11 April 2015

Pameran Kerjaya

Pameran kerjaya merupakan program tahunan ubk tetapi tahun ini kami mengadakan pameran kerjaya pada 6 April dalam Minggu Hal Ehwal Murid, sesuai dengan agenda program Minggu Hal Ehwal Murid dan Kerjaya. Sebanyak 13 IPTS yg datang untuk mempromosikan IPT yang ada dan sasaran kepada semua pelajar ting 4 dan 5. Satu booth dibuka untuk mempamerkan hasil projek IPT dari ahli kelab kerjaya ting 5 sesi pagi. Ahli kelab kerjaya selaku ahli jawatankuasa yg menguruskan pameran ini. 

Nampaknya bagus jugak program ini dijalankan pada masa yang sama dalam Minggu HEM maka nampak jadual yang padat dengan pelbagai aktiviti. Ini kerana dalam Minggu HEM hampir 50% program dan aktiviti dikendalikan oleh guru kaunseling maka jadual untuk Program Kerjaya digabungkan sekali agar kami berpenat lelah sekali gus dalam minggu yang sama. Ini kerana format sebelum ini, kami akan mengadakan Minggu Kerjaya seminggu sebelum Minggu HEM atau seminggu selepas Minggu HEM. Jadi kami sibuk dalam dua minggu berturut untuk program sekolah. Maka dengan adanya perlaksanaan terbaru ini, kami hanya menumpukan pada minggu ini sahaja pelbagai perancangan aktiviti.

Selamat malam
Dalam kedinginan hujan



 

Telegram Channel