokumentasi. Atau 
Klik pada laman utama site portal guru pagi - site Nurhaiza Che Mat 







No comments: